Showing posts with label Tazkirah dan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah dan Motivasi. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

"SAYA GELI TENGOK ISTERI.. TAK TERURUS DAN BERBAU BAWANG!"


Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja di rumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

Berikut adalah tulisan suami berkenaan..

"Assalamualaikum..


Nak tanya, isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja.

Saya letih-letih bawa motor, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat. Saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat. Nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang.. seorang 3 tahun, seorang 2 tahun dan seorang 6 bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke?! Bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan 'touching' bagai. Adoi! Apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?!

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah. Tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri. Urus anak pandai pulak kan?! Urus diri sendiri tak boleh?!

Saya sudah tak tahu nak kata apa. Dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu. Tolong la saya! Dah tak tahu nak buat apa! Umur muda lagi.. baru 26 dah macam apa saya tengok. Diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada!"

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.

"Salam tuan tanah..


Saya sendiri lelaki dan mempunyai anak 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke SPA untuk buat rawatan badan dan dirinya. 3 hari je tuan.. tuan cuba bangun pagi membasuh, memasak sarapan, uruskan anak-anak, mengemas.. pergi pasar bawa 3 orang anak yang kecil-kecil tu beli barang-barang segar.. masak special untuk isteri tuan. Masuk tengahari masak untuk tengahari, urus anak lagi berak kencing, menangis, makan, mandi..

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering, kemas rumah lagi yang disepahkan oleh 3 orang anak tuan.. uruskan anak lagi yang tak habis nak makan, nak main, nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner..

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur tapi tak boleh jugak anak menangis nak susu.. anak menangis nak tukar lampin..

OK. Lepas 3 hari tuan komen balik kat sini apa terjadi pada anak-anak, pada makanan, pada keadaan rumah dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sini tangungjawab tuan adalah melindungi isteri, beri keselesaan pada isteri dan anak-anak..

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.. apa yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah meringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah..

Lebihkan perbelanjaan untuk isteri tuan berhias! Kalau kata tuan tidak mampu.. tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak, bekerja, urus rumah tangga.. So bila malam sebelum tido Insya Allah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja!"

Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.

"Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah.. tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5 - 6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak, anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung.

Letak depan TV, anak yang besar lanyak adik.. dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang-kadang tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dengan tenang. Kalau tak, baru nk gosok gigi anak dah melalak macam apa kat luar bilik air. Memang la boleh main HP sebab anak ni bijak. Time kita duduk diam dia pun diam. Elok main sebelah.. tapi bila gerak sikit, dia mula perangai.. tapi kat kepala isteri tu macam-macam kerja nak kena buat!

Lagi satu, dia merungut tu bukan apa.. sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak-anak takde kawan nak dengar cerita dia. Apa salahnya dengar cerita dia.. luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. lama-lama boleh stress!

Lagi satu nak tanya la.. malam-malam anak nak menyusu siapa yg bangun?! Suami ke isteri?! Anak kecik ni kadang-kadang 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang-kadang bergilir bangun. Agak-agak bila masa isteri nak cover tido?! Waktu siang?! Ingat boleh cover ke dengan anak kecik lagi?! Sorang tido sorang lagi jaga.. kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya!

Fikir la encik! Jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la! Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak.. tolong jaga anak tak tau! Isteri penat mengandung 9 bulan.. jaga anak lagi. Budak ni selagi tak umur 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat macam tu.. saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik.. penat!"

Apapun, hargailah isteri anda! Terima kekurangan dan kelebihannya.. jika kekurangan itu boleh diubah.. didiklah dia kerana anda 'Ketua Keluaga' yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah!

Friday, May 13, 2016

KERANA DOA SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA TIADA HIJAB..


Sesungguhnya doa seorang ibu terhadap anaknya dikatakan adalah doa tanpa hijab di hadapan Allah.. sebab itulah kalau kita dengan bahawa doa seorang ibu mudah menembusi langit sehingga doa seorang ibu yang dipanjatkan untuk anaknya amat mudah dikabulkan.

