Monday, October 13, 2014

AIRYL dan ECZEMA..

Terkenang semasa dulu.. 

Sedih bila tengok kulit anak Mommy yang gebusss itu terkena penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak atau bayi. Mulanya kat pipi je.. ingatkan ruam susu. Rupanya lama kelamaan merebak ke seluruh muka dan badan..
 

Apa itu ECZEMA?! 

ECZEMA dalam bahasa Greek bermaksud ‘to boil over’ iaitu radang atau membakar. Kadangkala ia dinamakan sebagai 'dermatitis'. Ia adalah penyakit kulit dengan manifestasi gatal, kulit menjadi kering kemerah-merahan dan kadangkala membengkak serta berair.

Biasanya eczema menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Antara eczema yang sering menyerang ialah 'Atopic Dermatitis'.

'Atopic Dermatitis' adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom 'oversensitivity.'

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. 

GEJALA-GEJALA ECZEMA

ACUTE ECZEMA
- Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
- Papules: Pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal kasar dan berkedut. 

PUNCA ECZEMA

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman [Fizikal]
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran [Persekitaran]
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

- Alahan [Allergens]: Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah [house dust mites].

APAKAH RAWATAN UNTUK ECZEMA?! 

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.  

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

ADAKAH PENGGUNAAN STEROID MEMBAHAYAKAN ANAK SAYA?! 

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan menyebabkan mereka enggan menggunakannya terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emolien yang banyak tak menjadi masalah.

APAKAH RAWATAN LAIN YANG ADA?! 

Pil 'antihistamin' kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

RAWATAN ALTERNATIF APA LAGIKAH YANG SAYA BOLEH CUBA?!

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA ECZEMA ITU DIJANGKITI?! 

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
 
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

BOLEHKAN SAYA BERBUAT SESUATU UNTUK MENGELAKKAN ANAK SAYA DARIPADA MENDAPAT ECZEMA DARI MULANYA?! 

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
 
Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu [atau formula susu lembu] daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik [samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt] semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema tetapi kajian lanjut diperlukan.

Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai..

1 comment:

Unknown said...

kesian baby bila kene ekzema.. macam anak saya juga,tido x lena tergaru-garu

http://penawarruamdansejenisnya.blogspot.my/2016/07/jom-ubati-semua-jenis-penyakit-kulit.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...