Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

MIMALAND TAMAN TEMA JURASSIC PARK PERTAMA DI MALAYSIA

Ramai yang tidak tahu pada era 1980-an, negara kita pernah memiliki sebuah Taman Tema Jurassic Park yg cukup popular dikenali sebagai MIMALAND. Mimaland adalah singkatan dari perkataan 'Malaysia In Miniature Land'.


Mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. [sempadan antara Pahang dan Kuala Lumpur di sekitar Karak]. Logo yg digunakan untuk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.

Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.

 
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model Dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan seperti filem Mekanik [1983]. Selain itu filem Gila-Gila Remaja [1986], filem Tempo 88 [1987], filem Dendang Perantau [1979] dan filem Suara Kekasih [1986] juga pernah membuat penggambarannya di situ.


Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Tarikan ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke taman ini.

Selain itu Mimaland turut mempunyai beberapa bahagian rekreasi lain iaitu sebuah tasik untuk aktiviti sampan dan memancing, kawasan 'Giant Maze' dan kawasan untuk aktiviti merentas rimba.


KISAH TRAGIK

Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga, pada Januari 1993, satu kemalangan yg tidak diingin berlaku di kawasan papan luncur air gergasi yang menyebabkan kematian seorang warga Singapura yg berusia 27 tahun.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup semula kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan. Antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya.

Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Taman yg hebat lagi gah ini dulu Dimiliki oleh Mimaland Berhad, subsidiary Magnum Group of Companies [sekarang dikenali sebagai Magnum Corporation].

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini di lokasi GPS 3.283458, 101.724069..

Van yang digunakan oleh Taman Tema Mimaland pada suatu ketika dahulu..
Bus stop yg dahulunya dipenuhi pengunjung kini hanya tinggal kenangan..
Bumper Car..
Roda basikal air kini tinggal kenangan..
Sampan yg kini juga tinggal kenangan..
 
INFO TAMBAHAN
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Corporation.
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu 'property' mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dengan 4 ekor anjing pemburu.
  • Mengikut temubual dengan penduduk ada yang mendakwa pernah ternampak harimau di situ.
  • Pagar telah didirikan untuk mengelakkan orang awam mencerobohi kawasan mereka kerana tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.

Sumber: www.ohmedia.my

Tuesday, May 10, 2016

FITRAH ANAK ITU BERMAIN!


Hari ini impian 'Mak Ayah' semakin menggila! Anak seusia tahun 2 sudah dihantar ke tuisyen segala. Anak kecil ini terlena di tangga tuisyen sebab ibubapanya lambat ambil. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?! Saya benar benar terluka melihat sikap bapanya.

Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tuisyen segala. Kita nak dia jadi Profesor atau Menteri serba guna?!

Ibubapa yang mulia!

Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa! Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada. Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa di muka.

Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu bercerita dengan kawan2 di tempat kerja.

"Anak aku semua masuk Smart Reader, Little Caliph, Smart Kids.. segala bagai!" Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti Menteri itu?! Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang?! Pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?!

Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa. Kita selalu kata, "Anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga!"

.. tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga. Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak di muka mereka.Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain.. jangan bunuh jiwa mereka!

Credit: Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff

Wednesday, March 2, 2016

PESAWAT RM400 JUTA SULTAN IBRAHIM


JOHOR BARU, 1 Mac: Pesawat 'emas' Boeing 737 milik Sultan Johor yang berharga RM400 Juta menjadi viral di media sosial baru-baru ini selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas berlepas dari Amerika Syarikat.

Ketika pesawat itu mendarat kira-kira 1.30 tengahhari semalam, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berada di lapangan terbang itu.

Pesawat terbabit boleh dilihat dihiasi dengan dengan warna emas dan biru turut mempunyai lambang negeri Johor di bahagian badannya.

Sultan Ibrahim berkata, pesawat terbabit boleh menampung antara 25 - 30 orang dan akan digunakan untuk mempromosikan Johor.

"Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal." katanya sebagaimana lapor MStar Online.

Ditanya sama ada akan menerbangankan sendiri pesawat itu baginda menjawab, "Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum saya terbangkannya."
Ketika ditanya mengenai rancangan untuk lawatan sulungnya menggunakan pesawat terbabit, Sultan Ibrahim berkata, "Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar."

Selain itu, Baginda juga berharap dapat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah untuk mengerjakan haji menaiki pesawat tersebut.

