Wednesday, April 30, 2014

NILAI SEBUAH GAMBAR - RM20,000.00


Nilai di Sebalik Sebuah Gambar..

KOTA BHARU - Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan [HIPA], Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

"Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu dengan ambil kira tema ditetapkan iaitu ‘mencipta masa depan.’ Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup.” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, Pantai Cinta Berahi, Kelantan dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000.00 [RM20,000.00].

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...