Showing posts with label Tumbuh2an. Show all posts
Showing posts with label Tumbuh2an. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

JAMBU BERTIH a.k.a JAMBU KANCING LOCENG


.. sejenis jambu air yg dikenali juga dgn nama jambu bertih. Ada juga yang panggil jambu kancing loceng mungkin kerana ia mirip loceng atau di panggil juga water apple. Nama yang berbeza tapi buahnya sama sahaja. Rasanya sedikit masam tetapi sedap.

Jambu bertih terdapat dalam dua jenis warna.. iaitu jenis merah dan satu lagi jenis putih. Ada juga terdapat jambu bertih yang berwarna merah jambu.

Pokok jambu bertih rendang dan rendah sahaja. Buahnya lebat dan bersaiz kecil di dalam satu gugusan. Biasanya pokok jambu bertih boleh di dapati di kampung2 terutamanya di halaman rumah. Bagaimanapun di kampung aku pokok jambu bertih ini sudah semakin pupus dan sukar diperolehi. Kadang kala teringin juga nak makan buah jambu bertih tetapi tersangatlah sukarnya dicari!


Teringat nostalgia silam zaman kanak2 dahulu. Masa tu kat rumah Mak kat kampung ada sepokok jambu bertih merah ni. Selalu bila musim jambu bertih ni memang tak termakan.. melambak2 buahnya berguguran ke tanah. Aku dan adik2 'tak main' lah kutip buah yg dah gugur kat tanah tu. Kami petik sendiri panjat atas pokok.. sambil petik boleh masuk mulut terus. Fresh gitu! Huhuhu. Anyway sekarang ni pokok jambu bertih tu dh tak ada.. mati sebab kena panah petir!

Jambu Bertih mengimbas kenangan silam yang tak bisa berulang.. 

Wednesday, May 13, 2015

KHASIAT BUAH ATAP atau KOLANG KALING


Buah ATAP atau masyarakat kebanyakan biasa menyebutnya buah KOLANG KALING memiliki rasa yang sangat menyegarkan. Buah dari pohon aren [Arenga Pinnata] ini tidak hanya menyegarkan kerana mengandungi banyak air iaitu hingga 94% setiap 100 gram.. lebih dari itu ternyata mengandungi 0.69 gram protein, 4.0 gram karbohidrat serta 0.95 gram serat yang bermanfaat bagi tubuh. Ianya juga kaya dengan kandungan potassium, besi, kalsium, vitamin A, vitamin B, vitamin C dan juga gelatin.

KOLANG KALING yang dalam bahasa Belanda disebut Glibbertjes ini mudah didapati di pasar-pasar atau ketika hadirnya bulan puasa atau bulan Ramadhan kerana ia dijadikan buah campuran seperti cendol, ABC atau Lai Chee Kang. 



Berikut antara lain manfaat KOLANG KALING:

1. UNTUK MEMPERKUAT TULANG
Orang-orang sangat rajin untuk mengkonsumsi susu karena memiliki kandungan kalsium yang tinggi untuk tubuh sehingga susu sangat bermanfaat untuk pertumbuhan tubuh terutama untuk anak-anak yang memang dalam masa pertumbuhan. 

Akan tetapi susu memiliki risiko berupa kalori yang tinggi sehingga apabila dikonsumsi secara berlebihan juga sangat tidak baik karena dapat membuat tubuh menjadi kegemukan.

Pada setiap 100 gram kolang-kaling mengandung 91 mg kalsium sedangkan pada setiap 100 gram susu lembu asli mengandung 125 mg kalsium. Sehingga dengan begitu mengkonsumsi buah kolang kaling ini juga boleh dijadikan alternatif yang cukup baik sebagai sumber kalsium selain dari susu.


2. SEBAGAI MAKANAN DIET
Berdasarkan penelitian yang dilakukan pada 100 gram buah kolang-kaling ini mengandung hingga 0.69 gram protein, karbohidrat sebanyak 4.0 gram dan serat kasar sebesar 0.95 gram. Adapun untuk kadar air pada buah kolang-kaling ini sangat tinggi yaitu hingga 94% dan dengan kadar air tinggi tersebut membuat buah kolang-kaling menjadi sangat segar di tubuh ketika berkonsumsi.

