Thursday, July 4, 2013

KHASIAT KURMA AJWA atau KURMA NABI



Sabda Rasullulah S.A.W: "Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yg bakal dilahirkan itu bakal menjadi anak yg penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya!" 

KISAH DAN ASAL USUL KURMA AJWA 

Kurma AJWA disebut juga sebagai Kurma Nabi atau Kurma Rasullullah.

Mengapa disebut Kurma Nabi?!

- Menurut asal usulnya Kurma Ajwa ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W di Kota Madinah sekitar 14 abad yg lampau. Hingga kini pohon Kurma Ajwa di Madinah jumlahnya tidak banyak iaitu hanya sekitar ratusan. Jadi, tidak hairan lah jika harganya pun agak mahal.

Diceritakan pada suatu hari Rasullullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yg melihat keadaan Rasullulah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan unruk Rasul kesayangan Nya berbuka puasa. Lalu Allah S.W.T yg sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan Malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah kurma yg istimewa ini untuk Rasullulah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasullullah S.A.W.  Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma AJWA ini membesar di kawasan Madinah dan dimaklumkan juga kurma AJWA tidak akan hidup dan berbuah di mana2 tempat selain Madinah.

 DI ANTARA HADIS2 dan RIWAYAT BERKAITAN BUAH KURMA..

■  Sabda Rasullulah S.A.W: "Rumah yang tiada kurma, nescaya penghuninya kelaparan."

■  Daripada Abu Musa r.a katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi S.A.W lalu baginda menamaknnya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

■  Saidina Ali r.a meriwayatkan: "Barang siapa yg memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."

■  Daripada Abdullah Jaafar r.a katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak."

■  Hadis Saad r.a, Rasullulah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yg memakan 7 biji kurma di antara La Bataiha [2 Tanah tidak berpasir di Madinah] pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai ke petang."

■  Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yg bermaksud: "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasullullah S.A.W bersabda: Brang siapa yg memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

■  Daripada Anas bermaksud: "Rasullulah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasullullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum bebrapa teguk air."
- [Hadis Riwayat Ahmad]

■  Riwayat daripada Muhammad bin Ali al Husayn bermaksud: "Kurma AJWA adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun [Al Samm]."

■  Diriwayatkan pula oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib: "Barang siapa yg memakan kurma AJWA 7 kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan [Ad Dud] di dalam tubuhnya."

■  Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullulah S.A.W pula, berkata Iman Ali a.s yg berbunyi, Jibrail a.s datang kepada Nabi S.A.W dan berkata: "Bergantunglah pada Al Barni kerana ia adalah sejenis kurma yg terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka."

■  Rasullulah S.A.W bersabda: "Makanlah kurma sebelum sarapan untuk membubuh cacing di dalam perut."

■  Daripada Adiy bin Hatim ia berkata, "Saya mendengar Rasullulah S.A.W bersabda: Hindarilah api neraka walaupun [dengan memberi sedekah] sebelah buah kurma [Hadis Riwayat Bukhari]"
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar dari api neraka.

■  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan buah2an dengan kurma masak."

TAHUKAH ANDA..

■  Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?!

■  Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?!

■  Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?!

■  Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?!

■  Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?!

■ Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?!

■  Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?!

■  Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?!

■  Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?!
 

■  Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?!

■  Tahukah anda bahawa Kurma AJWA merupakan kurma yang paling dikagumi. Kurma AJWA dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana Kurma AJWA mempunyai pelbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W..
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...