KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah. |
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah,
di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang
dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan
lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie
Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum
secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling
seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.
Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir
bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat
kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail [HSI]
Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit
Neuro Hospital Sultanah Aminah [HSA] di sini, untuk rawatan lanjut.
Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.
No comments:
Post a Comment