Semakin hari semakin banyak dikongsikan 
kes-kes nusyuz yang tragis oleh para isteri dan suami. Ada yang boleh 
dikatagorikan sebagai nusyuz yang nyata. Ada pula yang boleh dikatakan nusyuz yang terpaksa.
Hakikatnya nusyuz hari ini sudah tidak lagi diambil berat baik oleh 
pihak isteri mahupun suami. Kali ini kami ingin kongsikan fenomena 
isteri yang nusyuz kerana terpaksa akibat dari kepimpinan suami yang 
lemah.
Hari ini ramainya pasangan yang telah berzina sebelum 
berkahwin tidak dapat dibayangkan. Begitu banyak penzinaan dilakukan 
oleh pasangan yang sedang bertunang atau bercinta secara suka sama 
suka. Bagi pasangan ini ia sering dipujuk dan dirayu oleh bakal suami 
walaupun calon isteri atau kekasih mereka benar-benar menolak.
Lebih menyedihkan lagi fenomena amalan zina yang telah dilakukan oleh 
pasangan yang berkahwin bersama pasangan lain sebagai amalan hidup 
sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. Ini menunjukkan bahawa 
banyak sekali pasangan suami isteri atau ibubapa sekarang adalah dari 
golongan penzina. Ini menggambarkan tahap keimanan dan ketaatan kepada 
Allah amat tipis sekali. Tidak peliklah jika anak-anak remaja sekarang 
mengamalkannya dengan lebih meluas lagi.
Apabila telah berkahwin,
 mempunyai anak dan rumahtangga mulai goyah, maka masing-masing mula 
menuding jari mencari salah pasangan. Sang suami sering menimbulkan 
masalah isteri yang nusyuz. Isteri pula mula nampak kelemahan suami. 
Apabila diteliti latarbelakang masalah masing-masing, kami dapati 
majoriti daripadanya berpunca dari kegagalan fungsi suami sebagai LELAKI
 menurut spesifikasi rukun nikah. Tanggungjawab diabaikan. Keperluan 
mencari nafkah turut ditanggung oleh isteri. Segala keputusan urusan 
rumahtangga dan hal ehwal anak-anak terpaksa dibuat oleh isteri 
kesemuanya. Suami ibarat tiada kuasa dan suara sama sekali.
Adakalanya suami sendiri tidak berpendapatan atau terlalu sedikit 
pendapatannya. Isteri terpaksa tersungkur-sungkur memenuhi keperluan 
nafkah keluarga. Pada masa yang sama isteri terpaksa bertungkus lumus 
mengurus anak dan rumahtangga. Akhirnya berlaku juga nusyuz di sini sana
 samada suka mahupun terpaksa.
Bayangkan seorang wanita muallaf 
yang berkahwin dengan lelaki Muslim telah ditiduri lebih 2 tahun sebelum
 dinikahi. Aktiviti sosial, pergaulan bebas, minuman keras dan bertukar 
pasangan zina menjadi amalan biasa. Asas agama tidak diajarkan.
Sebelum akad nikah baru isterinya di'Islamkan'. Kemudian setelah 
berkahwin si suami mahu isteri muallafnya mematuhi arahan tuhan, menutup
 aurat, menjauhi pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Boleh kita 
bayangkan betapa sukar sang isteri untuk mematuhinya?
Sebenarnya.. bagi isteri yang memang dari awal sangat mematuhi hukum 
hakam agama, gejala suami yang nusyuz begini memang wajar diingkari. 
Mematuhi suami yang mengingkari perintah tuhannya sehingga gagal 
memimpin keluarga dengan sempurna menuju syurga akan menjadikan isteri 
menjadi tertekan dan hidup sengsara. Lebih malang lagi jika suaminya 
bukan sahaja kaki judi, kaki mabuk, kaki betina dan suka makan wang 
isteri, malah sering memukul dan menghinanya pula.
Tidak peliklah
 ramai isteri yang memilih untuk hidup sendiri sebagai janda apabila 
mengalami situasi begini. Lebih tertekan apabila isteri begini sering 
dinasihati untuk mematuhi suami yang nusyuz pula. Allah sendiri melarang
 kita mengambil kafir sebagai wali atau pemimpin. Perintah ibubapa
 sekalipun tidak wajar kita patuhi jika ia menyalahi perintah Allah dan 
rasul.
Contoh isteri terbaik tetapi nusyuz yang terlakar dalam 
alquran ialah isteri Firaun. Dia tidak diizinkan ‘meniduri’ isterinya 
sepanjang perkahwinan yang hanya seperti kahwin kontrak sahaja. Tidak 
mungkin isteri sebaik ini akan selamat jika mematuhi suaminya yang kufur
 terhadap perintah tuhannya.