Pada kolang kaling juga terkandung gelatin yang memiliki efek bagi yang mengkonsumsinya akan timbul rasa kenyang sehingga apabila dalam keadaan nafsu makan yang berlebihan maka kolang-kaling ini akan membuat hilang pada nafsu makan yang berlebihan itu.


3. SEBAGAI UBAT RADANG SENDI
Pada buah kolang-kaling memiliki kandungan zat galaktomanan yang memiliki khasiat untuk menyembuhkan atau minimalnya dapat meredakan penyakit pada radang sendi. Jika dalam proses pengubatan, memakan buah kolang kaling ini sebanyak 100 gram atau lebih sedikitnya. 

Untuk mengkonsumsi buah kolang kaling ini dalam keadaan yang demikian maka disarankan untuk dikonsumsi dengan direbus tanpa memakai segala macam perwarna dan gula.

4. KAYA KANDUNGAN SERAT
Buah kolang kaling mengandung air dan serat yang cukup banyak dimana serat ini sebuah zat yang bermanfaat bagi kesehatan pencernaan kita dimana dengannya kita dapat terhindari dari susah buang air besar atau sembelit. Dengan mengkonsumsi 5 ke 10 biji kolang kaling pada setiap hari.. sangat berkhasiat untuk memperlancar pencernaan. Selain itu kolang kaling juga popular dan sangat baik untuk menjalankan program diet yang sihat.

5. BERKHASIAT UNTUK MEMPERKUAT TULANG
Buah kolang kaling ini memiliki manfaat dan khasiat untuk memperkuat tulang dan mencegah terjadinya osteoporosis. Di dalamnya terdapat kandungan kalsium 91 miligram kalsium untuk tiap 100 gram kolang-kaling di mana ini sangat bermanfaat  dalam memenuhi keperluan kalsium pada tubuh dan dapat menjadikan buah kolang kaling ini sebagai alternatif pengganti susu.

6. KAYA DENGAN KALSIUM
Buah kolang kaling yang kaya akan kalsium sangat baik untuk mencegah hal-hal yang tidak diinginkan seperti terjadinya masalah kesihatan tulang, gigi dan persendian tubuh yang tidak dapat berfungsi seperti sedia kala. Buah kolang kaling ini dapat dijadikan sebagai konsumsi sehari-hari untuk memenuhi keperluan kalsium terutamanya untuk sebahagian orang yang alergi pada susu lembu. Dengan mengkonsumsi 100 - 200 gram kolang kaling dalam sehari yang tentunya tanpa pemanis buatan ataupun pewarna maka bermanfaat untuk mencegah dan mengubati masalah pada radang persendian.

7. MELANCARKAN PENCERNAAN
Kandungan serat kasar yang terkandung pada buah kolang kaling berkhasiat untuk melancarkan pencernaan tubuh. Kandungan serat disertai karbohidrat yang cukup tinggi membuat kolang kaling bermanfaat untuk mencukupi keperluan sehari-hari selain juga dapat melancarkan pencernaan di mana akan dapat lebih mudah dan teratur dalam pembuangan air besar. Buah kolang kaling ini juga baik untuk menghindari terjadinya obesitas atau kegemukan pada tubuh.

8. SEBAGAI UBAT GATAL-GATAL
Buah kolang kaling memang sudah tidak diragukan lagi sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh tetapi getah pada kolang kaling juga katanya memiliki manfaat untuk dijadikan ubat gatal pada tubuh. Akan tetapi untuk menerapkan ini memerlukan tutorial dari orang yang sudah berpengalaman dalam mengubati gatal dengan buah kolang kaling..

#Maaf! Penggunaan bahasa yg kurang memuaskan. Sekadar copy paste dari.. kesehatantubuh.tips.blogspot.com 

Monday, June 23, 2014

MANGGA HARUMANIS


Mangga Harumanis kini tidak perlu diperkenalkan lagi. Isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya.