Thursday, December 10, 2015

NAMA PENUH anak2 SULTAN JOHOR


1. Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, dilahirkan pada 30 Jun 1984 [31 tahun]. Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar dan menjadi Tunku Mahkota ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

2. Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, dilahirkan pada 8 April 1986 [29 tahun]

3. Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, dilahirkan pada 25 Disember 1988 [26 tahun]

4. Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail, dilahirkan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015 [umur 25]

5. Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri, dilahirkan pada 5 Februari 1993 [22 tahun]

6.Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim, dilahirkan pada 30 Mei 2001 [14 tahun]

Kesemua putera dan puteri baginda dilahirkan di Johor Bahru, Johor.

Friday, May 22, 2015

WANITA HEBAT!

 

Orang perempuan ni mmg kuat! Bab mengandung.. dari mula mengandung mcm2 kena 'go thru'. Morning 'sickness', sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki 'cramped' tengah malam, nk bangun dari katil susah, nk berjalan tak larat etc. Itu belum yg kena sembelit n buasir. 

9 bulan bawa kandungan..
 
Then bab bersalin.. berjam-jam tahan sakit 'contraction'. Ada yg berhari2. Sakitnya Allah je yg tau!

Belum campur sakit kena seluk nk 'check' jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit etc. Even ada yg 'end up' kena 'czer'.

Bila dh selesai.. bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu.. tak boleh makan ni. Jalan kena perlahan2 sebab sakit. Lagi2 kalau yg kena jahit tu.. tak kisah la jahit 'czer' ke jahit bawah.. dua2 pun sakit.

Then nk kena kuruskan badan balik.. nk hilangkn 'stretch marks' yg degil, nk kempiskan
poket kangaroo lagi n the list goes on.

So 9 bulan plus 100 hari pantang.. seorang wanita berkorban lebih kurang 1 tahun utk melahirkan seorang anak yg kemudian 'berbin' atau 'berbinti'kan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai n memuliakan isteri masing2. 'Dont take them for granted'. Percayalah.. segagah mana pun lelaki dia tak akan mampu untuk mengandung n menahan sakit bersalin yg hanya mampu ditanggung oleh selembut2 seorang wanita!

Ada sebab kenapa Allah S.W.T memilih wanita yg melahirkan zuriat n keturunan anda..

Credit to: facebook.com/sheilaamir.house

Tuesday, April 7, 2015

SEBUAH KISAH YANG MENYAYAT HATI..


Tadi saya solat di Petronas Sri Gombak. Sebelum solat dalam surau tu ada dua orang lelaki berbual. Seorangnya tua.. seorang lagi muda. Selesai saya ambil wuduk lelaki muda tu berlalu dan yang lelaki tua tu masih duduk sambil memegang plastik yang penuh dengan pakaian. Saya terdengar sedikit perbualan akhir mereka.

Kata lelaki muda, "Di Baitulmal Sungai Buloh ada kerja kosong. Pergilah."

Kata saya di dalam hati mungkin lelaki tua ni nak minta zakat agaknya.. kemudian mungkin lelaki muda tu suruh orang tua tu cari kerja.

Lepas solat saya terdengar dia berbual dengan Arif. Orang tua tu tanya, "Dik, tempat adik kerja ada kosong tak?"

Arif jawab, "Saya belajar lagi Pak Cik. Maaf sangat ye."

"Oh ye ke?!" Sedih kedengaran orang tua mendengar jawapan itu.

Selepas berdoa saya terus paling ke belakang dan bersalam dengan orang tua itu.

"Pak cik cari kerja ke?!"

"Ha'ah. Pak cik dah lama cari kerja."

Walaupun nadanya sedih namun senyumannya begitu manis sekali. Saya tidak menyangka orang sebegitu pun mempunyai masalah kerja.

"Dah berapa lama pak cik cari?!" Tanya saya.

"Dah 15 hari. Di Gombak ini saja pak cik cari dekat 15 hari."

Saya amat terkejut. Mustahil Gombak yang semaju ini mempunyai banyak kedai tidak punyai kerja kosong.

"Pak cik dah minta kerja pemandu lori.. pembasuh pinggan kat kedai.. jaga kedai.. cleaner! Semuanya tak dapat!"

Saya lebih terkejut. "Eh! Kenapa tak dapat pak cik?! Takkan tak dapat?! Kerja cleaner pun tak dapat?!"

