Showing posts with label Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts

Thursday, January 19, 2017

BUSINESS FOR THOSE WHO WANT TO BE EXTRAORDINARY!


I want to go FAR with my team. One day there will be more and more MILLIONAIRE Entrepreneurs from our team. Just stay focus and team up!

Dunia Business BUKAN untuk semua BUT for those who dare to dream BIG and want to be Extraordinary!

Trust Me!
Bisnes banyak mendatangkan Kebaikan dari Keburukan..
Bisnes tidak perlu Bakat..
Bisnes perlu Mentor sahaja..
Bisnes boleh jadi bila ada Ilmu..
Bisnes bukan NASIB!


So STOP THINKING.. START DOING!

PM/WA 019.3420302 for further detail..

#PremiumBeautifulExpert #TheDiamondCircle #TanyaTDC #TDCPower #TDCRoadtoGoldCoast #TDCRoadtoRM50K #AzzaAmriProtege
 

PB CONTROL KUANTITI MAKANAN


Lunch apa tu uolls?!

Baru dapat feedback from PB client dah tak boleh makan banyak lepas pakai PB. Cepat kenyang katanya sampai kawan-kawan pun tegur risau tengok dia dah makin kurang makan.

Yup! Bila pakai PB automatically kita boleh control kuantiti makanan. Memang akan rasa cepat kenyang so badan pun tak mengembang dan berat badan boleh turun dengan cepat.
Best kan?! So now Premium Beautiful is my bestfriend.

Uolls bila lagi?! Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dan kecantikan wanita. The no.1 corset in Malaysia.

Rebut harga PROMO sekarang! PM/WA 019.3420302 for info and FREE Fitting..

SUSAH KE NAK PAKAI PB?!


Ramai clients dan kawan² tegur..

'Rajin ko pakai PB! Tk leceh ke nak pakai PB ni?!'

'Eh! Mna pulak leceh nya?! Senang je la!'

Ye la! Masa first time pakai mungkin nampak leceh dan amik masa dalam 5 - 10min sebab kami as PB Agent nak ajar uolls cara pakai PB step by step.. tapi esoknya bila uolls pakai sendiri sebenarnya dalam 3 min je dh siap!

Tak percaya?! Cuba tengok ni buktinya!

So ada sesiapa yang nk try pakai PB tk?!

PM/WA Mommy 019.3420302 untuk info dan FREE Fitting..

Intan Faznita
Premium Beautiful Expert

Thursday, October 20, 2016

VASELINE INTENSIVE CARE PURE PETROLEUM JELLY


Kegunaan dan Kebaikan Vaseline Intensive Care Pure Petroleum Jelly amat banyak dan sangat berguna kepada kita. Apabila anda menyapu ke kulit, gel ini meresap sempurna ke pori-pori kulit dan dengan cepat akan mengganti sel kulit mati dengan sel kulit baru yang sehat. Setelah meresap kedalam kulit, gel ini akan menghalang kehilangkan air dan menyebabkan kulit kita sentiasa lembab. 
 
Vaseline Intensive Care Pure Petroleum Jelly boleh digunakan sebagai: 

MENYEMBUHKAN LUKA
Ketika pertama kali dijual di pasaran Vaseline Pure Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi luka dan goresan. Vaseline Pure Petroleum Jelly bertindak sebagai penghalang luka dari bakteria dan air serta kelembapan sehingga mempercepat proses penyembuhan.  

MENGATASI BIBIR MEREKAH ATAU MENGELUPAS [PECAH-PECAH]
Mengoleskan Vaseline Pure  Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Vaseline Pure Petroleum Jelly juga boleh digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte. 
 
MENGHILANGKAN KULIT KERING DAN KASAR
Kulit kering and kasar selalunya adalah di bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali selepas mandi. 
 
MENGHILANGKAN JERAWAT
Sebelum tidur malam sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly di jerawat dan InshaaAllah jerawat akan kecut pada keesokan harinya. 
 
MENGILAP BEG TANGAN DAN KASUT
Vaseline Pure Petroleum Jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang dibuat dari kulit.
Caranya: Dengan sapu Vaseline Pure Petroleum Jelly nipis-nipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut. 
 
MENGECAT KUKU
Sebelum mengecat kuku sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat terkena kulit anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu Vaseline Pure Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly  sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas. 
 
MENGHAPUSKAN MAKE-UP
Vaseline Pure Petroleum Jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover lainnya.  Vaseline Pure Petroleum Jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit. 
 
MENCEGAH GATAL-GATAL
Jika kulit memerah dan gatal-gatal sapukan  Vaseline Pure Petroleum Jelly di tempat yang gatal. 
 
BAU MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Sebelum menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama. 
 
RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda, sapukan  Vaseline Pure Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi. 
 
PANJANGKAN BULU MATA
Sebelum tidur malam ambil sedikit  Vaseline Pure Petroleum Jelly dan sapukan pada bulu mata anda.
 
 

Thursday, November 12, 2015

KACANG SOYA.. BAIK atau BAHAYA?!


Golongan LELAKI yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol. 

Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai penyakit. Penemuan tersebut berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu [whey] terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot. 

Kajian berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang [randomized, placebo-controlled crossover] yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition [JACN] menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin [SHBG, sex hormone-binding globulin] pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan [resistance exercise]. Saintis membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu.

FENOMENA KEPEREMPUANAN
 
Dalam kajian tersebut hormon 10  lelaki berusia awal 20an diarahkan hanya mengambil suplemen berdasarkan jenis yang dirancang. Subjek kajian dibahagikan tiga kumpulan iaitu mengambil protein dadih susu; mengambil protein soya dan mengambil plasebo maltodextrin.
 

Setiap subjek kajian diarahkan mengambil 20 gram suplemen seperti dirancang untuk dua minggu. Mereka kemudian diarah untuk menjalankan enam set cangkungan berhalangan berat yang melebihi 80 peratus keupayaan daya angkatan mereka. Pada penghujung hari ke 14, penyelidik mengambil profil hormon daripada setiap subjek dan seterusnya menjalankan perbandingan. 

