Thursday, October 3, 2013

LEHER SENGET: AARON AZIZ TERIMA 3 SUNTIKAN STEROID


Aaron Aziz kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian leher.

Diberitakan, doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Disebabkan itu Aaron Aziz dibenarkan pulang ke rumah semalam [kelmarin]. Oleh kerana suntikan tersebut mampu bertahan sehingga sebulan, Aaron dikatakan akan pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Namun sebaik balik dari Cape Town nanti, Aaron perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan.

Menurut Diyana Halik isteri kepada pelakon terkenal tersebut yang juga pengurus artis berkenaan, suaminya mula berasakan kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu.
 

"Bagaimanapun, dia sanggup menahan kesakitan itu kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Namun, apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas, saya terus membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit." jelas Diyana menerusi khidmat pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...