Siapa sangka Noor Hafizah merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dgn 375 penumpang.. |
Noor Hafizah Mohd Idrus, 28, berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil. Bagaimabapun, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya. Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafizah berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.
Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru. Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM].
Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya terbengkalai begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan. Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.
Lantas tanpa berfikir panjang Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.
MULA BERKHIDMAT DI AIR ASIA
Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak Oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah dia kini bergelar Senior First Officer iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.
Semakin
tinggi terbang semakin luas pemandangannya melihat alam ciptaan Allah.
Tidak hairanlah kecintaannya terhadap pencipta semakin utuh. Kerjayanya
yang bertanggungjawab terhadap banyak nyawa menjadikan dirinya tidak
pernah leka lebih lebih lagi untuk memenuhi kewajipan pada Yang Maha
Esa. Pesanan ibu bapanya supaya tidak meningalkan solat sebaik melangkah
ke dunia yang diimpikannya ini juga sentiasa diingati.
Bekas
pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini tidak menafikan dia mengalami
kesukaran untuk menunaikan rukun islam yang pertama ketika awal
pembabitannya dalam dunia penerbangan. Dia mengalami masalah ketika
ingin berwudhuk sewaktu bertugas dalam penerbangan, Bagaimanapun,
masalah itu tidak dibiarkan begitu saja.
"Saya berjumpa
dengan seorang ustaz. Dia memberikan saya panduan berwudhuk ketika
berada di dalam kapal terbang. Saya diberitahu oleh ustaz tersebut
bahawa kita masih boleh membasuh bahagian kaki tanpa perlu membuka
kasut. Ini memudahkan petugas petugas kapal terbang yang sememangnya
mempunyai masa yang terhad." ujar anak gadis ini menyusun bicara.
SOLAT BUKAN SATU BEBANAN
Noor
Hafizah, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang
murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai
satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan itu
atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.
"Ada
ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap
penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir
mengerjakan solat, makan dan memasuki tandas." ujarnya yang segak
berpakaian uniform.
Dia juga tidak mengalami kesukaran
dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk
menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agama yang dimilikinya, semua
itu dapat di atasi dengan mudah.
"Menentukan arah kiblat
tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh
menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam
kenderaan yang bergerak mana-mana arah kiblat dibolehkan." akui Noor
Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun
berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja.
Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.
SAAT-SAAT CEMAS
Bagi
juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira
dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan
angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan
juruterbang.
"Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di
Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh
mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami diajar untuk
tidak mempertaruhkan nyawa penumpang. Setiap kali sebelum membawa
penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca
selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan." Noor Hafizah
berkongsi amalannya, pada masa yang sama dia mengakui pengalamannya
tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.
Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan "terbang" mengatasi segala galanya.
Jika bersemuka dengan Noor Hafizah Mohd Idrus, pastinya tidak percayai dia merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang kerana susuk badannya yang kecil.
BIODATA NOOR HAFIZAH MOHD IDRUS PILOT AIR ASIA WANITA
Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun [2014]
Asal: Taiping, Perak
Alamat Terkini: Cheras, Kuala Lumpur
Pendidikan: Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
Bidang: Ijazah Multimedia
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.
Sumber: http://www.vvip.my dan http://www.melvister.com
No comments:
Post a Comment