Mereka mendapati setiap subjek kajian yang mengambil protein kacang soya mengalami penurunan paras testosteron dan pada masa sama mengalami peningkatan paras kortisol. Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan kortisol mendedahkan diri mereka kepada peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko untuk mengalami pelbagai penyakit. 

Fenomena ‘keperempuanan’ [feminization phenomenon] memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada sama paras kortisol tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengalami sifat fizikal orang perempuan iaitu pertumbuhan puting payu daya, pembesaran payu dara dan hot flashes. 

Pada masa sama mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif. 

Penemuan utama saintis tersebut ialah pengambilan suplemen protein kacang soya selama 14 hari menyebabkan paras testosteron darah berkurangan. Protein dadih susu pula mempengaruhi pengeluaran kortisol selepas seseorang menjalani senaman berhalangan dengan cara menghalang peningkatannya. 

Dengan kata lain, protein kacang soya bukanlah bahan sesuai diambil oleh mereka yang melakukan latihan jenis berat bagi mengembalikan dan membesarkan otot. Protein kacang soya dikatakan memiliki kekurangan dari segi profil asid amino untuk membina otot. 

Ini jelas menyebabkan seorang lelaki mengalami kekurangan kemaskulinan seperti kehilangan sifat dan imej kelelakian. Penulis pernah diberitahu seseorang mengenai kanak-kanak yang sering mengambil produk berasaskan kacang soya secara berpanjangan boleh menyebabkan mereka menjadi ‘lembut’. Maksud lembut di sini ialah kelakuan dan tindak-tanduk kanak-kanak itu lebih keperempuanan. Penulis hanya tersenyum dan menganggapnya hanya gurauan.

Namun pada masa sama penulis tahu kacang soya kaya dengan bahan kimia yang dikenali sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen ialah bahan kimia yang boleh melekap pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Struktur kimia xenoestrogen tidak serupa dengan struktur kimia estrogen. Selain kacang soya, bahan diperbuat daripada pelbagai jenis plastik dikatakan bertindak sebagai xenoestrogen.


Pada zaman moden ini boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada bahan plastik terutama dalam bentuk bungkusan makanan. Air berasid dan panas, contohnya air teh limau panas dan mi sup panas yang dibungkus dengan plastik dikatakan menyebabkan bahan kimia plastik larut ke dalam air dan makanan.


Gelas yang digunakan di kebanyakan restoran juga turut menggunakan bahan plastik. Ia juga tidak ketinggalan digunakan di sesetengah rumah terutama jika penghuninya tidak ambil berat mengenai keterlarutan bahan plastik oleh air panas dan larutan berasid.


BERSIFAT KARSINOGEN 

Bagaimana dengan melamin yang pernah heboh digunakan sebagai bahan tambahan dalam susu tepung keluaran kilang di China suatu ketika dahulu?

Melamin ialah sejenis polimer yang biasa digunakan boleh dikatakan oleh sebahagian besar restoran di negara kita.


Tomyam dihidang dalam mangkuk melamin. Nasi menggunakan pinggan melamin. Begitu juga mangkuk atau piring. Sesungguhnya melamin juga tergolong dalam kategori xenoestrogen. Air panas dan larutan berasid akan melarutkannya.


Sesungguhnya pelbagai jenis plastik yang biasa digunakan untuk membungkus makanan boleh larut dalam air akibat suhu air atau makanan yang panas. Xenoestrogen daripada bahan plastik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit jantung, pertumbuhan otak terganggu, pembentukan organ seksual terganggu/bertukar dan pelbagai jenis kanser.

Sesetengah plastik seperti HDPE [polyethylene ketumpatan tinggi], LDPE [polyethylene ketumpatan rendah] dan polypropylene dikatakan lebih stabil berbanding plastik lain. 

Plastik tertentu dikatakan menyumbang risiko yang lebih tinggi berbanding plastik lain contohnya PVC [polyvinyl chloride], polystyrene dan polycarbonate dikenalpasti sebagai agen pengganggu hormon dan bersifat karsinogen. Polstysrene dikaitkan juga dengan kerosakan saraf dan masalah reproduktif. 

Pendedahan kepada xenoestrogen seperti pengambilan kacang soya secara berlebihan dan menggunakan bekas plastik yang diisi makanan atau air panas secara berpanjangan tetap mendedahkan diri seseorang kepada risiko untuk mengalami beberapa masalah kesihatan seperti disebutkan. Sesungguhnya xenoestrogen bertindak pada kedua-dua golongan lelaki dan wanita!

MANFAAT dan RISIKO KESIHATAN SOYA: MENGAPA KEPUTUSAN TELAH DIBUAT

"Soya sangat banyak dipasarkan sebagai makanan sihat." kata Kaayla Daniel, Ph.D. pakar pemakanan dan pengarang buku The Dark Side of Soya, ".. tetapi pada hakikatnya kita mempunyai beratus-ratus kajian yang mengaitkan pengambilan soya dengan kekurangan zat makanan, ADHD, sistem imun, masalah kesihatan pembiakan, gangguan pencernaan, beberapa jenis kanser dan banyak lagi." Kata Daniel ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa soya yang diubahsuai secara bukan genetik dan soya organik juga dikaitkan dengan keadaan kesihatan tersebut. 

Israel dan Jerman telah mengeluarkan amaran terhadap pengambilan makanan soya untuk kanak-kanak dan bayi. New Zealand juga memberi amaran bahawa formula soya untuk bayi hanya boleh digunakan sebagai pilihan terakhir. Setakat ini ketiga-tiga negara tersebut adalah satu-satunya yang mengambil tindakan tegas terhadap pengambilan soya.

Namun begitu beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan soya secara sederhana, terutamanya tempe, miso dan sumber soya lain yang paras isoflavon agak rendah boleh memberi manfaat walaupun kebanyakan kajian pro-soya tersebut telah dibiayai oleh kumpulan-kumpulan pelobi soya seperti Lembaga Soya.