Mungkin sebahagian kita tidak sedar akan kehebatan doa seorang ibu ini yang dikabulkan tanpa kita sedari.

Cerita yang dikongsikan ini sungguh menyayat hati. Kata2 yang tidak disangka akan menjadi 'doa' diangkat oleh Allah sehingga menimbulkan penyesalan yang tidak terhingga buat si ibu. Semoga ia menjadi iktibar supaya kita lebih berhati2 untuk menuturkan kata2 terutamanya ketika marah! 

Jom kita baca.

Pada suatu hari, saya sedang membersihkan rumah tiba2 anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, tanpa sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai!

Saya benar2 marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari ibu saya yg amat saya sayangi.. maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata2, "Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang belulangmu hancur!”

Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya telah membesar. Saya juga telah lupa akan doa itu. Saya pun tidak menanggapnya penting dan saya tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke atas langit!

Anak lelaki saya dan adik2nya yang lain sedang membesar. Dia anak sulong yang paling saya sayangi dari anak2 saya yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati saya dan berbakti kepada saya dibandingkan adik2nya yang lain.

Kini dia telah bekerja menjadi seorang Jurutera yg berjaya. Tidak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya saya nak menimang cucu.

.. Ayahnya ada sebuah bangunan gudang yang telah uzur dan ingin dibuat baik pulih. Maka pergilah anak saya bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap2 untuk merobohkan satu dinding yang sudah terlalu usang.

Sedang mereka melakukan kerja penyediaan 'renovation' anak saya pergi ke belakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun. 

Maka kerja2 utk meruntuhkan dinding itu dilakukan oleh para pekerja suami tanpa mengetahui bahawa anak saya ada di belakang dinding tersebut.. dan dengann tidak semena2 dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.

Kendengaran suara berteriak di dalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi. Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa?! Mereka berlari ke arah runtuhan itu. Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anak saya itu dengan susah payah lalu segera memanggil bomba dan ambulans.

Mereka tidak boleh mengangkat badan anak saya. Ia remuk seperti kaca yang jatuh.. pecah berkeping2. Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati2 dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.

Ketika ayahnya menghubungi saya untuk mengkhabarkan hal itu, seakan2 Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya semasa ia kecil dahulu.. 

Saya menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar saya berada di Hospital dan saya meminta untuk melihat keadaan anak saya. Ketika melihatnya, seakan2 saya mendengar suara Tuhan berkata, “Ini doa kamu kan?! Sudah Aku kabulkan setelah sekian lama engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya!" Ketika itu jantung saya seakan berhenti berdetik. Anak saya menghembuskan nafasnya yg terakhir. 

Saya berteriak dan menangis sambil berkata, “Jangan pergi nak!” 

“Andai kata ia masih hidup.. tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot di dalam rumahku! Asalkan aku tidak kehilangannya Ya Allah!”

Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu..

Andainya..  Andainya.. Andainya… tetapi kalimat ‘Andainya’ ini tidak berguna lagi waktu ini..

SEKIAN.

Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu2 mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah. Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan. Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja tapi jangan mendoakannya macam2 sehingga kalian akan menyesal seperti saya!

Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir..

"Aku rela rohku pun turut bersamamu hingga aku bisa beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu." 

Sebuah kisah benar! 

Tolong sebarkan kepada seluruh wanita. Doa itu akan terjawab walau sekian lama. Tunggu lah! Allah pasti akan mengkabulkanya!

Oleh itu berdoalah yang baik2 untuk semua anak2mu..

Bila Cikgu Emmet Menulis

Tuesday, May 10, 2016

FITRAH ANAK ITU BERMAIN!


Hari ini impian 'Mak Ayah' semakin menggila! Anak seusia tahun 2 sudah dihantar ke tuisyen segala. Anak kecil ini terlena di tangga tuisyen sebab ibubapanya lambat ambil. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?! Saya benar benar terluka melihat sikap bapanya.

Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tuisyen segala. Kita nak dia jadi Profesor atau Menteri serba guna?!

Ibubapa yang mulia!

Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa! Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada. Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa di muka.

Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu bercerita dengan kawan2 di tempat kerja.

"Anak aku semua masuk Smart Reader, Little Caliph, Smart Kids.. segala bagai!" Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti Menteri itu?! Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang?! Pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?!

Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa. Kita selalu kata, "Anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga!"

.. tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga. Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak di muka mereka.Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain.. jangan bunuh jiwa mereka!

Credit: Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff

Thursday, February 18, 2016

HIDUP IBARAT PUTARAN RODA


Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba2 pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya dia meminta izin terlebih dahulu, 'Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?!'

Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar dia menjawab, 'Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!' Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.

Tidak lama selepas itu, perniagaan suaminya mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula.. bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia.

Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka ternyata tetamu yang tidak diundang tu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya, 'Bolehkan saya memberi makanan kepada pengemis ini?!'

'Ya! Berilah makanan kepada pengemis itu!'

Selepas memberi pengemis itu makanan si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan si suami bertanya, 'Mengapa kamu menangis?! Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?!'

Si isteri menggelengkan kepalanya lalu berkata dengan sedih, 'Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukan siapa pengemis yang ada di luar tadi?! Dia adalah bekas suamiku.'

Mendengar penjelasan isterinya si suami berasa terkejut tetapi dia bertanya lagi, 'Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?! Saya adalah pengemis yang dihalaunya dulu!'

Friday, January 8, 2016

PELANGI SELEPAS HUJAN!


Seringkali hati kecil mengadu sakit.. seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa.. kadangkala menewaskan semangat yang ada. 

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan.. kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan.. di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

PERNAHKAN SEKALI KITA MEMAHAMI ALAM?!

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang..
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan..
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam..
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang..
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa..
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu.. 

Jawabnya SENANG..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. 

Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah..

Monday, December 21, 2015

MIMPI BERTEMU RASULULLAH - KENYATAAN YANG PASTI


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya [mimpi].. maka ia sesungguhnya dia telah melihatku kerana syaitan tidak [mampu] menyerupai gambaranku."

Mimpi bertemu Baginda SAW dalam apa keadaan sekalipun adalah dikira sebagai mimpi yang benar kerana ia adalah sabit dan sah diperakui oleh Rasulullah SAW.

.. tidak disyaratkan orang yang bermimpi itu mendapat pengetahuan bahawa yang dilihat ialah Rasulullah SAW dengan mendengar pengakuan oleh Rasulullah SAW sendiri. Apa yang menjadi syarat ialah semata-mata sedar dan tahu bahawa orang yang dilihatnya itu ialah Rasulullah SAW..

Kadangkala seseorang tidak perlu diberitahu siapa orang yang di hadapannya.. walaupun dia tidak pernah bertemu secara langsung sebelum ini. Ini kerana makrifat atau pengetahuannya tentang orang yang di hadapannya telah sedia ada dalam benak fikirannya..

Mimpi bertemu Rasulullah adalah nikmat yang Allah berikan kepada mereka yang terpilih. Ada kalanya mereka memperbanyakkan selawat dan salam serta ketaatan yang sempurna.

Mimpi itu memiliki etika tersendiri hanya difahami pelakunya. Hal itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Mimpi itu adalah nikmat yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki daripada hamba-hambaNya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila zaman sudah dekat maka tidak ada mimpi seorang Muslim yang bohong."

Friday, May 22, 2015

WANITA HEBAT!

 

Orang perempuan ni mmg kuat! Bab mengandung.. dari mula mengandung mcm2 kena 'go thru'. Morning 'sickness', sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki 'cramped' tengah malam, nk bangun dari katil susah, nk berjalan tak larat etc. Itu belum yg kena sembelit n buasir. 

9 bulan bawa kandungan..
 
Then bab bersalin.. berjam-jam tahan sakit 'contraction'. Ada yg berhari2. Sakitnya Allah je yg tau!

Belum campur sakit kena seluk nk 'check' jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit etc. Even ada yg 'end up' kena 'czer'.