Terkenal di negeri Perlis.. permintaan yang tinggi di seluruh negara menjadikannya sebagai buah eksklusif yang mesti dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini. Perlis adalah satu-satunya negeri pengeluar Mangga Harumanis di negara ini dan ia bermusim hanya sekali dalam setahun. Antara lokasi utama tumpuan orang ramai setiap kali tiba musim Mangga Harumanis ialah Bukit Bintang, Paya Kelubi dan Chuping.
 
Selepas berakhirnya musim tuaian, para penggemar Mangga Harumanis terpaksa menunggu setahun lagi untuk menikmati keenakannya.

Walaupun dijual dengan harga  tinggi iaitu sekitar RM25.00 - RM30.00 sekilogram, Mangga Harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujung bulan April sehingga akhir bulan Mei pada setiap tahun.

Menariknya, buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain. Mangga Harumanis boleh didapati dalam dua jenis iaitu Harumanis emas dan biasa.

Kegilaan peminat setia Mangga Harumanis sehingga sanggup 'booking' secara online.. mcm aku juga. Hehehe.. Wlu pn aku beli dgn harga RM23.00 sekilo tapi mmg puas hati..

Friday, February 21, 2014

BUAH CINTA


Buah CINTA?! Mungkin ada yang pernah dengar dan ada pula yang menyangkakan jenis ayat atau puisi. Namun jika anda datang ke Cameron Highlands, anda boleh membeli dan merasainya sendiri.

Anyway, kalau kita ke Medan atau Brastagi di Sumatra buah ini disebut "Terung Belanda". Jika kita ke Makassar pula, di sana ianya dinamakan "Buah Tiung". Di New Zealand buah ini dinamakan "Tree Tomato".
 
Buah CINTA ini juga dikenali ebagai "Passion Fruit" berasal dari keluarga Passifloracea dan dipercayai berasal dari Negara Brazil. 
 

Kenapa dipanggil buah CINTA?! Ini kerana rasanya dikatakan mempunyai pelbagai rasa seperti kadang kala anda akan merasainya amat manis, kadangkala pahit dan kadangkala masam.. 

Ianya diibaratkan seperti percintaan yang penuh dengan kemanisan, kepahitan dan rasa yang beradun dalam satu perhubungan..
 
Di Malaysia buah cinta yang berwarna unggu lebih banyak di tanam dan mudah tumbuh kerana sifafnya yang sub tropika. 

Daunya sedikit melebar dengan bewarna hijau terang dan sedikit kekuningan manakala batangnya sederhanan kecil dengan salur akar tunjang.
 

Buahnya selalunya terhasil dalam rangkaian tiga atau dua serangkai dan berwarna hijau muda ketika tempoh awalnya sebelum bertukar menjadi unggu ketika matangnya. Keratan dalaman buah yang masak akan menemukan biji-biji buah cinta yang padat.


Di Cameron Highlands, anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga RM7.00 - RM15.00 sepasu mengikut saiz dan jika ingin membeli buahnya anda boleh membelinya di pasar malam, gerai jualan khasnya di Kea Farm dan persimpangan masuk Ladang Teh Sungei Palas. 

Orang kata, kalau anda merasai buah cinta dan mendapati manis rasanya, ini bermaksud percintaan anda diselubungi kemanisan dan kebahagian.. dan begitulah sebaliknya jika terasa masam..
No COMMENT!

Tuesday, February 18, 2014

EPAL FUJI

Epal kegemaranku dh semestinya Epal FUJI..

FUJI APPLE.. FUJI SAKI.. MALUS DOMESTICA FUJI.. 

Epal Fuji yang dikatakan berasal dari epal yang diklon oleh seorang petani di Tohoku Research Station di  Fujikasi, Aomori, Jepun pada akhir tahun 1930an dan mula dipasarkan sekitar tahun 1962.

Epal Fuji ini  merupakan hasil dari benih yang dicantumkan  antara dua kelainan epal Amerika, Delicious Merah dan epal tua Virginia Ralls Genet [kadang-kadang disebut sebagai 'keldai betina' Rawls].

Epal Fuji biasanya besar atau sangat besar dan bulat. Setiap sebiji mengandungi antara 9% - 11% gula selain mengandungi serat, mineral karoten dan vitamin C. Serat yang tinggi di dalam epal boleh membantu menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung.

Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

 

Kulit berwarna merah muda, isi yg gebu dan berair  berbanding epal lain bahkan epal Fuji tahan segar selama 6 bulan tanpa cuaca yg dingin.

Di Jepun, epal Fuji menjadi yg terbaik kerana teksturnya. Epal Fuji cukup banyak ditanam dan pengeluarannya banyak di utara Jepun, Cina dan Amerika Syarikat. Epal Fuji memerlukan banyak sinar matahari untuk buahnya matanf dgn baik sehingga ditanam secara komersial di Inggeris.

Mengikut kajian epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru. Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain. Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. 


Serat epal juga membendung penyakit jantung, mengawal berat badan dan tahap kolesterol kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula. Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan. Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin dan prosianidin B2. Namun demikian benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosidasianogen meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.


Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan.

 

Friday, October 25, 2013

POKOK HIASAN YANG BERACUN!


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. 

Jika anda sayangkan anak2 dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini dgn segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak2 anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak2 dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak2 yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa2 mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak di ruang tamu atau di tempat letak kereta akan membawa padah.

Kesan apabila menggigit daun beracun... lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran2 dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat2 dan sekolah2 sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam...

The name of this plant is Dumb Cane
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae
Malay Name: Pisang Tanah
 

Thursday, October 24, 2013

KHASIAT EPAL HIJAU


Tidak ramai yang tahu tentang khasiat memakan buah epal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. 

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

■  Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
■  Mengurangkan risiko penyakit jantung.
■  Membantu kesihatan membran paru-paru.
■  Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia [boron] pada mineral tulang.
■  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
■  Membantu mengekalkan berat badan.
■  Mengurangkan tekanan penyakit asma.
■  Mengurangkan risiko barah.
■ Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
■ Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
■  Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Friday, August 23, 2013

POKOK GHARQAD si Pohon YAHUDI!


Rasulullah S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi yg bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang2 Islam akan memerangi Yahudi. Orang2 Islam akan memerangi [membunuh] Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Ketika itu, batu dan pokok akan akan bersuara, ‘Wahai Muslim! Wahai Hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya!’ ... kecuali Pokok Gharqad [diam tidak bersuara], kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
- 7523 Riwayat Muslim

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yg dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana2 batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya... akan tetapi satu pohon yg tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yg bernama Gharqad.

 
 

Pokok Gharqad merupakan panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn termasuk dalam keluarga Solanaceae yg terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama2 lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas Berry, Wolfberry, Matrimony Vine, Tea-tree dan Goji.

Seterusnya, dikatakan spesis tumbuhan ini adalah kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.

 
  

Antara kawasan pilihan penanaman pokok Yahudi di Wilayah Palestin adalah di:

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar - 2209 spesies.
2. Padang rumput dan hutan semak belukar - 1434 spesies.
3. Semak belukar yg berumput - 1062 spesies.
4. Padang pasir - 1058 spesies.
5. Tumbuh2an hijau di Gunung Hermon - 991 spesies.

 

Pada ketika ini, orang2 Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W.  Namun, keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.


Pelbagai agenda tersembunyi Yahudi dalam mengaburi mata masyarakat dunia dan kempen penanaman pokok Gharqad secara besar2an di Israel  adalah untuk mengaburi mata masyarakat dunia. Lalu muncullah kempen ‘GO FOR GREEN’ dan seluruh dunia menyokong kempen ini. 
Fikir2kan lah…

Tuesday, August 20, 2013

KEBAIKAN dan KEBURUKAN RUMPAI LAUT


Khasiat dan Fakta Menarik Tentang Rumpai Laut

1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre [kelenjar thyroid membengkak].

2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

3. Alkaline dalam rumpai Laut tinggi adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi juga mengandungi kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine dan zinc ianya cukup untuk keperluan kita.

4 .Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan dan sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah.

5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6. Beberapa jenis rumpai Laut bertindak sebagai agen detox yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui najis.

7. Ekstrak rumpai Laut [Fucoidan] juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai sejak berzaman lagi.

9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

10. Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Monday, July 8, 2013

Buah CERMAI

Masa kecil2 dulu aku suka sangat makan buah cermai ni. Biasanya aku akan tumbuk menggunakan lesung batu dan dicampur dengan sedikit gula! Mmg meleleh air liur! Hehehe..

