ANAKKU..
Memang ayah tak mengandungkanmu.. tapi darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan dan kerendahan hati.
Memang ayah tak mengandungkanmu.. tapi darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan dan kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu.. tapi suaranyalah yang pertama menghantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu.. tapi dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat.. tapi tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan
ayah mungkin tak pernah kau dengar.. kerana dia ingin terlihat kuat
agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika
merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu.. kerana cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah
mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup
menghadapi semua sendiri. Ibu hanya ingin kau tahu bahawa cinta ayah
kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
ANAKKU..
Dari
dirinya juga terdapat syurga bagimu. Maka hormati dan sayangi ayahmu..
kerana ibu adalah tulang rusuknya. Jauh di lubuk hatinya dia hanya ingin
mampu membanggakan mu di mata
Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api
neraka..
Berbahagialah mereka yang masih mempunyai IBU dan AYAH
Hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kita
Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kita kecil dulu..
#AlFatihah untuk arwah Abah..
Ya Allah! Ampuni dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Semoga roh Abah ditempatkn di kalangan orang2 yg soleh n beriman.
Aminnn..
No comments:
Post a Comment