Bila dh selesai.. bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu.. tak boleh makan ni. Jalan kena perlahan2 sebab sakit. Lagi2 kalau yg kena jahit tu.. tak kisah la jahit 'czer' ke jahit bawah.. dua2 pun sakit.

Then nk kena kuruskan badan balik.. nk hilangkn 'stretch marks' yg degil, nk kempiskan
poket kangaroo lagi n the list goes on.

So 9 bulan plus 100 hari pantang.. seorang wanita berkorban lebih kurang 1 tahun utk melahirkan seorang anak yg kemudian 'berbin' atau 'berbinti'kan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai n memuliakan isteri masing2. 'Dont take them for granted'. Percayalah.. segagah mana pun lelaki dia tak akan mampu untuk mengandung n menahan sakit bersalin yg hanya mampu ditanggung oleh selembut2 seorang wanita!

Ada sebab kenapa Allah S.W.T memilih wanita yg melahirkan zuriat n keturunan anda..

Credit to: facebook.com/sheilaamir.house

Wednesday, May 13, 2015

WANITA ITU CANTIK..


Ketika Allah menciptakan wanita Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita Ya Allah?!" 

Allah menjawab, "Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah Aku ciptakan untuk wanita?! Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan dan semua itu hanya dengan dua tangan!"

Malaikat menjawab dengan takjub, "Hanya dengan dua tangan?! Tidak mungkin!"

Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari!"

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Ya Allah.. kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?!"

Allah menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan.. itu adalah air mata."

"Untuk apa?!" tanya Malaikat.

Allah melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan.. serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki. Ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."

"Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki.. dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri..
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan.. mampu menyanyi ketika menangis.. menangis saat terharu.. bahkan tertawa ketika ketakutan..
Dia berkorban demi orang yang dicintainya..
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan..
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang..
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia..
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran..
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian..
.. tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka."

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan.. bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya.. tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

".. dan akhirnya Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya.. kerana itulah pintu hatinya.. tempat di mana cinta itu ada!

Tuesday, April 7, 2015

SEBUAH KISAH YANG MENYAYAT HATI..


Tadi saya solat di Petronas Sri Gombak. Sebelum solat dalam surau tu ada dua orang lelaki berbual. Seorangnya tua.. seorang lagi muda. Selesai saya ambil wuduk lelaki muda tu berlalu dan yang lelaki tua tu masih duduk sambil memegang plastik yang penuh dengan pakaian. Saya terdengar sedikit perbualan akhir mereka.

Kata lelaki muda, "Di Baitulmal Sungai Buloh ada kerja kosong. Pergilah."

Kata saya di dalam hati mungkin lelaki tua ni nak minta zakat agaknya.. kemudian mungkin lelaki muda tu suruh orang tua tu cari kerja.

Lepas solat saya terdengar dia berbual dengan Arif. Orang tua tu tanya, "Dik, tempat adik kerja ada kosong tak?"

Arif jawab, "Saya belajar lagi Pak Cik. Maaf sangat ye."

"Oh ye ke?!" Sedih kedengaran orang tua mendengar jawapan itu.

Selepas berdoa saya terus paling ke belakang dan bersalam dengan orang tua itu.

"Pak cik cari kerja ke?!"

"Ha'ah. Pak cik dah lama cari kerja."

Walaupun nadanya sedih namun senyumannya begitu manis sekali. Saya tidak menyangka orang sebegitu pun mempunyai masalah kerja.

"Dah berapa lama pak cik cari?!" Tanya saya.

"Dah 15 hari. Di Gombak ini saja pak cik cari dekat 15 hari."

Saya amat terkejut. Mustahil Gombak yang semaju ini mempunyai banyak kedai tidak punyai kerja kosong.

"Pak cik dah minta kerja pemandu lori.. pembasuh pinggan kat kedai.. jaga kedai.. cleaner! Semuanya tak dapat!"

Saya lebih terkejut. "Eh! Kenapa tak dapat pak cik?! Takkan tak dapat?! Kerja cleaner pun tak dapat?!"