Berikut adalah tinjaun ke atas beberapa keadaan yang soya boleh memberi kesan:

FUNGSI TIROID.

Hipotiroidisme sering dinamakan risiko terbesar pengambilan soya: Kajian bersejarah di Universiti Perubatan Aichi, Jepun mendapati hanya 30 gram kacang soya sehari selama 30 hari menyebabkan isu tiroid pada lelaki dan wanita dewasa yang sihat. “Soya adalah salah satu daripada banyak faktor yang membuat tiroid berisiko,” kata Daniel, “dan kita tahu daripada banyak kajian bahawa hanya satu gelas susu soya setiap hari adalah mencukupi untuk menyebabkan masalah tiroid.”

ALAHAN.

FDA melaporkan bahawa soya adalah salah satu daripada lapan alergen di dalam bekalan makanan, yang menjadi punca gatal, keradangan, gatal-gatal kulit, dan juga anafilaksis berbahaya. Disebabkan kebimbangan dan peningkatan kadar alahan soya, FDA mula mensyaratkan pengeluar makanan supaya mencetak "Mengandungi: Soya" pada label sebarang makanan yang mengandungi mana-mana jenis soya. "Oleh kerana soya terdapat dalam hampir kesemua makanan diproses, mereka yang mempunyai alahan soya benar-benar perlu untuk menyediakan makanan dari mula – satu rahmat dalam penyamaran untuk kesihatan secara keseluruhan." kata Daniel.

  • Risiko Reproduksi. Beberapa kajian, termasuk yang dijalankan di Fakulti Perubatan Universiti Geneva baru-baru ini, telah mengaitkan isoflavon di dalam soya dengan penurunan jumlah sperma dan kesan sampingan seksual pada tikus. Kajian soya-dan-tikus adalah banyak dan kontroversi kerana pengkritik mengatakan bahawa kajian tikus tidak mempunyai aplikasi manusia secara langsung dan tikus yang dikaji diberi dos soya yang lebih pekat daripada mana-mana manusia akan makan. “Memang benar bahawa tikus dan manusia adalah berbeza, tetapi jika soya menjejaskan haiwan, ia adalah jelas bahawa akan ada beberapa kesan ke atas manusia juga,” jawab Daniel.
  • Risiko Kanser. Kanser dan soya adalah salah satu isu kesihatan yang paling panas pada hari ini. Beberapa kajian, termasuk satu kajian yang memantau hampir 100,000 wanita California selama lapan tahun telah mendapati bahawa pengambilan soya mengurangkan risiko kanser ovari atau payudara. Kajian kedua yang memantau 64,000 wanita Jepun selama 15 tahun mengaitkan pengambilan dadih kacang soya, khususnya tauhu kepada penurunan kadar kematian akibat kanser ovari. Sebaliknya pula pelbagai kajian telah mengaitkan pengambilan soya dengan kanser payudara berulang bermakna jika seorang wanita sudah mempunyai kanser payudara, ia berkemungkinan untuk kembali jika makanannya banyak soya. Mark Messina MD yang merupakan penasihat kepada Lembaga Kacang Soya Amerika Syarikat, berkata kajian telah mengaitkan pengambilan soya dengan penurunan risiko kanser prostat, bagaimanapun satu kajian di Sweden baru-baru ini membuat kesimpulan yang sebaliknya.
  • Kesihatan Jantung dan Pengurusan Berat Badan. Jika ada satu perkara yang kedua-dua pihak yang bertentangan tentang soya boleh bersetuju ia adalah produk soya merupakan sumber protein tanpa lemak yang sangat baik. "Jika anda memilih soya dan bukannya daging yang lebih tinggi lemak sebagai sumber protein anda, anda akan mempunyai kurang kalori dan kurang lemak tepu, maka ia lebih kepada satu pilihan untuk jantung yang sihat." kata Gross. "Jika anda melakukannya dengan betul makan produk soya rendah kalori dan bukannya produk haiwan boleh membantu anda mengurus berat badan." Kajian juga telah mendapati bahawa pengambilan tetap soya dapat menurunkan kolesterol LDL tidak baik.
  • Menopaus. Bagi sesetengah wanita, isoflavon soya membantu gejala menopaus seperti "hot flashes". Bagi yang lain, soya hanya memburukkan lagi gejala, kata Daniel. "Itulah sebabnya kita perlu menghargai soya yang sebenarnya merupakan satu penawar yang hebat, yang sesuai pada masa tertentu dan selalunya tidak sesuai." jelas beliau. Katanya lagi, malangnya satu-satunya cara sebenar untuk mengetahui bagaimana ia akan memberi kesan kepada anda adalah untuk mencubanya kerana tidak ada ujian untuk menentukan kesan soya ke atas individu.  

PATUTKAH ANDA MAKAN SOYA?!

SOYA seperti semua makanan mempunyai baik dan buruknya. Jadi seperti semua makanan mesej yang hendak disampaikan adalah makanlah dalam jumlah yang sederhana. Gross mengesyorkan makan 1-2 hidangan sehari maksimum, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang yang termasuk banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh, rendah atau tanpa lemak tenusu dan lain-lain sumber protein tanpa lemak. Memandangkan soya sering tersembunyi di dalam makanan diproses di bawah nama samaran seperti "protein sayuran bertekstur" ia adalah penting untuk membaca label pemakanan pada apa sahaja yang anda beli untuk memastikan ia tidak menyembunyikan soya bersama-sama dengan bahan lain.

Friday, July 10, 2015

RESEPI BISKUT GAJUS


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan buttercup
1 biji kuning telur
½ cawan tepung kastard
½ cawan biji gajus hancur [biji gajus hendaklah dipanggang terlebih dahulu dan ditumbuk]
Biji gajus secukupnya untuk hiasan [tidak perlu dipanggang]

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang

2. Masukkan serbuk gajus

3. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum

4. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan berbentuk buah gajus

6. Sapu kuning telur dan letakkan biji gajus dihujungnya 

7. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang

Friday, May 22, 2015

WANITA HEBAT!