Dah tua2 ni lidah aku dh tk imun dengan makanan masam2 ni, so aku 'prefer' jeruk cermai. Rasanya lagi sedap..


Pastinya tidak semua di antara kita mengenali spesis buah2an yg boleh dikira sudah tidak dikenali di masa ini. Maklumlah di zaman millennium dan zaman globalisasi langit terbuka ini kita seringkali tidak mengendahkannya. Generasi sekarang lebih mengenali buah2an seperti epal, oren, strawberi, plum, anggur, blackcurrent, kiwi dan juga buah2an yg kerapkali dijual dibandar2 sahaja.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus Acidus merupakan satu2nya pokok dalam keluarga Phyllanthaceac yg boleh dimakan. Warnya hijau semasa mentah dan agak kekuningan ketika sudah masak.

Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam ataupun dijadikan jeruk atau halwa. Buah cermai muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk cermai mentah atau yg dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yg lain.

Rasa buah cermai masam manakala pucuknya pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yg keras di tengah2nya..

Thursday, July 4, 2013

KHASIAT KURMA AJWA atau KURMA NABI



Sabda Rasullulah S.A.W: "Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yg bakal dilahirkan itu bakal menjadi anak yg penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya!" 

KISAH DAN ASAL USUL KURMA AJWA 

Kurma AJWA disebut juga sebagai Kurma Nabi atau Kurma Rasullullah.

Mengapa disebut Kurma Nabi?!

- Menurut asal usulnya Kurma Ajwa ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W di Kota Madinah sekitar 14 abad yg lampau. Hingga kini pohon Kurma Ajwa di Madinah jumlahnya tidak banyak iaitu hanya sekitar ratusan. Jadi, tidak hairan lah jika harganya pun agak mahal.

Diceritakan pada suatu hari Rasullullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yg melihat keadaan Rasullulah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan unruk Rasul kesayangan Nya berbuka puasa. Lalu Allah S.W.T yg sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan Malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah kurma yg istimewa ini untuk Rasullulah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasullullah S.A.W.  Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma AJWA ini membesar di kawasan Madinah dan dimaklumkan juga kurma AJWA tidak akan hidup dan berbuah di mana2 tempat selain Madinah.

 DI ANTARA HADIS2 dan RIWAYAT BERKAITAN BUAH KURMA..

■  Sabda Rasullulah S.A.W: "Rumah yang tiada kurma, nescaya penghuninya kelaparan."

■  Daripada Abu Musa r.a katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi S.A.W lalu baginda menamaknnya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

■  Saidina Ali r.a meriwayatkan: "Barang siapa yg memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."

■  Daripada Abdullah Jaafar r.a katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak."

■  Hadis Saad r.a, Rasullulah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yg memakan 7 biji kurma di antara La Bataiha [2 Tanah tidak berpasir di Madinah] pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai ke petang."

■  Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yg bermaksud: "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasullullah S.A.W bersabda: Brang siapa yg memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

■  Daripada Anas bermaksud: "Rasullulah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasullullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum bebrapa teguk air."
- [Hadis Riwayat Ahmad]

■  Riwayat daripada Muhammad bin Ali al Husayn bermaksud: "Kurma AJWA adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun [Al Samm]."

■  Diriwayatkan pula oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib: "Barang siapa yg memakan kurma AJWA 7 kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan [Ad Dud] di dalam tubuhnya."

■  Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullulah S.A.W pula, berkata Iman Ali a.s yg berbunyi, Jibrail a.s datang kepada Nabi S.A.W dan berkata: "Bergantunglah pada Al Barni kerana ia adalah sejenis kurma yg terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka."

■  Rasullulah S.A.W bersabda: "Makanlah kurma sebelum sarapan untuk membubuh cacing di dalam perut."

■  Daripada Adiy bin Hatim ia berkata, "Saya mendengar Rasullulah S.A.W bersabda: Hindarilah api neraka walaupun [dengan memberi sedekah] sebelah buah kurma [Hadis Riwayat Bukhari]"
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar dari api neraka.

