Monday, June 23, 2014

MANGGA HARUMANIS


Mangga Harumanis kini tidak perlu diperkenalkan lagi. Isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya.

Terkenal di negeri Perlis.. permintaan yang tinggi di seluruh negara menjadikannya sebagai buah eksklusif yang mesti dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini. Perlis adalah satu-satunya negeri pengeluar Mangga Harumanis di negara ini dan ia bermusim hanya sekali dalam setahun. Antara lokasi utama tumpuan orang ramai setiap kali tiba musim Mangga Harumanis ialah Bukit Bintang, Paya Kelubi dan Chuping.
 
Selepas berakhirnya musim tuaian, para penggemar Mangga Harumanis terpaksa menunggu setahun lagi untuk menikmati keenakannya.

Walaupun dijual dengan harga  tinggi iaitu sekitar RM25.00 - RM30.00 sekilogram, Mangga Harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujung bulan April sehingga akhir bulan Mei pada setiap tahun.

Menariknya, buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain. Mangga Harumanis boleh didapati dalam dua jenis iaitu Harumanis emas dan biasa.

Kegilaan peminat setia Mangga Harumanis sehingga sanggup 'booking' secara online.. mcm aku juga. Hehehe.. Wlu pn aku beli dgn harga RM23.00 sekilo tapi mmg puas hati..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...