 

Orang perempuan ni mmg kuat! Bab mengandung.. dari mula mengandung mcm2 kena 'go thru'. Morning 'sickness', sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki 'cramped' tengah malam, nk bangun dari katil susah, nk berjalan tak larat etc. Itu belum yg kena sembelit n buasir. 

9 bulan bawa kandungan..
 
Then bab bersalin.. berjam-jam tahan sakit 'contraction'. Ada yg berhari2. Sakitnya Allah je yg tau!

Belum campur sakit kena seluk nk 'check' jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit etc. Even ada yg 'end up' kena 'czer'.

Bila dh selesai.. bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu.. tak boleh makan ni. Jalan kena perlahan2 sebab sakit. Lagi2 kalau yg kena jahit tu.. tak kisah la jahit 'czer' ke jahit bawah.. dua2 pun sakit.

Then nk kena kuruskan badan balik.. nk hilangkn 'stretch marks' yg degil, nk kempiskan
poket kangaroo lagi n the list goes on.

So 9 bulan plus 100 hari pantang.. seorang wanita berkorban lebih kurang 1 tahun utk melahirkan seorang anak yg kemudian 'berbin' atau 'berbinti'kan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai n memuliakan isteri masing2. 'Dont take them for granted'. Percayalah.. segagah mana pun lelaki dia tak akan mampu untuk mengandung n menahan sakit bersalin yg hanya mampu ditanggung oleh selembut2 seorang wanita!

Ada sebab kenapa Allah S.W.T memilih wanita yg melahirkan zuriat n keturunan anda..

Credit to: facebook.com/sheilaamir.house

Wednesday, May 13, 2015

WANITA ITU CANTIK..


Ketika Allah menciptakan wanita Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita Ya Allah?!" 

Allah menjawab, "Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah Aku ciptakan untuk wanita?! Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan dan semua itu hanya dengan dua tangan!"

Malaikat menjawab dengan takjub, "Hanya dengan dua tangan?! Tidak mungkin!"

Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari!"

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Ya Allah.. kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?!"

Allah menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan.. itu adalah air mata."

"Untuk apa?!" tanya Malaikat.

Allah melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan.. serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki. Ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."

"Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki.. dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri..
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan.. mampu menyanyi ketika menangis.. menangis saat terharu.. bahkan tertawa ketika ketakutan..
Dia berkorban demi orang yang dicintainya..
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan..
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang..
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia..
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran..
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian..
.. tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka."

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan.. bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya.. tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

".. dan akhirnya Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya.. kerana itulah pintu hatinya.. tempat di mana cinta itu ada!

Monday, October 13, 2014

AIRYL dan ECZEMA..

Terkenang semasa dulu.. 

Sedih bila tengok kulit anak Mommy yang gebusss itu terkena penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak atau bayi. Mulanya kat pipi je.. ingatkan ruam susu. Rupanya lama kelamaan merebak ke seluruh muka dan badan..
 

Apa itu ECZEMA?! 

ECZEMA dalam bahasa Greek bermaksud ‘to boil over’ iaitu radang atau membakar. Kadangkala ia dinamakan sebagai 'dermatitis'. Ia adalah penyakit kulit dengan manifestasi gatal, kulit menjadi kering kemerah-merahan dan kadangkala membengkak serta berair.

Biasanya eczema menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Antara eczema yang sering menyerang ialah 'Atopic Dermatitis'.

'Atopic Dermatitis' adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom 'oversensitivity.'

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. 

GEJALA-GEJALA ECZEMA

ACUTE ECZEMA
- Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
- Papules: Pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal kasar dan berkedut. 

PUNCA ECZEMA

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman [Fizikal]
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran [Persekitaran]
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

- Alahan [Allergens]: Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah [house dust mites].

APAKAH RAWATAN UNTUK ECZEMA?! 

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.  

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

ADAKAH PENGGUNAAN STEROID MEMBAHAYAKAN ANAK SAYA?! 

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan menyebabkan mereka enggan menggunakannya terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emolien yang banyak tak menjadi masalah.

APAKAH RAWATAN LAIN YANG ADA?! 

Pil 'antihistamin' kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

RAWATAN ALTERNATIF APA LAGIKAH YANG SAYA BOLEH CUBA?!

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA ECZEMA ITU DIJANGKITI?! 

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
 
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

BOLEHKAN SAYA BERBUAT SESUATU UNTUK MENGELAKKAN ANAK SAYA DARIPADA MENDAPAT ECZEMA DARI MULANYA?! 

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
 
Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu [atau formula susu lembu] daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik [samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt] semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema tetapi kajian lanjut diperlukan.

Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai..

Thursday, October 2, 2014

JAWAPAN TERBAIK KENAPA SAYA MASIH MEMILIH HOSPITAL dan KLINIK KERAJAAN!


Ini adalah cerita hasil nukilan seorang bekas peguam, Puan Nisah Haji Haron. Kenapa beliau masih memilih perkhidmatan kesihatan kerajaan padahal beliau mampu untuk membiayai kos perubatan beliau di fasiliti swasta. Ini jawapan beliau:

Nisah Haji Haron

Setelah melalui 5 kali proses kehamilan, saya menggunakan khidmat klinik kerajaan dan saya bersalin setiap kali di Hospital Besar Seremban [kini Hospital Tuanku Jaafar Seremban]. Hanya sekali dua pada peringkat awal kehamilan, saya buat imbasan untuk menentukan bahawa saya hamil di klinik swasta.

Pada awal tahun 2000, ketika hamil anak pertama saya pergi juga ke klinik swasta. Sekali lawatan tidak kurang RM30.00. Kalau buat imbasan, tambah lagi dalam RM40.00 – RM50.00. Ini kadar di Seremban. Persoalannya, bukan saya tidak mampu. Namun, di klinik kerajaan saya boleh mendapatkan khidmat nasihat yang sama dan dibuat imbasan juga [jika temu janji itu dengan doktor] tanpa dikenakan bayaran satu sen pun!

