Masa kecil2 dulu aku suka sangat makan buah cermai ni. Biasanya
aku akan tumbuk menggunakan lesung batu dan dicampur dengan sedikit
gula! Mmg meleleh air liur! Hehehe..
Dah tua2 ni lidah aku dh tk imun dengan makanan masam2 ni, so aku 'prefer' jeruk cermai. Rasanya lagi sedap..
Pastinya tidak semua di antara kita mengenali spesis buah2an yg boleh
dikira sudah tidak dikenali di masa ini. Maklumlah di zaman millennium
dan zaman globalisasi langit terbuka ini kita seringkali tidak
mengendahkannya. Generasi sekarang lebih mengenali buah2an seperti
epal, oren, strawberi, plum, anggur, blackcurrent, kiwi dan juga buah2an
yg kerapkali dijual dibandar2 sahaja.
Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus Acidus merupakan satu2nya pokok dalam keluarga Phyllanthaceac yg boleh dimakan. Warnya hijau semasa mentah dan agak kekuningan ketika sudah masak.
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam ataupun dijadikan jeruk atau halwa. Buah cermai muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk cermai mentah atau yg dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yg lain.
Rasa buah cermai
masam manakala pucuknya pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih
tunggal yg keras di tengah2nya..
No comments:
Post a Comment