Dengan senyuman tetapi matanya berair dia menceritakan, "Kebanyakan kedai dah tak mahu orang Melayu jadi pekerja. Mereka lebih sukakan pekerja Indonesia dan Bangladesh."

Saya berkerut. Hati saya tiba-tiba terasa bahang.

"Pak cik melutut untuk bekerja di kedai makan tapi mereka tak mahu pak cik. Mereka mahu pekerja yang ada agensi. Yang ada agensi pula semuanya warga Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Pak cik dah tua, dik. Umur pak cik 52 tahun. Pak cik dah tak ada keluarga lagi.

Pak cik dapat kerja jadi pengawal keselamatan pun tak kisahlah.. tapi pak cik ada penyakit jantung. Bila pak cik ke agensi pengawal keselamatan mereka tak mahu orang tua yang ada pengakit.

Pak cik minta kerja di McDonald's dan KFC. Mereka tak mahu pekerja umur atas 35 tahun. Mereka nak yang muda. Pekerja cleaner pun diorang nak yang Indonesia atau Nepal sahaja.

Pak cik cuba minta di McDonald's bawah tu. Supervisor dia tanya.. pak cik ni orang Malaysia ke orang Indonesia?! Pak cik kata pak cik orang Malaysia. Lepas tu dia terus menolak. Katanya dia mahukan pekerja Indonésia.

Pak cik ke kedai runcit. Mereka tak mahu pekerja yang berpenyakit dan tua. Pak cik nak kerja basuh pinggan saja.. tapi hampir semua sudah dipenuhi dengan pekerja Indonesia dan Bangladesh."

Saya amat berang sekali. Tergamak bangsa kita membiarkan saudaranya terkapai-kapai sedangkan bangsa lain pula yang mendapat kesenangan! Celaka!

"Pak cik tak nak kerja di stesen minyak ke?! Boleh minta di Petronas sini." Tanya saya.

"Inilah peluang terakhir pak cik. Kalau tak dapat juga pak cik akan ke Sungai Buloh esok pagi naik bas."

Saya menggeleng. "Pak cik tidur di mana?! Sudah makan ke?!"

"Pak cik tidur di masjid sahaja. Pak cik tak ada rumah. Pak cik ada RM2.00 sahaja. Pak cik tak makan lagi. Pagi tadi nasib baik ada orang belanja roti canai."

Dia keluarkan satu note RM1.00 dan beberapa duit syiling. Nak menangis saya melihat keadaan itu. Patutlah di tangannya ada plastik berisi pakaian. Terpaksa merempat di masjid-masjid untuk berteduh. Saya terus keluarkan beberapa wang di dalam dompet saya lalu saya berikan pada dia.

Saya katakan, "Ini duit makan.. dan yang ini duit nak ke Sungai Buloh. Saya minta maaf sangat kerana tak dapat membantu."

Matanya berair. Dia bertanya kepada saya, "Nama adik apa?!"

"Farid. Farid Wajdi." Jawab saya sambil tersenyum. Mata saya sudah mula berair melihat senyuman tabahnya itu.

"Terima kaseh Farid. Boleh pak cik nak nombor telefon?! Kalau pak cik dah dapat kerja pak cik nak belanja Farid."

Ya Allah! Mulianya hati pak cik ini. Dalam keadaan susah masih mengenang jasa orang lain. Dalam kesusahan masih lagi difkirkan untuk membuat kebaikan.

Saya pun berikan nombor telefon saya. Akhirnya saya pun meminta diri kerana saya sudah hampir terlambat untok ke kelas. Di dalam kereta saya tertanya-tanya apakah malangnya menjadi orang tua Malaysia. Nasib mereka lebih buruk daripada pendatang asing. Inilah dikatakan 'Kera di hutan disusukan.. anak di rumah mati kelaparan!'

"Saya doakan pak cik dapat kerja dan penempatan yang terbaik. Saya doakan!" Kata saya sebelum kami berpisah.

Ayuh kawan! Ayuh doakan! - By Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif

Sumber: www.thehypermedia.com

Friday, March 20, 2015

JAGALAH HATI.. TUNDUKKAN PANDANGAN..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. 