Apabila bersalin di Hospital Besar Seremban pada tahun 2000, saya duduk di hospital selama 3 hari 2 malam. Oleh sebab bersalin normal [SVD], kos untuk tinggal di hospital tidak sampai RM50.00 sepanjang tempoh tersebut. Saya memilih untuk tinggal di wad kelas 3 pada ketika itu.

Saya masih lagi mendapat soalan, "Mengapa tidak ke hospital swasta?!" ataupun "Mengapa tidak duduk di wad kelas satu?!"

Jika saya lahirkan anak saya di hospital swasta [kelahiran SVD], pada ketika itu kosnya mencecah RM2,000.00 [kadar di Seremban]. Saya dapat suasana hospital yang mungkin lebih aman kerana diberikan bilik seorang satu ataupun berdua, bertiga. Selebihnya, tidak banyak beza pun dengan apa yang saya lalui di bilik bersalin. Jika harus melalui C-Section, kosnya pastilah meningkat berkali-kali ganda.

Ada juga yang tanya, "Selesakah bersalin di hospital kerajaan?! Tak bersesak-sesak?! Kena tengking-tengking dengan misi?!"

Bagaimana harus saya jawab persoalan ini? Saya akan ke mana-mana tempat yang baharu dengan ‘cawan yang kosong’. Saya tahu saya ke klinik kerajaan yang menawarkan kos perubatan percuma kepada ibu-ibu mengandung. Saya belum pernah diminta satu sen pun daripada pihak klinik walaupun mereka memberi saya ubat dan vitamin. Jadi, tentulah saya tidak diharapkan saya dilayan seperti tuan puteri yang baru turun dari langit. Tentulah tidak ada hamparan permaidani merah khusus untuk saya!

Ramai orang?! YA, ramai! Jadi kenalah bijak memilih waktu. Kalau mahu pergi sebelah pagi, datanglah awal-awal. Sebelum jam 7.30 pagi setidak-tidaknya sudah pergi ambil nombor. Jika tidak, pilih untuk datang pada waktu petang. Orang sudah mula reda. Saya akan sediakan bahan bacaan ataupun buku nota untuk mencatat. Pada saya inilah peluang untuk saya bersendirian dan mempunyai masa khusus untuk membaca sambil menunggu giliran.

Misi marah-marah?! Siapa yang tak marah kalau tidak ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. Mereka sentiasa cuba untuk menceriakan wajah pada setiap pelanggan.. tetapi kita juga harus faham bahawa mereka juga manusia yang setiap hari menghadapi rutin kerja sejak awal pagi sehingga lewat petang. Itu belum lagi dicampur dengan karenah pelanggan yang berfikir dia seorang sahaja yang betul.

Selama hampir 10 tahun mengulang ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan, saya dapat melihat perkembangan yang positif dalam usaha mereka memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Menunggu giliran kini, tidaklah terlalu lama seperti awal-awal dahulu.

Untuk kelahiran anak-anak yang lain saya hanya tinggal sehari di hospital. Ada yang tidak sampai 24 jam pun kerana anak lahir sebelum subuh dan sudah boleh keluar hospital selepas waktu zuhur. Oleh itu kos setiap kali bersalin tidak sampai RM30.00.

Selesa?! Tidak ada apa yang harus saya rungutkan. Saya dapat kelan-kenalan baru di katil-katil bersebelahan. Berjumpa dengan golongan 'marhaen'. Ada banyak kisah yang dapat dikongsi dalam pertemuan sesingkat itu. Kalau kita menjadi ibu buat kali pertama, akan ada ibu-ibu yang lebih berpengalaman yang akan sukarela membantu.

Setelah pulang ke rumah, misi atau jururawat di klinik kerajaan tadi akan datang ke rumah tanpa perlu diundang. Mereka akan datang melihat keadaan bayi dan keadaan ibu. Sebab itulah, anak saya yang sebelum ini segera dikejarkan ke hospital kerana dikesan mendapat jaundice. Jururawat akan datang setiap hari selama hampir seminggu untuk memastikan bayi benar-benar sihat.

Berapakah kos untuk perkhidmatan ini?! PERCUMA!

Jadi perlukah saya merungut?!
Saya fikir kalau ke hospital swasta atau klinik swasta, selangkah sahaja perjalanan untuk bertemu doktor, maka bertaburlah duit di sepanjang jalan..

Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Ampangan dan juga pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Tuesday, September 30, 2014

MY PERFUME..

Jiran meja sblh pnh tanya, "Akak suka perfume apa?!"
Tk tau nk jawab apa sbb aku suka semua perfume dan kalau bole smua perfume aku nk beli! Hehehe..

Paco Rabane Black XS.. highly recommended!

Anyway setakat ni aku ada 7 perfume je. Giorgio Armani Sensi, Emporio Armani Diamonds, Dolce n Gabbana The One, Dolce n Gabbana Light Blue, Dolce n Gabbana Pour Femme, Paco Rabanne Lady Million dan Paco Rabanne Black XS.

Dalam banyak2 tu yg paling aku suka cuma Giorgio Armani Sensi dan Paco Rabanne Black XS je..

Monday, September 29, 2014

MULTIPLE MYELOMA - Kanser Darah Yang Jarang Berlaku


MENGENAL KANSER MULTIPLE MYELOMA

Multiple Myeloma merupakan satu penyakit yang di kategorikan sebagai penyakit kanser darah yang boleh merebak dan menyebabkan maut. Penyakit Multiple Myeloma berpunca dari masalah di peringkat pembahagian sel dalam sum-sum tulang yang mengalami proses yang abnormal. Pembentukan sel plasma yang abnormal menghasilkan sejenis bahan paraprotein yang akan menggangu sebahagian sistem dalam badan manusia.

