Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page
Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah
isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja di rumah dan
isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.
Berikut adalah tulisan suami berkenaan..
"Assalamualaikum..
Nak tanya, isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri
rumah dan saya yang bekerja.
Saya letih-letih bawa motor, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi
dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat. Saya tengok Facebook banyak je
dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.
Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat. Nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan
anak-anak je yang semua tiga orang.. seorang 3 tahun, seorang 2 tahun dan
seorang 6 bulan.
Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan
ke apa ke?! Bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan
'touching' bagai. Adoi! Apa la kena dengan dia ni, tak faham ke
apa?!
Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah
bersepah. Tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak
urus diri sendiri. Urus anak pandai pulak kan?! Urus diri sendiri tak
boleh?!
Saya sudah tak tahu nak kata apa. Dia punya cemburu bukan main kuat,
saya malas nak layan kadang-kadang tu. Tolong la saya! Dah tak tahu nak buat
apa! Umur muda lagi.. baru 26 dah macam apa saya tengok. Diri tidak terurus..
meluat.. geli pun ada!"
Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik
marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana
hanya memikirkan dirinya.
Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis
satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga
merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.
Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati
suami berkenaan.
"Salam tuan tanah..
Saya sendiri lelaki dan mempunyai anak 3 dan nak masuk
4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.
Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk
dia ke SPA untuk buat rawatan badan dan dirinya. 3 hari je tuan.. tuan cuba
bangun pagi membasuh, memasak sarapan, uruskan anak-anak, mengemas.. pergi pasar
bawa 3 orang anak yang kecil-kecil tu beli barang-barang segar.. masak special untuk
isteri tuan. Masuk tengahari masak untuk tengahari, urus anak lagi berak kencing,
menangis, makan, mandi..
Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering, kemas rumah lagi yang disepahkan oleh 3 orang anak tuan.. uruskan anak lagi yang tak habis nak makan, nak main,
nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner..
Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun
nak tidur tapi tak boleh jugak anak menangis nak susu.. anak menangis nak tukar
lampin..
OK. Lepas 3 hari tuan komen balik kat sini apa terjadi pada anak-anak,
pada makanan, pada keadaan rumah dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya
nak bagitahu kat sini tangungjawab tuan adalah melindungi isteri, beri
keselesaan pada isteri dan anak-anak..
Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.. apa yang isteri tuan
lakukan ini semua adalah isteri tuan telah meringankan beban dan tangungjawab
tuan dan kalau tuan mampu tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu
isteri tuan meringankn kerja rumah..
Lebihkan perbelanjaan untuk isteri tuan berhias! Kalau kata tuan tidak
mampu.. tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak, bekerja, urus rumah
tangga.. So bila malam sebelum tido Insya Allah isteri tuan akan layan tuan
seperti putera raja!"
Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan
suami berkenaan.
"Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah
duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah.. tapi penat jadi
suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit
bersepah semula. Kemas 5 - 6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak, anak menangis minta
dukung. Masak la sambil dukung.
Letak depan TV, anak yang besar lanyak adik.. dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang-kadang tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dengan tenang. Kalau tak, baru nk gosok gigi anak dah melalak macam apa kat luar bilik air. Memang la boleh main HP sebab anak ni bijak. Time kita duduk diam dia pun diam. Elok main sebelah.. tapi bila gerak sikit, dia mula perangai.. tapi kat kepala isteri tu macam-macam kerja nak kena buat!
Letak depan TV, anak yang besar lanyak adik.. dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang-kadang tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dengan tenang. Kalau tak, baru nk gosok gigi anak dah melalak macam apa kat luar bilik air. Memang la boleh main HP sebab anak ni bijak. Time kita duduk diam dia pun diam. Elok main sebelah.. tapi bila gerak sikit, dia mula perangai.. tapi kat kepala isteri tu macam-macam kerja nak kena buat!
Lagi satu, dia merungut tu bukan apa.. sebab dia nak bercerita. Dia kat
rumah dgn anak-anak takde kawan nak dengar cerita dia. Apa salahnya dengar cerita
dia.. luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. lama-lama boleh stress!
Lagi satu nak tanya la.. malam-malam anak nak menyusu siapa yg bangun?! Suami ke isteri?! Anak kecik ni kadang-kadang 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang-kadang bergilir bangun. Agak-agak bila masa isteri nak cover tido?! Waktu siang?! Ingat boleh cover ke dengan anak kecik lagi?! Sorang tido sorang lagi jaga.. kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya!
Lagi satu nak tanya la.. malam-malam anak nak menyusu siapa yg bangun?! Suami ke isteri?! Anak kecik ni kadang-kadang 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang-kadang bergilir bangun. Agak-agak bila masa isteri nak cover tido?! Waktu siang?! Ingat boleh cover ke dengan anak kecik lagi?! Sorang tido sorang lagi jaga.. kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya!
Fikir la encik! Jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri
layan elok, family planning la! Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat
anak.. tolong jaga anak tak tau! Isteri penat mengandung 9 bulan.. jaga anak
lagi. Budak ni selagi tak umur 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun
malam nak menyusu. Kalau anak rapat macam tu.. saya rasa sangat simpati. Maknanya
dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik.. penat!"
Apapun, hargailah isteri anda! Terima kekurangan dan kelebihannya.. jika
kekurangan itu boleh diubah.. didiklah dia kerana anda 'Ketua Keluaga' yang
dipertanggungjawabkan menjaga amanah!
No comments:
Post a Comment