Friday, August 7, 2015

BIOGRAFI LENGKAP TOM CRUISE


Nama Sebenar: Cruise Mapother IV, Thomas 

Nama Artis: Tom Cruise

Tarikh lahir: 3 Julai 1962

Tempat Lahir: Syracuse, New York

Zodiac: Cancer

Tinggi: 170 cm

Kewarganegaraan: Amerika

Ayah: Thomas Cruise Mapother III

Ibu: Mary Lee Pfeiffer

Saudara: Lee Anne DeVette [kakak], Marian Mapother [kakak], Cass Mapother [adik]

Isteri: Mimi Rogers [aktress, 9 Mei 1987 – 4 Feb 1990], Nicole Kidman [aktress, 24 Disember 1990 – 8 Ogos 2001], Katie Holmes [aktress, 18 November 2006 – 19 Ogos 2012]

Kekasih: Melissa Gilbert [aktress, 1982], Rebecca De Mornay [aktress, 1983 – 1985], Penelope Cruz [aktress, 2001 – Jan 2004], Sofia Vergara [aktress, 2005]

Anak: Isabella Jane Kidman Cruise [anak angkat, 22 Disember 1992], Connor Anthony Kidman Cruise [anak angkat, 17 Januari 1995], Suri Cruise [anak kandung, 18 April 2006]

MASA KECIL

Thomas Cruise Mapother IV yang lebih dikenali sebagai Tom Cruise, dilahirkan pada 3 Julai 1962 di Syracuse, New York anak kepada Maria dan Thomas Mapother. Ibu Cruise adalah seorang pelakon amatur dan guru sekolah manakala ayahnya adalah seorang jurutera elektrik. Keluarganya hidup berpindah randah ketika Cruise kanak-kanak untuk menampung kerjaya bapanya.

Cruise adalah keturunan Inggeris dan Jerman.

Ketika berusia 12 tahun kedua orang tuanya bercerai. Cruise bersama ketiga saudara perempuannya mengikut ibu mereka berpindah ke Louisville, Kentucky dan kemudian ke Glen Ridge, New Jersey selepas perkahwinan semula ibunya.

Seperti ibu dan tiga saudara perempuannya, Cruise mengalami disleksia atau penyakit ketidakmampuan seseorang dalam membaca dan  menulis yang membuat kejayaan akademik sukar untuk beliau. Beliau cemerlang dalam olahraga dan dianggap mengejar kerjaya dalam gusti profesional sehingga kecederaan lutut dan diketepikan sepanjang persekolahan tinggi.

Pada usia 14 tahun Cruise mendaftar di sebuah seminari Franciscan dengan pemikiran untuk menjadi seorang imam tetapi ia meninggalkannya selepas setahun.

Ketika berumur 16 tahun kecintaannya pada dunia lakonan pertama kali terselah.. apabila gurunya menggalakkan beliau untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan Guys Muzik and Dolls di sekolahnya. 

KARIER

Tom Cruise adalah seorang aktor dan produser filem Amerika Syarikat yang dinominasikan dalam Academy Award dan memenangi tiga kali penghargaan 'Golden Globe Award'. Ia juga salah satu aktor paling berjaya di Hollywood dan memulakan karier lakonannya sejak era 1980an.

Cruise mendapatkan peranan utama pertamanya dalam filem Risky Business pada tahun 1983. Cruise dikenal lewat peranan-peranan suksesnya dalam berbagai filem seperti Top Gun [1986], Mission: Impossible [1996] dan kedua sekuelnya Mission: Impossible II [2000] dan Mission: Impossible III [2006] sebagai Ethan Hunt, seorang agen rahsia.

Cruise juga berlakon dalam filem-filem sukses Hollywood lainnya iaitu Jerry Maguire [1996], Vanilla Sky [2001], The Last Samurai [2003], War of the Worlds [2005] dan Mission: Impossible IV [2012]..

POPULARITI


Pada tahun 1990, 1991 dan 1997 majalah People terbitan Amerika menobatkan Cruise sebagai salah satu ‘The 50 Most Beautiful People In the World’.

Tahun 1995, majalah Empire juga menobatkan ia sebagai salah satu ‘The 100 Sexiest Stars in Film History’.

Tahun 2006 dalam majalah Premiere Cruise mendapat peringkat ke-13 sebagai ‘Hollywood's Most Powerful Actor’ dan pada tahun yang sama majalah terkemuka Forbes menobatkan Cruise dalam peringkat teratas ‘The 100 Most Powerful Celebrities’.

Cruise masuk dalam jajaran aktor papan atas Hollywood dengan bayaran termahal.

KEHIDUPAN PERIBADI


Cruise berkahwin pertama kali dengan aktress Mimi Rogers pada 9 Mei 1987 dan bercerai pada Februari 1990. Keduanya tidak memiliki anak.


Kemudian pada 24 Desember 1990 Cruise berkahwin dengan aktress papan atas berkebangsaan Australia, Nicole Kidman lawan mainnya dalam film Days of Thunder. Keduanya memiliki dua orang anak angkat: Isabella Jane Cruise [lahir 1993] dan Connor Antony Cruise [lahir 1995]. Namun keduanya bercerai pada Februari 2001 ketika Kidman sedang hamil 3 bulan dan setelah itu mengalami keguguran.

Cruise juga pernah berpacaran dengan aktress cantik berdarah Spanyol, Penélope Cruz namun setelah 3 tahun bersama keduanya berpisah pada tahun 2004.