Apabila proses penghasilan sel plasma abnormal berlaku di dalam sum-sum tulang, ianya menyebabkan sel plasma terhasil terlalu banyak dan akhirnya merebak ke seluruh tulang. Kesannya apabila sel plasma terhasil adalah melebihi kadar yang normal di dalam sum-sum tulang ianya memberi kesan pengurangan penghasilan sel darah merah, sel darah putih dan juga platlet. Sel plasma yang abnormal yang berkembang biak di dalam sum-sum tulang akan membentuk ketumbuhan tumor lalu menghasilkan antibodi abnormal yang kadarnya tinggi dan melebihi dari kuantiti normal yang terkandung di dalam darah dan juga air kencing manusia.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT MULTIPLE MYELOMA

Seperti yang saya telah jelaskan, Multiple Myeloma ini merupakan sejenis penyakit yang tergolong dalam kumpulan jenis kanser. Kanser pada awal peringkatnya tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Kadang kala pesakit kanser Multiple Myeloma pada peringkat awalnya adalah sihat dan bertenaga. Lama kelamaan sel kanser ini berkembang biak di dalam badan pesakit lalu menunjukkan simptom yang jelas mengikut individu. Antara simptom penyakit Multiple Myeloma seperti berikut:

■ Berat badan menurun
■ Hilang selera makan
■ Sakit tulang terutamanya di bahagian belakang
■ Dahaga dan kerap membuang air
■ Sembelit
■ Anemia
■ Demam
■ Sakit kepala
■ Jangkitan penyakit yang berulang-ulang
■ Batuk berlarutan
■ Selsema

Penghasilan sel plasma yang tinggi dan abnormal menyebabkan sel darah putih yang dihasilkan adalah sedikit lalu menyebabkan sistem keimunan badan peaskit tidak mampu melawan jangkitan kuman. Begitu juga penghasilan sel darah merah terganggu dan menyebabkan pesakit mengalami simptom anemia. Platelet juga di hasilkan kurang akibat sel plasma abnormal yang memenuhi ruang sum-sum tulang. Kekurangan platlet menyebabkan pesakit mudah mengalami pendarahan sekiranya luka dan mudah mengalami lebam pada kulit.

PROTEIN 'BENCE JONES' DI DALAM URIN PESAKIT MULTIPLE MYELOMA

Protein 'Bence Jones' selalunya hadir dan dapat di kesan di lama urin pesakit Multiple Myeloma. Ianya berkaitan apabila buah pinggang pesakit Multiple Myeloma mengalami kegagalan fungsi. Dalam kes Multiple Myeloma apabila antibodi yang terhasil adalah tinggi lalu terkumpul di dalam buah pinggang pesakit. Antibodi ini akan menjadi bahan mendapan di dalam sel dan tisu buah pinggang lalu menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi buah pinggang. Istilah yang saya sering temui dalam rekod pesakit Multiple Myeloma yang buah pinggangnya rosak ialah sindrom nefrotik. Sindrom nefrotik merujuk kepda sel-sel nefron di dalam buah pinggang pesakit telah rosak.

Dari pengalaman saya juga, urin yang di keluarkan dari pesakit nefrotik sindrom selalunya keruh dan tidak jernih. Ini bermaksud buah pinggangnya telah rosak dan tidak boleh berfungsi secara normal untuk menapis bendasing darah.

PENDIAGNOSAN MULTIPLE MYELOMA UJIAN DARAH PENUH

Ujian ini untuk mengira dan menyukat kuantiti kadar sel darah merah. Sel darah putih dan platelet. Selalunya bagi kes pesakit Multiple Myeloma sel darah merah, sel darah putih dan plateletnya adalah rendah dari kadar normal.

UJIAN 'SMEAR' DARAH

Ujian 'smear' darah merupakan ujian untuk melihat jenis dan morfologi sel pesakit Multiple Myeloma menerusi mikroskop. Pendiagnosan terhadap morgologi sel darah merah kebanyakan menunjukkan ciri-ciri kes anemia. Kehadiran sel darah putih juga sukar untuk di kesan. Kadang-kadang sel plasma yang abnormal boleh di lihat di dalam smear darah pesakit Multiple Myeloma. Sel plasma selalunya hanya ada di dalam sum-sum tulang bukannya di dalam sistem saluran darah biasa. Sel darah merah kadang-kadang tersusun seperti syiling yang memanjang apabila di dalam kes Multiple Myeloma boleh di lihat di dalam 'smear' ini. Istilah ini dipanggil Rouleux Formation.

UJIAN IMMUNOGLOBULIN

Ujian ini adalah untuk menyukat kuantiti jenis immunoglobulin yang terkandung di dalam darah dan juga urin pesakit Multiple Myeloma. Jenis immunoglobulin yang ada di dalam tubuh manusia ialah immunoglobulin gamma, alfa, miu, delta dan epsilon. [G,A,M,D,E]

PEMERIKSAAN SUM-SUM TULANG

Pemeriksaan sum-sum tulang dilakukan untuk memastikan pendiagnosan adalah tepat dalam menentukn jumlah sel myeloma yang ada. Ujian ini juga penting untuk menentukan kesan sel myeloma trhadap sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

PROGNISIS YANG TIDAK BAIK

Kerisauan seorang anak bagaimana keadaan bapanya yang mengidap penyakit Multiple Myeloma, tentunya akan bertanya tentang prognosisnya.

"Bolehkah ayah saya sembuh?"

"Berapa lama bapa saya akan menderita?"

Maka tujuan saya memberitahu prognosis ini bukannya menakutkan waris mereka. Saya juga tidak mahu pesakit menjadi putus harap. Berputus asa dengan rahmat Allah. Maka soalan yang ditanya saya menjawabnya dengan penuh berlapik agar tiada hati yang terluka. Jika mengikut nota yang dikemukakan oleh International Staging System of Multiple Myeloma, selalunya penghidap penyakit Multiple Myeloma tidak hidup lama. Dianggarkan pesakit akan bertahan antara 62 bulan hingga 29 bulan mengikut tahap keseriusan penyakit ini.

Rujukan: Greipp PR, San Miguel J, Durie BG, et al. [2005]. “International staging system for Multiple Myeloma”. Journal of Clinical Oncology terbitan 23 [15]: muka surat 3412 – 20.