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab, "Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu kepada Allah.. tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah S.A.W bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

- Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat.

Syeikh: "Jadi masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah."

"Sekarang apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU!"

 
Hargailah yang halal di sisimu. Moga dengan cara itu Allah akan sentiasa memandangmu dengan pandangan Rahmat.

Aminnn.. Inshaa Allah..

Tuesday, March 10, 2015

BIARKANLAH AYAHMU BEREHAT..


Ada seorang adik bertanyakan soalan kepadaku, "Selepas pemergian arwah ayah baru-baru ini saya terasa down.. hilang semangat. Ajarkan saya erti redha, boleh?!"

Soalan yang sukar dijawab.
Wahai adik, anggap saja ayahmu bukan pergi meninggalkanmu. Sekadar berehat dari dunia yang memenatkan ini.

Hidup ini meletihkan, dik.
Ayahmu itu telah melalui pahit maung.. suka duka sebelum bersemadi. Untuk membesarkan dirimu saja tanpa kamu sedari bukan saja air keringat mengalir tetapi air mata jua telah pun menitis. Ayahmu telah berdepan dengan dunia yang penuh dengan ketidakadilan, penindasan, penipuan dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai benteng untuk melindungi anak-anaknya. Biar saja dirinya derita asal anak gembira dan bahagia. Cukup makan dan pakai. Ke sekolah dan universiti selesa berjaya.

Kedutan dan kulit yang kelihatan 'burn' lagi kusam di wajah dan badan ayahmu.. bukti letihnya berfikir, penatnya guna kudrat tulang empat kerat. Di ladang atau di ofis.. tiada beza tetaplah berpenat. 

Biarlah ayahmu damai di sana.
Dengan apa dan bagaimana?!
Dengan dirimu menjadi lebih baik dari semalam. Baiki jati diri.. teguhkan hati.. kuatkan iman.. tambahkan ilmu agama dalam diri. Soleh dan solehahmu itu bantu mendamaikan orang tuamu di bawah sana.

Andai sebaliknya.. yang damai menjadi ribut.. yang luas menjadi sempit.. yang sejuk menjadi panas meruap. Sudahlah menangis di dunia, di alam barzakh menangis lagi. Berapa banyak lagi air matanya yang perlu tumpah untuk dirimu?!

Hidup ini tidak lama. Esok.. lusa. Berjumpa.. bersua jua di akhirat sana. Hari ini mungkin umurmu belasan tahun. Pejam celik saja.. tua datang mengganti muda. Akhirnya kamu jua diusung sama ke perhentian sementara.

Usah bersedih dengan yang pergi. Kerana kita jua akan pergi. Sayang mencecah awan pun kamu cuma mampu simpannya dalam hati dan memori. Tidak mampu menghalangnya dari mati. Malah kamu sendiri.. andai disayangi orang sehabis sayang sekalipun kamu jua akan pergi.

Kerana ayah bukan milik kamu. Kamu jua bukan milik ayah. Kita semua milik Allah. Mujur saja Allah berikan cebisan rahmat-Nya untuk merasa erti kasih sayang di dunia. 

Erti kasih sayang yang Allah berikan bukan untuk saja-saja.. tetapi untuk kamu akhirnya mengerti yang lebih kamu patut sayangi adalah Allah jua.

Akhir kalam dariku wahai adik, ingatlah Surah Al-Insyiqaq ayat 6:
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

Ertinya: Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah [menjalankan keadaan hidupmu] dengan sedaya upayamu hinggalah [semasa engkau] kembali kepada Tuhanmu.. kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu [tercatit semuanya].

Rasulullah s.a.w. jua ada berdoa: "Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan.. "

Senyumlah wahai adik..
Biarkanlah ayahmu berehat..

.. 40 hari pemergian Abah. Sepantas itu waktu berlalu!
Ya Allah! Ampuni dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu.. wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Aminnn..
Al-Fatihah.

