Kegunaan dan Kebaikan Vaseline Intensive Care Pure Petroleum Jelly amat banyak dan sangat
berguna kepada kita. Apabila anda menyapu ke kulit, gel ini meresap
sempurna ke pori-pori kulit dan dengan cepat akan mengganti sel kulit
mati dengan sel kulit baru yang sehat. Setelah meresap kedalam kulit,
gel ini akan menghalang kehilangkan air dan menyebabkan kulit kita
sentiasa lembab.
Vaseline Intensive Care Pure Petroleum Jelly boleh digunakan sebagai:
MENYEMBUHKAN LUKA
Ketika pertama
kali dijual di pasaran Vaseline Pure Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi
luka dan goresan. Vaseline Pure Petroleum Jelly bertindak sebagai penghalang luka dari
bakteria dan air serta kelembapan sehingga mempercepat proses
penyembuhan.
MENGATASI BIBIR MEREKAH ATAU MENGELUPAS [PECAH-PECAH]
Mengoleskan
Vaseline Pure Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu
mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Vaseline Pure Petroleum Jelly juga boleh
digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir
kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte.
MENGHILANGKAN KULIT KERING DAN KASAR
Kulit kering and kasar selalunya adalah di bahagian siku, tumit kaki,
kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali selepas mandi.
MENGHILANGKAN JERAWAT
Sebelum tidur malam sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly di jerawat dan InshaaAllah jerawat akan kecut pada keesokan harinya.
MENGILAP BEG TANGAN DAN KASUT
Vaseline Pure Petroleum Jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang
dibuat dari kulit.
Caranya: Dengan sapu Vaseline Pure Petroleum Jelly nipis-nipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.
Caranya: Dengan sapu Vaseline Pure Petroleum Jelly nipis-nipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.
MENGECAT KUKU
Sebelum mengecat
kuku sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat
terkena kulit anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu Vaseline Pure Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.
MENGHAPUSKAN MAKE-UP
Vaseline Pure Petroleum Jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan
mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover
lainnya.
Vaseline Pure Petroleum Jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah
dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.
MENCEGAH GATAL-GATAL
Jika kulit memerah dan gatal-gatal sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly di tempat yang gatal.
BAU MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Sebelum
menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher sapukan Vaseline Pure Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan
tahan lebih lama.
RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut
memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda,
sapukan
Vaseline Pure Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar
tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan
sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.
PANJANGKAN BULU MATA
Sebelum tidur malam ambil sedikit
Vaseline Pure Petroleum Jelly dan sapukan pada bulu mata anda.
No comments:
Post a Comment