Dengan senyuman tetapi matanya berair dia menceritakan, "Kebanyakan kedai dah tak mahu orang Melayu jadi pekerja. Mereka lebih sukakan pekerja Indonesia dan Bangladesh."

Saya berkerut. Hati saya tiba-tiba terasa bahang.

"Pak cik melutut untuk bekerja di kedai makan tapi mereka tak mahu pak cik. Mereka mahu pekerja yang ada agensi. Yang ada agensi pula semuanya warga Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Pak cik dah tua, dik. Umur pak cik 52 tahun. Pak cik dah tak ada keluarga lagi.

Pak cik dapat kerja jadi pengawal keselamatan pun tak kisahlah.. tapi pak cik ada penyakit jantung. Bila pak cik ke agensi pengawal keselamatan mereka tak mahu orang tua yang ada pengakit.

Pak cik minta kerja di McDonald's dan KFC. Mereka tak mahu pekerja umur atas 35 tahun. Mereka nak yang muda. Pekerja cleaner pun diorang nak yang Indonesia atau Nepal sahaja.

Pak cik cuba minta di McDonald's bawah tu. Supervisor dia tanya.. pak cik ni orang Malaysia ke orang Indonesia?! Pak cik kata pak cik orang Malaysia. Lepas tu dia terus menolak. Katanya dia mahukan pekerja Indonésia.

Pak cik ke kedai runcit. Mereka tak mahu pekerja yang berpenyakit dan tua. Pak cik nak kerja basuh pinggan saja.. tapi hampir semua sudah dipenuhi dengan pekerja Indonesia dan Bangladesh."

Saya amat berang sekali. Tergamak bangsa kita membiarkan saudaranya terkapai-kapai sedangkan bangsa lain pula yang mendapat kesenangan! Celaka!

"Pak cik tak nak kerja di stesen minyak ke?! Boleh minta di Petronas sini." Tanya saya.

"Inilah peluang terakhir pak cik. Kalau tak dapat juga pak cik akan ke Sungai Buloh esok pagi naik bas."

Saya menggeleng. "Pak cik tidur di mana?! Sudah makan ke?!"

"Pak cik tidur di masjid sahaja. Pak cik tak ada rumah. Pak cik ada RM2.00 sahaja. Pak cik tak makan lagi. Pagi tadi nasib baik ada orang belanja roti canai."

Dia keluarkan satu note RM1.00 dan beberapa duit syiling. Nak menangis saya melihat keadaan itu. Patutlah di tangannya ada plastik berisi pakaian. Terpaksa merempat di masjid-masjid untuk berteduh. Saya terus keluarkan beberapa wang di dalam dompet saya lalu saya berikan pada dia.

Saya katakan, "Ini duit makan.. dan yang ini duit nak ke Sungai Buloh. Saya minta maaf sangat kerana tak dapat membantu."

Matanya berair. Dia bertanya kepada saya, "Nama adik apa?!"

"Farid. Farid Wajdi." Jawab saya sambil tersenyum. Mata saya sudah mula berair melihat senyuman tabahnya itu.

"Terima kaseh Farid. Boleh pak cik nak nombor telefon?! Kalau pak cik dah dapat kerja pak cik nak belanja Farid."

Ya Allah! Mulianya hati pak cik ini. Dalam keadaan susah masih mengenang jasa orang lain. Dalam kesusahan masih lagi difkirkan untuk membuat kebaikan.

Saya pun berikan nombor telefon saya. Akhirnya saya pun meminta diri kerana saya sudah hampir terlambat untok ke kelas. Di dalam kereta saya tertanya-tanya apakah malangnya menjadi orang tua Malaysia. Nasib mereka lebih buruk daripada pendatang asing. Inilah dikatakan 'Kera di hutan disusukan.. anak di rumah mati kelaparan!'

"Saya doakan pak cik dapat kerja dan penempatan yang terbaik. Saya doakan!" Kata saya sebelum kami berpisah.

Ayuh kawan! Ayuh doakan! - By Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif

Sumber: www.thehypermedia.com

Wednesday, March 18, 2015

LAPORAN HARGA EMAS MAC 2015 dan GST

 

Harga emas hari ini sedang melesu dan berada pada paras terendah sepanjang tahun 2015, setelah mencatatkan harga tertinggi pada 17 - 18 Januari lalu [150.37/g] emas terus  menjunam ke paras 136.62/g hari ini.

