Ramai yang tidak tahu pada era 1980-an, negara kita pernah
memiliki sebuah Taman Tema Jurassic Park yg cukup popular dikenali
sebagai MIMALAND. Mimaland adalah singkatan dari perkataan 'Malaysia In Miniature
Land'.
Mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas
300 ekar di Ulu Gombak. [sempadan antara Pahang dan Kuala Lumpur di sekitar
Karak]. Logo yg digunakan untuk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga
kebangsaan negara kita.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka
secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an
mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah
'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model Dinosaur bersaiz
besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran
filem tempatan seperti filem Mekanik [1983]. Selain itu filem Gila-Gila Remaja
[1986], filem Tempo 88 [1987], filem Dendang Perantau [1979] dan filem Suara
Kekasih [1986] juga pernah membuat penggambarannya di situ.
Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di
Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia
turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran
para pengunjung. Tarikan ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari dalam
dan luar untuk datang ke taman ini.
Selain itu Mimaland turut mempunyai beberapa bahagian
rekreasi lain iaitu sebuah tasik untuk aktiviti sampan dan memancing, kawasan
'Giant Maze' dan kawasan untuk aktiviti merentas rimba.
KISAH TRAGIK
Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi menjadi tempat
hiburan seisi keluarga, pada Januari 1993, satu kemalangan yg tidak diingin
berlaku di kawasan papan luncur air gergasi yang menyebabkan kematian seorang
warga Singapura yg berusia 27 tahun.
Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa
pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan
papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali
dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah
menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei
1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut
menyebabkan kawasan tersebut ditutup semula kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah
menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan
kesalahan. Antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan serta menjadi
punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak
mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya.
Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland
akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Taman yg hebat lagi gah ini dulu Dimiliki oleh Mimaland
Berhad, subsidiary Magnum Group of Companies [sekarang dikenali sebagai Magnum
Corporation].
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini di lokasi
GPS 3.283458, 101.724069..
![]() |
Van yang digunakan oleh Taman Tema Mimaland pada suatu ketika dahulu.. |
![]() |
Bus stop yg dahulunya dipenuhi pengunjung kini hanya tinggal kenangan.. |
![]() |
Bumper Car.. |
![]() |
Roda basikal air kini tinggal kenangan.. |
![]() |
Sampan yg kini juga tinggal kenangan.. |
INFO TAMBAHAN
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Corporation.
- Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual oleh Magnum.
- Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu 'property' mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dengan 4 ekor anjing pemburu.
- Mengikut temubual dengan penduduk ada yang mendakwa pernah ternampak harimau di situ.
- Pagar telah didirikan untuk mengelakkan orang awam mencerobohi kawasan mereka kerana tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
Sumber: www.ohmedia.my
No comments:
Post a Comment