QS: 11. Dan Allah membuat isteri 
Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: 
"Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Firdaus 
dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah 
aku dari kaum yang zalim.
QS: 66. At Tahrim 10. Allah membuat 
isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. 
Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara
 hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya, 
maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari [siksa] 
Allah; dan dikatakan: "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang 
yang masuk [jahannam]."
Pengalaman kami membuktikan kerukunan 
rumah tangga seperti ini amat sukar dipulihkan jika kedua-dua belah 
pihak tidak sama-sama berusaha mencari orang ketiga yang boleh dijadikan
 pembimbing rumahtangga mereka secara telus dan berilmu. Mereka harus 
bertaubat dan kembali beriman serta mematuhi seluruh Rububiyah Allah 
bersama-sama. 
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ 
مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ 
وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Laki-laki yang berzina 
tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang 
musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh 
laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu 
diharamkan atas orang-orang yang mukmin.
ANNUR ayat 3.
ANNUR ayat 3.
Benarlah 
ketetapan Allah bahawa lelaki penzina dengan wanita penzina, dan lelaki 
mukmin dengan wanita mukmin. Biar sebesar mana sekalipun dosa yang telah
 kita lakukan janganlah bertangguh lagi. 
QS: 2. Al Baqarah 221.
 Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka 
beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita 
musyrik walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan 
orang-orang musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang 
mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. 
Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan 
dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia 
supaya mereka mengambil pelajaran. 
Suami harus segera mengajak 
isteri mempelajari ilmu agama dan fahami semula asas munakahat untuk 
sama-sama mematuhinya. InsyaAllah kebahagiaan rumahtangga bakal kita 
nikmati semula. Jika tidak.. kekufuran itu akan menular pula kepada 
anak-anak untuk menambah sengsara di dunia dan akhirat.
NUSYUZ YANG SEBENAR
QS: 4.  An Nisaa' 34. “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum 
wanita, oleh karena Allah telah MELEBIHKAN sebahagian mereka atas 
sebahagian yang lain, dan karena mereka TELAH MENAFKAHKAN sebagian dari 
harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada 
Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah 
telah memelihara. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka 
NASIHATILAH mereka dan pisahkanlah mereka di TEMPAT TIDUR mereka dan 
PUKULLAH mereka. Kemudian jika mereka MENTAATIMU, maka janganlah kamu 
mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi 
lagi Maha Besar.
Jika suami sudah benar-benar soleh dan memenuhi 
tanggung jawab sebagai suami di sisi Allah, namun isteri pula enggan 
mematuhinya walaupun telah dicuba sedaya upaya, barulah layak si isteri 
digelar nusyuz.  Itulah contoh isteri terburuk yang Allah gambarkan 
melalui isteri nabi Nuh dan Luth a.s.
Namun sebelum itu patuhi 
dahulu semua langkah yang Allah lakarkan dalam ayat di atas. Suami harus
 mampu melebihi isteri dari segi nafkah, penguasaan ilmu munakahat dan 
keibu-bapaan sehingga mampu menasihati isteri ke arah ketakwaan. 
Perhatikan juga tahap penghukuman selepas proses nasihat menasihati 
dengan kebenaran dan kesabaran [QS:103], juga HUKUMAN MASA, memulaukan 
isteri melalui pemisahan tempat tidur sebelum akhirnya barulah 
dibenarkan ‘memukul’ isteri. 
Akhir sekali ingin kami kongsikan 
tabiat memukul isteri yang disalah ertikan secara muhkamat sedangkan ia 
lebih kepada satu analogi mutasyabihat. Ia ibarat Musa a.s. memukul 
tongkat [petunjuk] ke  lautan [ke kepala lautan manusia].
Kerana 
kurang kefahaman itu lalu ada suami yang ‘membalun’ isteri semahunya 
mengikut nafsu. Itu bukan ajaran Islam dan amalan itu boleh mencemarkan 
nama Islam dan Allah.
Sebenarnya ramai juga isteri yang nusyuz 
kerana jahil atau samar-samar. Jadi, nasihat berupa leteran yang biasa 
tidak mampu menampakkan di mana nusyuznya. Isteri boleh ‘terpukul’ 
semasa proses mendidik dan menasihatinya dengan membacakan ayat-ayat 
Allah yang menunjukkan fakta perlakuan nusyuznya dengan tepat. Itulah 
tongkat atau analogi petunjuk yang dipukulkan ke kepala batunya. Isteri 
juga seharusnya terpukul ketika suami menjalankan hukuman masa melalui 
pemisahan tempat tidur itu.
Sumber: http://www.facebook.com/wargaprihatin
Sumber: http://www.facebook.com/wargaprihatin

 
 
No comments:
Post a Comment