NUSYUZ YANG TERPAKSA


Semakin hari semakin banyak dikongsikan kes-kes nusyuz yang tragis oleh para isteri dan suami. Ada yang boleh dikatagorikan sebagai nusyuz yang nyata. Ada pula yang boleh dikatakan nusyuz yang terpaksa.

Hakikatnya nusyuz hari ini sudah tidak lagi diambil berat baik oleh pihak isteri mahupun suami. Kali ini kami ingin kongsikan fenomena isteri yang nusyuz kerana terpaksa akibat dari kepimpinan suami yang lemah.

Hari ini ramainya pasangan yang telah berzina sebelum berkahwin tidak dapat dibayangkan. Begitu banyak penzinaan dilakukan oleh pasangan yang sedang bertunang atau bercinta secara suka sama suka. Bagi pasangan ini ia sering dipujuk dan dirayu oleh bakal suami walaupun calon isteri atau kekasih mereka benar-benar menolak.

Lebih menyedihkan lagi fenomena amalan zina yang telah dilakukan oleh pasangan yang berkahwin bersama pasangan lain sebagai amalan hidup sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. Ini menunjukkan bahawa banyak sekali pasangan suami isteri atau ibubapa sekarang adalah dari golongan penzina. Ini menggambarkan tahap keimanan dan ketaatan kepada Allah amat tipis sekali. Tidak peliklah jika anak-anak remaja sekarang mengamalkannya dengan lebih meluas lagi.

Apabila telah berkahwin, mempunyai anak dan rumahtangga mulai goyah, maka masing-masing mula menuding jari mencari salah pasangan. Sang suami sering menimbulkan masalah isteri yang nusyuz. Isteri pula mula nampak kelemahan suami. 

Apabila diteliti latarbelakang masalah masing-masing, kami dapati majoriti daripadanya berpunca dari kegagalan fungsi suami sebagai LELAKI menurut spesifikasi rukun nikah. Tanggungjawab diabaikan. Keperluan mencari nafkah turut ditanggung oleh isteri. Segala keputusan urusan rumahtangga dan hal ehwal anak-anak terpaksa dibuat oleh isteri kesemuanya. Suami ibarat tiada kuasa dan suara sama sekali.

Adakalanya suami sendiri tidak berpendapatan atau terlalu sedikit pendapatannya. Isteri terpaksa tersungkur-sungkur memenuhi keperluan nafkah keluarga. Pada masa yang sama isteri terpaksa bertungkus lumus mengurus anak dan rumahtangga. Akhirnya berlaku juga nusyuz di sini sana samada suka mahupun terpaksa.

Bayangkan seorang wanita muallaf yang berkahwin dengan lelaki Muslim telah ditiduri lebih 2 tahun sebelum dinikahi. Aktiviti sosial, pergaulan bebas, minuman keras dan bertukar pasangan zina menjadi amalan biasa. Asas agama tidak diajarkan.

Sebelum akad nikah baru isterinya di'Islamkan'. Kemudian setelah berkahwin si suami mahu isteri muallafnya mematuhi arahan tuhan, menutup aurat, menjauhi pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Boleh kita bayangkan betapa sukar sang isteri untuk mematuhinya?

Sebenarnya.. bagi isteri yang memang dari awal sangat mematuhi hukum hakam agama, gejala suami yang nusyuz begini memang wajar diingkari. Mematuhi suami yang mengingkari perintah tuhannya sehingga gagal memimpin keluarga dengan sempurna menuju syurga akan menjadikan isteri menjadi tertekan dan hidup sengsara. Lebih malang lagi jika suaminya bukan sahaja kaki judi, kaki mabuk, kaki betina dan suka makan wang isteri, malah sering memukul dan menghinanya pula.

Tidak peliklah ramai isteri yang memilih untuk hidup sendiri sebagai janda apabila mengalami situasi begini. Lebih tertekan apabila isteri begini sering dinasihati untuk mematuhi suami yang nusyuz pula. Allah sendiri melarang kita mengambil kafir sebagai wali atau pemimpin. Perintah ibubapa sekalipun tidak wajar kita patuhi jika ia menyalahi perintah Allah dan rasul.