Pada 1 April 2015 ini, kerajaan akan mula memperkenalkan GST dan emas tidak terkecuali turut dikenakan cukai. Maka peminat-peminat emas harap bersedia dengan poket lebih tebal untuk membeli emas, cukai yang dikenakan adalah minima.. dukacitanya ada  sesetengah pembeli malah peniaga tersilap faham bagaimana cukai GST akan dikira pada barangan kemas.

Cukai GST yang dikenakan kepada emas akan dikira 6% dari keuntungan jualan bukannya 6% dari harga emas semasa. Jadi akan timbul nanti, pembeli akan dapat mengagak keuntungan sebenar peniaga emas dari tax 6% yang dikenakan. Ada beberapa contoh cara kiraan GST untuk barang kemas.

Contoh paling senang: Cincin emas 10g berharga RM1,000.00 dibeli dari pembekal RM800.00 maka cukai GST yang akan dikenakan adalah:

  • 6% x RM200.00 = RM12.00 bukannya..
  • 6% x RM1,000.00 = RM60.00 [Salah!]

Contoh lebih kompleks: Cincin emas 10g dibeli dari pembekal RM800.00 + upah RM50.00.. penjual menjual pada harga RM1000.00 + upah RM200.00.. maka:

  • 6% x Untung [RM350.00] = RM21.00 [Betul]
  • 6% x Jumlah Harga [RM1,200.00] = RM72.00 [Salah]

Oleh kerana harga emas berubah setiap hari, penjual emas kecil-kecilan, borong, peraih [jika dikenakan GST] memerlukan sistem akaun dan POS [Point of Sale] yang lebih teratur untuk rekod transaksi kos modal dan jumlah jual untuk dikira GST bukannya seperti cara lama bergantung kepada turun naik harga emas per gram setiap hari.

Jadi kepada kita yang niaga kecil-kecilan ini ada baiknya menggunakan Microsoft Excel yang dah familiar dari software akaun yang complex seperti Quiken n etc. Boleh dapatkan sistem akaun Excel DKS yang senang di sini.

Bagaimanapun setakat hari ini, cukai GST tidak akan dikenakan kepada jongkong emas, emas mentah dan raw material emas yang lain. Cukai hanya  dikenakan kepada barang kemas dan perhiasan sahaja.

Kejatuhan matawang ringgit berbanding dollar juga memberi impak agak luas kepada harga emas pasaran tempatan kerana setiap kali tukaran matawang jatuh, kita terpaksa membayar lebih untuk mengimport emas ke dalam negara.

Ada beberapa ketika tahun ini  pasaran emas antarabangsa dalam keadaan menaik tetapi pasaran emas tempatan merundum disebabkan matawang negara merosot.. tukaran matawang MY/USD hari ini USD1/MYR3.70.

Dapatkan diskaun RM5/gram untuk emas @Pandora916,  layari www.hargaemas.my

Tuesday, December 16, 2014

PERATURAN LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015


PERATURAN BARU PEMANCING WAJIB ADA LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015. Difahamkan, tujuan utama lesen memancing dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan. 

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500.00 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali keempat. Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

OBJEKTIF UTAMA PERATURAN LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015 

Perlesenan sukan memancing adalah salah satu usaha untuk membangunkan sumber perikanan dan menaik taraf sukan rekreasi memancing di lautan. Selain mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang, perlesenan memancing ini juga dapat memastikan populasi sesetengah spesis ikan dapat dikawal.

HARGA LESEN MEMANCING MULAI TAHUN 2015

Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10.00 per tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan. 

PEKELILING CADANGAN LESEN MEMANCING OLEH JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Difahamkan peraturan lesen memancing oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan di seluruh negara. Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri.


Wednesday, December 10, 2014

NOOR HAFIZAH MOHD IDRUS PILOT AIR ASIA WANITA

Siapa sangka Noor Hafizah merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dgn 375 penumpang..

Noor Hafizah Mohd Idrus, 28, berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil. Bagaimabapun, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya. Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafizah berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.

Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru. Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM].

Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya ‘terbengkalai’ begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan. Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.

Lantas tanpa berfikir panjang Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.

MULA BERKHIDMAT DI AIR ASIA

Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak Oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah dia kini bergelar Senior First Officer iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.

Semakin tinggi terbang semakin luas pemandangannya melihat alam ciptaan Allah. Tidak hairanlah kecintaannya terhadap pencipta semakin utuh. Kerjayanya yang bertanggungjawab terhadap banyak nyawa menjadikan dirinya tidak pernah leka lebih lebih lagi untuk memenuhi kewajipan pada Yang Maha Esa. Pesanan ibu bapanya supaya tidak meningalkan solat sebaik melangkah ke dunia yang diimpikannya ini juga sentiasa diingati.

Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini tidak menafikan dia mengalami kesukaran untuk menunaikan rukun islam yang pertama ketika awal pembabitannya dalam dunia penerbangan. Dia mengalami masalah ketika ingin berwudhuk sewaktu bertugas dalam penerbangan, Bagaimanapun, masalah itu tidak dibiarkan begitu saja.

"Saya berjumpa dengan seorang ustaz. Dia memberikan saya panduan berwudhuk ketika berada di dalam kapal terbang. Saya diberitahu oleh ustaz tersebut bahawa kita masih boleh membasuh bahagian kaki tanpa perlu membuka kasut. Ini memudahkan petugas petugas kapal terbang yang sememangnya mempunyai masa yang terhad." ujar anak gadis ini menyusun bicara.


SOLAT BUKAN SATU BEBANAN

Noor Hafizah, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan itu atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.

"Ada ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir mengerjakan solat, makan dan memasuki tandas." ujarnya yang segak berpakaian uniform.

Dia juga tidak mengalami kesukaran dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agama yang dimilikinya, semua itu dapat di atasi dengan mudah.

"Menentukan arah kiblat tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam kenderaan yang bergerak mana-mana arah kiblat dibolehkan." akui Noor Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja. Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.

SAAT-SAAT CEMAS

Bagi juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan juruterbang.

"Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami diajar untuk tidak mempertaruhkan nyawa penumpang. Setiap kali sebelum membawa penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan." Noor Hafizah berkongsi amalannya, pada masa yang sama dia mengakui pengalamannya tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.

Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan "terbang" mengatasi segala galanya.


Jika bersemuka dengan Noor Hafizah Mohd Idrus, pastinya tidak percayai dia merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang kerana susuk badannya yang kecil.

BIODATA NOOR HAFIZAH MOHD IDRUS PILOT AIR ASIA WANITA

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun [2014]
Asal: Taiping, Perak
Alamat Terkini: Cheras, Kuala Lumpur
Pendidikan: Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
Bidang: Ijazah Multimedia
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

 

Thursday, October 30, 2014

PENIAGA ONLINE PERLU PAPAR NAMA dan NOMBOR SYARIKAT


Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM] nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan Ecommercemilo.Com pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.

Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.00.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul [mengikut SSM] untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut di dalam ruangan "About" seperti di dalam gambar dibawah.


Sekiranya anda belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya hanya RM60.00 untuk satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan..

Untuk keterangan lanjut sila layari Peraturan Peniaga Online

Wednesday, October 29, 2014

SYARAT KELAYAKAN SKIM SUBSIDI PETROL


Skim Subsidi Petrol yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini bakal dilaksanakan mengikut 3 peringkat berdasarkan kepada pendapatan rakyat dan bakal dilaksana pada JUN 2015
 
  • Individu yang berpendapatan kurang dari RM5,000.00 layak menerima subsidi penuh.
  • Individu yang berpendapatan antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 hanya menikmati sebahagian dari subsidi.
  • Individu yang berpendapatan lebih dari RM10,000.00 tidak layak untuk menikmati subsidi petrol.
 
Subsidi ini akan dilaksanakan bermula pada JUN 2015 dan hanya melibatkan RON95 dan diesel sahaja. Harga minyak RON97 pula akan bergantung kepada harga pasaran semasa. 
 
Sumber: Siakapkeli.com
 

Wednesday, April 30, 2014

NILAI SEBUAH GAMBAR - RM20,000.00


Nilai di Sebalik Sebuah Gambar..

KOTA BHARU - Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan [HIPA], Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

"Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu dengan ambil kira tema ditetapkan iaitu ‘mencipta masa depan.’ Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup.” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, Pantai Cinta Berahi, Kelantan dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000.00 [RM20,000.00].

Tuesday, April 22, 2014

BUDAK SEKOLAH TERTUSUK BESI LONGKANG DI PIPI

 
 

Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.

SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalnan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.

Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas. Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.
Sulaiman Hj Awang
PPA PPD KK
21hb April 2014
4.12 petang
 

BOLA BESI 4KG TERKENA KEPALA

KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya. 

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail [HSI] Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah [HSA] di sini, untuk rawatan lanjut.  

Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...