■  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan buah2an dengan kurma masak."

TAHUKAH ANDA..

■  Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?!

■  Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?!

■  Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?!

■  Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?!

■  Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?!

■ Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?!

■  Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?!

■  Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?!

■  Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?!
 

■  Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?!

■  Tahukah anda bahawa Kurma AJWA merupakan kurma yang paling dikagumi. Kurma AJWA dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana Kurma AJWA mempunyai pelbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W..
 

Wednesday, December 5, 2012

Pokok ONG?!


Nama saintifiknya Zamioculcas Zamiifolia...

Orang Cina cakap, ini 'Pokok Ong'. Elok kalau ada tanam kat rumah! Menurut kepercayaan mereka pokok ni boleh memberi rezeki yg banyak jika daunnya lebih hijau dan berkilat!

... tapi kita sebagai org Islam jangan la percaya sangat... KHURAFAT nnti! Hehehe...

Masa aku mengandungkn Airyl dlu, ntah knp aku memang mngidam sangat nk bela pokok ni! Asal balik keja tiap ari mesti aku belek pokok ni. HB plk rajin tolong siramkn! Smpi la Airyl lahir... n membesar!

Anyway, lama kelamaan pokok ni mati... maybe sbb ia pn semakin membesar sedangkan pasunya kecil... tk berganti! Mana tknya... umur Airyl pn dh 2 tahun skrg! Sedih sangat! Aku ingat nk beli lagi 'Pokok Ong' ni. Nnti la...

Sbnrnya 'Pokok Ong' ni tk bole disiram selalu! Ia bukan spesis yg perlu banyak air sbb dlm batangnya dh ada banyak air! Klu disiram selalu nnti ia akan mati! Siram seminggu sekali je dh memadai!

Jambu MAWAR


Siapa kenal atau pnah makan buah JAMBU MAWAR?!

Aku pasti ramai anak2 muda skrg yg tk mngenali Jambu Mawar ni kerana kesukaran utk menemuinya...

Baru2 ni ketika aku pulang ke kampung halaman di Ijok, Kuala Selangor dan meninjau2 sekeliling rumah Mak... ternampak la pokok Jambu Mawar ni. Pokok Jambu Mawar adalah antara kategori spesis pokok yg semakin pupus! Hehehe...


Anyway, Jambu Mawar ni berbuah sepanjang masa... tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala2 bunga jambu bol tapi berbunga di hujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga di dahannya.

Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi n aromanya mmg sungguh enak...

Jambu BOL


Jambu Bol atau Eugenia Malaccensis sejenis buah yang dahulunya banyak ditanam di halaman rumah atau di kebun2 kecil. Pokok buah ini besar dan daunnya juga lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter.

  

Pokok ini dikatakan boleh berbunga dan berbuah beberapa kali setahun. Bunganya yang bewarna merah jambu ini memang menarik sekali jika dilihat.

Pokok Jambu Bol boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter.

Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira2 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Ada yang menggelarkannya jambu susu. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.

Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah. Ada juga orang yang menjadikan buah ini sebagai jus minuman. Daunnya juga dikatakan boleh dibuat ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap apabila dimakan.


Selain buahnnya dimakan secara terus atau segar, daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah. Sejauh mana ia masih diamalkan atau keberkesanannya aku sendiri pun tidak tahu..

Friday, October 19, 2012

Bunga MAWAR BIRU atau BLUE ROSE kini NYATA!


Bunga MAWAR BIRU atau BLUE ROSE..
Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan bunga ini. Infact YM, email, blog, nickname kt forum, nama syarikat etc.. semuanya yg berkaitan dengan aku pasti ‘BLUEROSE’!

BLUEROSE Enterprise
BLUEROSE Beauty and Health
http://bluerose99.blogspot.com
bluerose99s@yahoo.com

Orang kata..
- MAWAR BIRU me'representasi'kan perasaan yang tidak mudah dikatakan.
- MAWAR BIRU diertikan juga imaginasi, misteri, tak dapat disentuh atau ketidakmungkinan.
- MAWAR BIRU adalah sesuatu yang benar2 dalam.. berasal dari mawar putih yang telah lama, dingin dan membeku menjadi MAWAR BIRU.
- MAWAR BIRU melambangkan kesungguhan atas perasaan dan kesendirian yang mendalam.