Contoh isteri terbaik tetapi nusyuz yang terlakar dalam alquran ialah isteri Firaun. Dia tidak diizinkan ‘meniduri’ isterinya sepanjang perkahwinan yang hanya seperti kahwin kontrak sahaja. Tidak mungkin isteri sebaik ini akan selamat jika mematuhi suaminya yang kufur terhadap perintah tuhannya.

QS: 11. Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Firdaus dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
QS: 66. At Tahrim 10. Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya, maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari [siksa] Allah; dan dikatakan: "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk [jahannam]."

Pengalaman kami membuktikan kerukunan rumah tangga seperti ini amat sukar dipulihkan jika kedua-dua belah pihak tidak sama-sama berusaha mencari orang ketiga yang boleh dijadikan pembimbing rumahtangga mereka secara telus dan berilmu. Mereka harus bertaubat dan kembali beriman serta mematuhi seluruh Rububiyah Allah bersama-sama.
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.
ANNUR ayat 3.

Benarlah ketetapan Allah bahawa lelaki penzina dengan wanita penzina, dan lelaki mukmin dengan wanita mukmin. Biar sebesar mana sekalipun dosa yang telah kita lakukan janganlah bertangguh lagi. 

QS: 2. Al Baqarah 221. Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. 

Suami harus segera mengajak isteri mempelajari ilmu agama dan fahami semula asas munakahat untuk sama-sama mematuhinya. InsyaAllah kebahagiaan rumahtangga bakal kita nikmati semula. Jika tidak.. kekufuran itu akan menular pula kepada anak-anak untuk menambah sengsara di dunia dan akhirat.

NUSYUZ YANG SEBENAR
QS: 4.  An Nisaa' 34. “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah MELEBIHKAN sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan karena mereka TELAH MENAFKAHKAN sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka NASIHATILAH mereka dan pisahkanlah mereka di TEMPAT TIDUR mereka dan PUKULLAH mereka. Kemudian jika mereka MENTAATIMU, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Jika suami sudah benar-benar soleh dan memenuhi tanggung jawab sebagai suami di sisi Allah, namun isteri pula enggan mematuhinya walaupun telah dicuba sedaya upaya, barulah layak si isteri digelar nusyuz. Itulah contoh isteri terburuk yang Allah gambarkan melalui isteri nabi Nuh dan Luth a.s.

Namun sebelum itu patuhi dahulu semua langkah yang Allah lakarkan dalam ayat di atas. Suami harus mampu melebihi isteri dari segi nafkah, penguasaan ilmu munakahat dan keibu-bapaan sehingga mampu menasihati isteri ke arah ketakwaan. Perhatikan juga tahap penghukuman selepas proses nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran [QS:103], juga HUKUMAN MASA, memulaukan isteri melalui pemisahan tempat tidur sebelum akhirnya barulah dibenarkan ‘memukul’ isteri. 

Akhir sekali ingin kami kongsikan tabiat memukul isteri yang disalah ertikan secara muhkamat sedangkan ia lebih kepada satu analogi mutasyabihat. Ia ibarat Musa a.s. memukul tongkat [petunjuk] ke lautan [ke kepala lautan manusia].

Kerana kurang kefahaman itu lalu ada suami yang ‘membalun’ isteri semahunya mengikut nafsu. Itu bukan ajaran Islam dan amalan itu boleh mencemarkan nama Islam dan Allah.

Sebenarnya ramai juga isteri yang nusyuz kerana jahil atau samar-samar. Jadi, nasihat berupa leteran yang biasa tidak mampu menampakkan di mana nusyuznya. Isteri boleh ‘terpukul’ semasa proses mendidik dan menasihatinya dengan membacakan ayat-ayat Allah yang menunjukkan fakta perlakuan nusyuznya dengan tepat. Itulah tongkat atau analogi petunjuk yang dipukulkan ke kepala batunya. Isteri juga seharusnya terpukul ketika suami menjalankan hukuman masa melalui pemisahan tempat tidur itu.

Sumber: http://www.facebook.com/wargaprihatin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...