Ini tidak bermakna bahawa para doktor boleh menentukan ajal dan maut seseorang. Ini semua berdasarkan kajian census pesakit di seluruh dunia. Bukankah bagus kalau kita sendiri diberi peringatan awal agar 'undone business' dapat segera dilangsaikan.

KANSER DARAH PADA USIA TUA

Multiple Myeloma adalah penyakit kanser sel darah putih melibatkan komponen yang dikenali sebagai sel plasma. [Definasi ini diambil dari buku text Plasma cell disorders. In: Goldman L, Ausiello D [eds]. Cecil Textbook of Medicine oleh Prof Rajkumar SV dan Prof Kyle RA pada 23nd Edition. terbitan WB Saunders. Philadelphia, PA. Bab 198. Mukasurat 1426 - 1437].

Risiko untuk menghidap penyakit Multiple Myeloma meningkat dengan peningkatan umur. Kebanyakan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Kurang dari 1% pesakit Multiple Myeloma berumur kurang dari 35 tahun ke bawah.

ADAKAH IBUBAPA KITA BERISIKO?!

Selain daripada faktor umur yang lanjut iaitu melebihi 65 tahun, kebanyakan pesakit Multiple Myeloma dideritai oleh lelaki melebihi daripada wanita. Alasan di sebalik ini tidak diketahui. Hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat mengikuti kiraan 'census' juga.

Mungkin ianya dapat dijelaskan dengan logik bahawa lelaki lebih terdedah kepada radiasi di tempat kerja. Pekerja yang terlibat di bidang petrokimia juga antara yang berisiko. Harus diingatkan, berisiko tidak bermakna harus akan mendapat penyakit itu tetapi kemungkinan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi daripada orang yang tidak berisiko.

Begitu juga dengan faktor baka keturunan.. jika ada di antara adik beradik atau ibubapa penghidap Multiple Myeloma, kemungkinan kita untuk mendapat penyakit yang sama adalah sama.

Satu kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society mendapati bahawa orang yang obese lebih berisiko tinggi dari orang yang mempunyai berat yang ideal.

SEGALANYA BERMULA DI KROMOSOM DNA

Multiple Myeloma merupakan penyakit yang kedua terbanyak [10%] dihidapi oleh pasakit berbanding dengan pesakit kanser darah yang lain selepas penyakit Non-Hodgkin’s Lumphoma.

Di kalangan pesakit kanser secara keseluruhannya ia dihidapi oleh 1% pesakit kanser.

Ini menunjukkan bahawa Multiple Myeloma adalah penyakit yang jarang berlaku. Walaupun banyak kajian dibuat mengenainya, namun belum ada kepastian punca sebenar penyakit. Pakar perubatan hanya menyebut pesakit Multiple Myeloma mengalami perubahan kromosom [chromosomal translocation] yang ketara pada kromosom ke 13 dan 11. Namun apa yang menyebabkan perubahan ini masih tidak diketahui. Saya percaya perkara ini adalah di luar kawalan kita dan hanya Allah saja yang mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku.

Hanya Allah juga yang melindungi kita dari penyakit ini. Ujian Allah dalam bentuk 'pemberian’ penyakit Multiple Myeloma adalah untuk melihat hamba manakah yang sabar dan bersyukur.

Maka saya menyimpulkan bahawa penularan penyakit ini di luar kawalan kita dan dibawah kekuasaan dan kehendak Allah. Seharusnya kita sering berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita.

PERUBAHAN PADA TULANG SUM-SUM [BONE MARROW]

Sel plasma penting dalam sistem imuniti kita kerana membentuk antibodi. Antibodi ini dihasilkan di dalam tulang sum-sum [bone marrow] dan dihantar ke seluruh badan melalui sistem limfatik [lymphatic system]. Pada kebiasaannya sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang menghasilkan dan mengeluarkan antibodi. Akibat terjadinya perubahan kromosom [chromosomal translocation], tubuh kita menghasilkan malignan sel plasma cells [jenis sel-B] yang dikeluarkan secara tidak terkawal.

Sel plasma Multiple Myeloma akan tetap tinggal di tulang sum-sum [bone marrow] di beberapa tulang seperti tulang belakang [spine], tulang tengkorak [skull] atau tulang rusuk [ribs]. Sel plasma ini menyebabkan peningkatan akitivti osteclastic iaitu proses di mana calcium meninggalkan tulang dan berada di dalam darah.

Keadaan ini menyebabkan tulang itu menjadi rapuh [osteoporosis] akibat ‘penghakisan’ ini disebut [lytic lesions] dan hypercalcemia [terlalu banyak kandungan calcium dalam darah].

Sel-sel Multiple Myeloma meghasilkan monoclonal protein yang banyak dikenali sebagai M proteins yang boleh dikesan dengan kaedah protein electophoresis. Ianya juga boleh dikesan di air kencing, dikenali sebagai Bence Jones Proteins.

PENYAKIT MISTRI YANG SUKAR DIDIAGNOSA

Tidak semua penyakit dapat dikesan dengan mudah. Multiple Myeloma adalah salah satu daripadanya. Keluhan pesakit sangat tidak specifik. Pesakit mungkin mengadu pening kepala dan sukar bernafas. Keadaan pesakit semakin teruk sehingga jelas bahawa mengalami Multiple Myeloma. Namun mungkin ketika itu pesakit telah berputus asa dari perubatan moden yang dirawat dari klinik-klinik sahaja. Lalu pesakit cuba menjalani perubatan bomoh yang mengatakan ianya penyakit buatan orang akibat hasad dengki.

Paling menyedihkan kaum kerabat sendiri dituduh oleh bomoh sebagai orang yang menghantar 'guna-guna' untuk menyusahkan dirinya. Apabila keadaan semakin teruk dihantar pula ke hospital kerana kononnya 'bomoh' tidak berjaya untuk menundukkan guna-guna itu.

Di hospital, doktor mengatakan dia sudah parah dan terlambat untuk dirawat. Akhirnya pesakit dibawa pulang. Keluarga pesakit mengatakan, “Doktor di hospital tak buat apa-apa!” Sungguh menyedihkan!

