Friday, November 9, 2012

AARON AZIZ Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia


Pemilihan pelakon kacak, Aaron Aziz sebagai pengacara program Fear Factor Selebriti Malaysia sama sekali bukanlah bersandarkan kepada popularitinya semata2. Sebaliknya, Aaron Aziz dilihat menepati segala syarat2 yang dikehendaki sebagai pengacara program ini.

Perkara ini telah pun disahkan pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli yang menyangkal dakwaan kononnya aktor kelahiran Singapura ini adalah anak emas Astro.

'Kesemua syarat untuk menjadi pengacara program ini ada pada Aaron Aziz. Malah, dia memang menepati syarat dan kehendak program. Lagi pun, dia mempunyai pakej lengkap untuk menggalas tugas ini.'

'Pihak kami juga sudah mengkaji dari segi pelbagai sudut, Aaron mempunyai potensi besar untuk menjalankan tugas ini dengan baik. Tidak dapat dinafikan, Aaron memang popular dan mempunyai banyak peminat. Dia pun adalah artis yang sering saja menjadi sebutan pada masa kini.' katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai pemilihan peserta program tersebut pula, Raqim memberitahu kesemua 30 peserta ini diwajibkan menjalani ujian fizikal yang disediakan pihak produksi Fear Factor Selebriti Malaysia.

'Kesemua peserta ini sudah pun menjalani ujian pakar kesihatan sebelum memulakan penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehinggalah 15 November depan.'

'Kami tidak memilih mereka secara rambang. Sebaliknya, setiap selebriti yang dipilih ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan fizikal. Malah, mereka juga bukan saja perlu fit untuk mengikut piawaian program tetapi mereka dinilai menerusi pencapaian mereka dalam kaca tv sama ada dalam bidang pengacaraan, lakonan mahu pun nyanyian.' jelasnya.

Seramai 30 selebriti [dibahagikan kepada 13 kumpulan] menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul [On Air], Norisham Ismail dan Johan As'ari.

Program ini bakal disiarkan tidak lama lagi di Astro Ria [Saluran 104] dan Mustika HD [Saluran 134].

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...