Showing posts with label All About AARON AZIZ. Show all posts
Showing posts with label All About AARON AZIZ. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

LEHER SENGET: AARON AZIZ TERIMA 3 SUNTIKAN STEROID


Aaron Aziz kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian leher.

Diberitakan, doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Disebabkan itu Aaron Aziz dibenarkan pulang ke rumah semalam [kelmarin]. Oleh kerana suntikan tersebut mampu bertahan sehingga sebulan, Aaron dikatakan akan pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Namun sebaik balik dari Cape Town nanti, Aaron perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan.

Menurut Diyana Halik isteri kepada pelakon terkenal tersebut yang juga pengurus artis berkenaan, suaminya mula berasakan kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu.
 

"Bagaimanapun, dia sanggup menahan kesakitan itu kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Namun, apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas, saya terus membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit." jelas Diyana menerusi khidmat pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan semalam.

Tuesday, April 9, 2013

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012


Shaheizy Sam Abdul Samad raih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra
...
 

Sam memenangi hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.

Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Songlap dan Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam Abdul Samad, memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH [ABPBH] 2012, yang berlangsung di Bukit Jalil...


Komen Aaron Aziz Tentang ABPBH 2012

Bintang Paling Popular 2012 sudah terjawab apabila acara berprestij yang berlangsung semalam menobatkan pelakon, Shaheizy Sam sebagai pemenangnya. Kemenangan Sam yang meraih undi hampir 80 ribu undian itu sekali gus mengulangi kejayaannya di ABP2010 lalu. Pastinya, penyandang gelaran tersebut pada tahun lalu, Aaron Aziz sekadar membawa pulang anugerah Pelakon TV Lelaki Popular.

Ditanyakan komen Aaron akan kemenangan Sam, katanya;
"Saya ingat Zizan akan ‘tapau’ semua. Tapi tidak sesekali menidakkan Sam. Sepanjang siri jelajah ABP, sorakan yang diberikan peminat kepadanya begitu hebat. Jadi, tidak mustahil kalau dia menang. Dari awal lagi saya dapat rasa yang tahun ini bukan tahun saya. Dengan kemenangan Sam itu, saya tidak rasa tergugat pun. Pada saya ia adalah rezeki masing-masing dan bergantung juga kepada produk seseorang artis itu."
"Kemenangan saya bagi ketegori Pelakon TV Lelaki Popular cukup besar pada saya. Dan saya kira ia adalah penangan drama Adam & Hawa."

Dalam pada itu, Aaron juga tidak menjangka akan menang bagi kategori tersebut.
"Saya tidak jangka yang akan menang satu anugerah. Bukan apa, saingan untuk semua calon kategori hebat-hebat. Tapi, saya tetap berharap untuk dapat bawa balik satu agar peminat-peminat saya tidak kecewa terutamanya Aaronators." kongsi Aaron lagi.
 - Media Hiburan -

Senarai pemenang ABPBH 2012
  • Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
  • Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
  • Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
  • Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
  • Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
  • Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
  • Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
  • Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
  • Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Redza
  • Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
  • Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Search
Kategori Online:
  • Anugerah Artis Gandingan di Layar Serasi kategori Online - Zizan dan Johan
  • Anugerah Animasi Tempatan kategori Online - Upin dan Ipin
  • Anugerah Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial - Zizan Razak
  • Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular - Sofi Jikan
  • Artis Wanita Stailo - Melissa Francis
  • Artis Lelaki Stailo - Zizan Razak
  • Artis Asia Paling Popular - Zizan Razak

Tuesday, December 4, 2012

Antara Filem2 Aaron Aziz 2013


Untuk perkembangan terbaru Aaron Aziz... filem2 yg bakal ditayangkan utk tahun 2013 adalah:

■ DAMPAK: Lakonan Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Alyahya, Juliana Evans, Intan Ladyana...

■ KL GANGSTER 2: Lakonan Aaron Aziz, Samsul Yusof , Adi Putra, Zizan Razak...