Ini fenomena biasa yang saya alami ketika bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Johor. Peliknya hanya pesakit berbangsa Melayu yang beragama Islam yang menjadi mengsa keadaan seperti ini.

TIP OF ICEBERG

Multiple Myeloma bukanlah penyakit misteri yang disebabkan oleh makhluk halus atau buatan orang. Namun Multiple Myeloma sangat sukar didiagnosa kerana ianya ibarat 'Tip of the Iceberg'. Ini bermakna apa yang dapat dilihat di permukaan laut hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang berada di dalam aras laut.

Apa yang dikeluhkan oleh pesakit adalah sebahagian kecil perubahan yang sedang berlaku akibat perubahan yang besar dalam tubuhnya. Pemeriksaan darah dan xray yang rutin tidak dapat mengesan penyakit ini. Jadi janganlah berputus asa jika pemeriksaan rutin tidak mendiagnosa apa-apa penyakit. Namun saya percaya pemeriksaan rutin yang teliti memberikan clue untuk doktor mengesyorkan kepada pesakit menjalankan pemeriksaan lanjut.

Jika telah disahkan menghidap Multiple Myeloma ianya boleh dikawal dengan rawatan. Ini bermakna tanpa rawatan yang betul penyakit Multiple Myeloma akan merosakkan seluruh sistem tubuh kita dengan kadar yang cepat seterusnya akan menyebabkan pesakit menemui ajal dengan lebih cepat lagi.

KESAKITAN PADA TULANG

Multiple Myeloma menyebabkan kesakitan pada tulang terutama tulang belakang [spine] dan tulang rusuk [ribs]. Akibat kesakitan ini pergerakan terhad dan rutin sehariannya terjejas. Jika kesakitannya hanya berada di satu tempat, kemungkinan ianya disebabkan oleh tulang telah patah [bone fracture] akibat osteophorosis.

Jika ianya melibat tulang belakang ianya akan menyebabkan kelumpuhan [paralysis] akibat terjejas saraf tunjang akibat spinal cord compression. Ia menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal kencing dan berak.

Tulang menjadi rapuh akibat kalsium pada tiulang diserap keluar menyebabkan jika dibuat pemeriksaan darah, didapati kandungan kalsium dalam darah amat tinggi [hypercalcemia].

DEMAM YANG RENDAH ATAU DEDAR

Penghasilan antibodi juga terjejas. Ini bermakna sistem imuniti dalam badan tidak berfungsi dengan baik . Akibatnya pesakit kadang kala mengadu demam yang ada kalanya tidak terlalu kuat [dedar].

Ada pesakit yang mengadu sukar bernafas disertai demam yang tinggi. Pemeriksaan xray di dapati paru-parunya bermasalah dan doktor hanya memberikan diagnosanya sebagai pneumonia. Ianya boleh dirawat untuk sementara dengan antibiotik yang sesuai.

Tidak kurang yang mengadu mengalami masalah membuang air kecil iaitu sakit ketika kencing dan tidak lawas. Pemeriksaan urine mendapati ada jangkitan kuman di dalam air kencing. Malah ada ketikanya ianya menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke ginjal, pyelonephritis menyebabkan bernanah di buah pinggang. Akhirnya pesakit mendapat penyakit kerosakan ginjal [renal failure]. Ini semua akibat tahap immuniti yang rendah.

Begitu juga kadang kala pesakit berkeadaan lemah, pucat lesi dan tidak bertenaga. Pesakit kadang kala menggeletar, tidak tahan sejuk, pening dan pelbagai lagi rungutan yang tidak specifik. Pemeriksaan darah secara routine mendapati pesakit menghidap anemia, iaitu kandungan haemoglobin rendah dalam darah. Oksigen tidak dapat dibawa oleh haemoglobin menyebabkan pesakit mengalami lemah, penat susuah bernafas dan plebagai sungutan tadi.

Apa yang sering menjadi rungut pesakit mesteri ini ialah rasa lemah badan, kadang kala keliru dan emah badan tidak bertenaga. Ini semua disebabkan oleh kandungan kalsium dalam darah yang amat tinggi [hypercalcaemia].

Cuba ikuti lagi cerita ini.

Selain itu pesakit mengadu masalah sakit kepala, pandangan mata berkabur, susah mengawal kencing dan berak [akibat kerosakan pada saraf tunjang spinal cord], rasa kebas pada tangan.

Kelemahan pada anggota tubuh menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja. Pesakit tidak berdaya untuk berjalan dan mengangkat tangan [disebabkan oleh serangan amyloid pada saraf tangan dan kaki]. Ada kalanya ianya seperti pesakit stroke yang tidak boleh mengangkat tangan dan kaki di sebelah badan [paraplegia].

Doktor yang mengesyaki Multiple Myeloma pada pesakit akan membuat pemeriksaan darah untuk serum protein electrophoresis. menunjukkan peningkatan secara mendadak paraprotein di gamma zone pada pesakit Multiple Myeloma.

MENGAWAL DAN MENGURANGKAN SEL KANSER

Rawatan untuk Multiple Myeloma difokuskan pada aktiviti mengawal dan mengurangkan [containment and suppression] sel-sel kanser dengan rawatan kemoterapi. Keadaan ini tidak dinamakan sembuh. Ianya adalah replase elepas rawatan, namun bergantung kepada keadaan pesakit semasa rawatan itu dijalankan. Pesakit merasakan beransur pulih, namun harus diingatkan lagi bahawa ianya sebenarnya relapse, pesakit akan mengalami kesakitan itu jika tidak dimonitor.

Namun apa yang dibimbangkan apabila pesakit mengalami keadaan dinamakan 'treatment resistance' di mana rawatan kimoterapi yang biasa diambil tidak lagi berkesan, namun boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan kemoterapi yang baru.

Kesimpulannya Multiple Myeloma adalah penyakit yang 'dapat' tanpa 'dicari', menandakan ketahanan badan semakin uzur dan memasuki fasa berundur. Apa yang perlu ialah ketabahan menghadapinya dan berfikir panjang dan mulakan langkah-langkah menginsafi diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...