Orang JAWA kata bunga MAWAR BIRU adalah lambang kesetiaan, ketulusan, keikhlasan hati untuk mencintai dan menyayangi siapa saja yang dikasihi
Bunga MAWAR BIRU.. kononnya hanya ada di puncak gunung yg tinggi dan hidup liar. Itulah bunga MAWAR BIRU.. teramat indah.. tapi takkan semua orang dapat memetiknya!

Namun.. bunga MAWAR BIRU kini NYATA!


Sekarang dapat dilihat hasilnya.. bunga MAWAR BIRU sudah ada di depan mata!

Setelah melakukan penelitian selama 14 tahun iaitu semenjak dari tahun 2004, Perusahaan Suntory dari Jepun bekerjasama dengan Perusahaan Florigene dari Australia berjaya menemukan MAWAR BIRU melalui teknik rekayasa genetik.

"Penemuan MAWAR BIRU ini terjadi justeru pada saat kami percaya penemuan itu mustahil dilakukan.. tapi kami terus melakukannya sampai akhirnya tercapai!" kata Nobutada Saji, Presiden Suntory pada sidang media di Tokyo, Jepun dua tahun lalu.

Untuk menghasilkan MAWAR BIRU, para ahli ‘meminjam’ pigmen biru [delphinidin] dari bunga petunia dengan mengaplikasikan teknologi RNAi. Meski demikian MAWAR BIRU temuan para ahli Suntory belum benar2 biru melainkan biru lembayung. Namun kunci dan teknik untuk menghasilkan warna biru dari pigmen ‘delphinidin’ sudah ditemukan.

Para peneliti kini tengah bekerja keras untuk menghasilkan MAWAR BIRU dengan warna biru langit cerah. Menurut mereka, harus ada penambahan bahan kimia untuk menghasilkan warna yang lebih cerah..

Maksud Di Sebalik WARNA Bunga MAWAR

Pasti kita tertanya2 apakah makna disebalik warna bunga tersebut. Maka, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua makna disebalik warna bunga mawar. Harapnya ia dapat membantu anda dalam memilih bunga yang sesuai untuk diberikan kepada teman2.



Mawar MERAH [Red roses]
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations.

Ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.


Mawar PUTIH [White roses]
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness.

Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.


Mawar MERAH JAMBU [Pink roses]
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You.

Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink muda [light pink] simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat [deep pink] memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.


Mawar PEACH [Peach roses]
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty.

Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih.


Mawar KUNING [Yellow roses]
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy.

Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.


Mawar UNGU [Purple roses]
Mawar yang satu ini merupakan mawar favorit bagi kebanyakan pecinta mawar. Mawar yang berwarna ungu ini menciptakan nuansa keanggunan, keagungan, kemuliaan dan kemegahan. Selain menjadi warna yang di identikan dengan kemewahan dan elegan, Warna ungu juga dianggap sebagai simbol kesetiaan.
Mawar ungu juga boleh di jadikan perwakilan untuk mengungkapkan rasa terpesona atau jatuh cinta pada pandangan pertama.


Mawar HIJAU [Green roses]
Bila diertikan dari warna hijau nya saja memiliki makna sebagai kesejahteraan dan kesuburan. Namun jika diterjemahkan sebagai mawar hijau adalah suatu perdamaian dan ketenangan. Perumpamaan dalam kesejahteraan di kehidupan baru juga di simbolkan dari bunga yang bernuansa hijau ini.


Mawar HITAM [Black roses]
Mawar hitam termasuk bahagian dari macam2 bunga mawar. Warna hitam diidentitikan dengan rasa benci. Bunga mawar hitam memiliki erti sebagai rasa tidak nyaman pada seseorang. Mawar hitam sendiri merupakan hasil dari percubaan teknik genetik.


Mawar BIRU [Blue roses]
'BLUE roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor!' [Wikipedia].
... tetapi mawar BIRU juga sebagai simbol misteri atau sesuatu yang tak dicapai.

Bunga mawar BIRU sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia 'Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...