Pada April 2005 Cruise menjalin hubungan dengan aktress Katie Holmes dan pada Jun 2005 Cruise mengumumkan telah melamar Holmes di atas Menara Eiffel di kota Paris.

 

Pada 18 April 2006 Holmes melahirkan puteri pertama mereka, Suri Cruise di rumah sakit Saint John's Health Center di Santa Monica, California. Keduanya kemudian bernikah pada 18 November 2006 di Bracciano, Italia. Sayangnya, hubungan antara Tom Cruise dan Katie Holmes berakhir pada tahun 2012.

AGAMA


Cruise adalah menganut aliran Scientology sejak tahun 1990. Ia bergabung dengan gereja ini tahun 1990 melalui isterinya, Mimi Rogers. Ia berkata bahawa Scientology khususnya Teknologi Studi L. Ron Hubbard menolongnya mengatasi penyakit disleksia yang sebelumnya diderita olehnya. Selain mempromosikan bermacam2 program yang memperkenalkan orang2 kepada Scientology, Cruise telah mengkampanyekan ajaran ini agar dikenal sebagai agama di Eropah.

Saat Cruise belum menikahi Katie Holmes ia mengajak Katie untuk bergabung dengan Scientology dan akhirnya Katie memeluk Gereja Scientology sesaat setelah mereka mulai berpacaran.

Namun akhirnya Tom Crusie dan Katie Holmes bercerai. Faktor penyebab perceraian mereka adalah ajaran Scientology. Katie tak ingin Tom Cruise mendoktrin anaknya Suri, dengan ajaran2 Scientology.. dilansir dari radar online, 'Katie tak ingin Suri dibesarkan sebagai Scientologis atau berkembang dengan ajaran gereja itu.'

ANTARA FILEM LAKONAN TOM CRUISE

Dengan pengalamannya yang mencapai puluhan tahun tidak hairan jika dia dianggap sangat berpengaruh di dalam industri filem Hollywood. Kebanyakan Tom Cruise membintangi filem bergenre aksi yang memang sudah menjadi ciri khas dalam setiap filem2nya. Salah satu filem laga paling sukses yang ia bintangi adalah siri Mission: Imposible yang mencapai siri kelima pada tahun 2015 ini. Tom Cruise benar2 tampil keren dengan berbagai adegan yang tidak masuk akal dan sesuai dengan judul filemnya.

Filem2 yang ia lakonkan kebanyakannya berjaya meraih predikat Box Office di seluruh dunia. Kehadiran Tom Cruise sebagai bintang cast utama secara tidak langsung juga membuat filemnya banyak digemari dan menjadi nilai plus tersendiri.

Sehingga meskipun filem tersebut tidak terlalu bagus namun jika Tom Cruise yang memerankan tokoh utamanya, maka film akan langsung diserbu oleh masyarakat. Jika dihitung, yang ia bintangi mulai dari tahun 1981 hingga yang terbaru di tahun 2014 ini jumlahnya sudah berjumlah puluhan.


Berikut senarai lengkap filemnya:

1981 Endless Love

1981 Taps

1983 The Outsiders

1983 Losin’ It

1983 All the Right Moves

1983 Risky Business

1985 Legend

1986 Top Gun

1986 The Color of Money

1988 Cocktail

1988 Rain Man

1989 Born on the Fourth of July

1990 Days of Thunder

1992 Far and Away

1992 A Few Good Men

1993 The Firm

1994 Interview with the Vampire: The Vampire Chronicles

1996 Mission: Impossible

1996 Jerry Maguire

1999 Eyes Wide Shut

1999 Magnolia

2000 Mission: Impossible II

2001 Stanley Kubrick: A Life in Pictures

2001 Vanilla Sky

2002 Space Station 3D

2002 Minority Report

2002 Austin Powers in Goldmember

2003 The Last Samurai

2004 Collateral

2005 War of the Worlds

2006 Mission: Impossible III

2007 Lions for Lambs

2008 Valkyrie

2008 Tropic Thunder

2010 Knight and Day

2011 Mission: Impossible IV - Ghost Protocol

2012 Rock of Ages

2012 Jack Reacher

2013 Oblivion

2014 All You Need Is Kill

2014 The Edge of Tomorrow

2015 Mission: Impossible V - Rogue Nation

2016 Jack Reacher 2

2016 Van Helsing

2016 Go Like Hell

2016 Yukikaze

2016 El Presidente

2016 Top Gun 2

201.. Mena

Semua filem2 di atas dibintangi oleh Tom Cruise sebagai pelakon utamanya. Beberapa filem tersebut mampu menyedot ratusan juta pasang mata dan tentu saja semakin mengangkat nama Tom Cruise di industri perfileman Hollywood. Bahkan hingga kini Tom Cruise termasuk salah satu aktor yang berharga paling mahal untuk sekali produksi filem.

WAJAH-WAJAH TOM CRUISE SEKITAR TAHUN 1987 - 2010









SURI CRUISE 

Suri Cruise dilahirkan pada tarikh 18 April 2006 di Rumah Sakit St. Johns, Santa Maria, California. 

SURI dalam bahasa Hebrew bererti 'Princess' sedangkan dalam bahasa Persia bererti 'Red Rose'.. nama yang sesuai dengan pemiliknya bukan?! Sebab Suri yang mempunyai wajah cantik hasil kombinasi dari Tom dan Katie..

 

Suri mempunyai dua orang kakak [anak yang diangkat oleh Tom Cruise dengan bekas isterinya Nicole Kidman] iaitu Isabella Cruise dan Connor Cruise.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...