Tuesday, February 18, 2014

EPAL FUJI

Epal kegemaranku dh semestinya Epal FUJI..

FUJI APPLE.. FUJI SAKI.. MALUS DOMESTICA FUJI.. 

Epal Fuji yang dikatakan berasal dari epal yang diklon oleh seorang petani di Tohoku Research Station di  Fujikasi, Aomori, Jepun pada akhir tahun 1930an dan mula dipasarkan sekitar tahun 1962.

Epal Fuji ini  merupakan hasil dari benih yang dicantumkan  antara dua kelainan epal Amerika, Delicious Merah dan epal tua Virginia Ralls Genet [kadang-kadang disebut sebagai 'keldai betina' Rawls].

Epal Fuji biasanya besar atau sangat besar dan bulat. Setiap sebiji mengandungi antara 9% - 11% gula selain mengandungi serat, mineral karoten dan vitamin C. Serat yang tinggi di dalam epal boleh membantu menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung.

Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

 

Kulit berwarna merah muda, isi yg gebu dan berair  berbanding epal lain bahkan epal Fuji tahan segar selama 6 bulan tanpa cuaca yg dingin.

Di Jepun, epal Fuji menjadi yg terbaik kerana teksturnya. Epal Fuji cukup banyak ditanam dan pengeluarannya banyak di utara Jepun, Cina dan Amerika Syarikat. Epal Fuji memerlukan banyak sinar matahari untuk buahnya matanf dgn baik sehingga ditanam secara komersial di Inggeris.

Mengikut kajian epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru. Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain. Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. 


Serat epal juga membendung penyakit jantung, mengawal berat badan dan tahap kolesterol kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula. Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan. Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin dan prosianidin B2. Namun demikian benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosidasianogen meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.


Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...