■ LARI: Lakonan Aaron Aziz, Dira, Erin Malek, Hazama...

■ KERAT 14 [Official Fan Page]: Lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham, Ali Arami...

■ Telemovie ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH: Lakonan Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Amar Baharin...

Tuesday, November 27, 2012

Bakal Arah Filem Bersama Ahmad Idham?!


Siapa mahu melihat filem arahan dan juga terbitan Aaron Aziz?! Atau mungkin juga mahu melihat Aaron berlakon sekali didalam filem arahannya itu?!

Terbaru, ketika ditemui di majlis pengumuman tema terbaru Anugerah Bintang Popular Berita Harian [ABPBH], Aaron memberitahu bahawa kini dia sedang dalam perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem bersama pengarah terkenal, Ahmad Idham.

'Ia masih dalam perancangan, Inshaaa Allah nak cuba jika semuanya berjalan lancar.'

Aaron turut memberitahu bahawa dia akan turut berlakon sekali didalam filem arahan mereka berdua jika perancangan ini menjadi. Jika benar, OHBULAN! pasti gabungan kedua pelakon dan pengarah ini akan menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan menarik.

Dalam kesibukannya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk 'Fear Factor Selebriti Malaysia', Aaron kini terpaksa berulang alik diantara Malaysia dan Singapura demi menguruskan produksi sendiri di sana. Pelakon kacak ini juga mengaku mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana sibuk bekerja.

'Saya tidur tak pernah cukup, rehat pun tak cukup. Saya cuba cari peluang untuk tidur, agak pening kepala juga la!' ujar Aaron.

Dalam perkembangan terbarunya, Aaron bakal muncul dengan filem LARI arahan Ahmad Idham yang dijangka akan ditayangkan sekitar tahun 2013.

Friday, November 9, 2012

AARON AZIZ Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia


Pemilihan pelakon kacak, Aaron Aziz sebagai pengacara program Fear Factor Selebriti Malaysia sama sekali bukanlah bersandarkan kepada popularitinya semata2. Sebaliknya, Aaron Aziz dilihat menepati segala syarat2 yang dikehendaki sebagai pengacara program ini.

Perkara ini telah pun disahkan pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli yang menyangkal dakwaan kononnya aktor kelahiran Singapura ini adalah anak emas Astro.

'Kesemua syarat untuk menjadi pengacara program ini ada pada Aaron Aziz. Malah, dia memang menepati syarat dan kehendak program. Lagi pun, dia mempunyai pakej lengkap untuk menggalas tugas ini.'

'Pihak kami juga sudah mengkaji dari segi pelbagai sudut, Aaron mempunyai potensi besar untuk menjalankan tugas ini dengan baik. Tidak dapat dinafikan, Aaron memang popular dan mempunyai banyak peminat. Dia pun adalah artis yang sering saja menjadi sebutan pada masa kini.' katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai pemilihan peserta program tersebut pula, Raqim memberitahu kesemua 30 peserta ini diwajibkan menjalani ujian fizikal yang disediakan pihak produksi Fear Factor Selebriti Malaysia.

'Kesemua peserta ini sudah pun menjalani ujian pakar kesihatan sebelum memulakan penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehinggalah 15 November depan.'

'Kami tidak memilih mereka secara rambang. Sebaliknya, setiap selebriti yang dipilih ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan fizikal. Malah, mereka juga bukan saja perlu fit untuk mengikut piawaian program tetapi mereka dinilai menerusi pencapaian mereka dalam kaca tv sama ada dalam bidang pengacaraan, lakonan mahu pun nyanyian.' jelasnya.

Seramai 30 selebriti [dibahagikan kepada 13 kumpulan] menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul [On Air], Norisham Ismail dan Johan As'ari.

Program ini bakal disiarkan tidak lama lagi di Astro Ria [Saluran 104] dan Mustika HD [Saluran 134].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...