Wednesday, November 5, 2014

JALAN2 PULAU LANGKAWI..

Aku ni boleh dikatakan kerap juga la ke Langkawi.. tk kira la atas tugasan rasmi atau 'Jalan2 Cari Pasal' bersama family dan adik beradik yg lain. Hurmmm.. kerap tu takde la selalu sangat.. setahun sekali atau mungkin dua kali..

Kebetulan baru2 ni HB ada kursus dan mesyuarat di Langkawi. So mcm biasa aku pn apa lagi.. 'Pucuk Dicita Ulam Mendatang!' Hehehe..

Kami bertolak dari umah parents aku di Kuala Selangor lebih kurang jam 3.00 petang. Sampai di Kuala Perlis hari dh malam dan hujan lebat pula. So kami pn menginap di sebuah hotel bajet yg berdekatan dgn Jeti Kuala Perlis. Sebabnya kami plan utk menaiki feri yang pertama ke Jeti Kuah iaitu pada jam 7.00 pagi keesokan harinya.

Harga tiket sehala dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah adalah RM18.00 untuk dewasa.. dengan perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 1 jam. Klu yg tk tahan mmg bolehmabuk laut juga la dibuatnya! Hehehe..

Sempat posing dlm feri..
Kami tiba di Jeti Kuah lebih kurang jam 8.00 pagi dan terus saja ke hotel penginapan kerana kelas HB bermula pada jam 9.00 pagi. So selepas breakfast di cafe hotel aku dan Airyl hanya berehat di dalam bilik sementara menunggu HB habis kelas pada jam 4.30 petang.. 

Di hotel penginapan.. Seaview Hotel Langkawi.

Berminat btl budak Airyl dgn lampu kt bilik hotel tu..
 
 
Pegi mana2 pn permainan kegemaran masa kininya set LEGO tu mmg kena bwk. Sabor je la..

Sebaik HB tamat kelas pada jam 4.30 petang.. HB minta pihak hotel 'call' kan teksi sbb kami dh tk sabar nk pegi 'shopping'. 'Shopping' coklat je pn! Hehehe..

Bayaran teksi dari Seaview Hotel ke pusat bandar Langkawi adalah RM10.00 [Mahei! Sekangkang Kera je!] So antara tempat WAJIB pegi adalah Langkawi Saga, Hj Ismail Group, Idaman Suri..

 
'Mommy, nk beli coklat ni bole?!' Tanya Airyl..
 
 

Banyak juga la kami me'nyoping' coklat! Pegi bawak 2 beg.. balik bawak 4 beg! Hahaha..
Kami blk ke hotel semula pada jam 8.00 malam. So apalagi?! Kita 'dinner' dlu.. sebelum HB masuk kelas balik semula pada jam 9.00 malam..

Jom! Kita mamam dlu..
Aktiviti Hari Kedua

KOMPLEKS HIG [Haji Ismail Group]
Masuk memang la FREE.. tapi bagi sesiapa yang gilakan coklat, pinggan mangkuk, luggage.. mmg boleh pokai dibuatnya! Kami beli coklat je. Adik bradik n sedara mara ramai yg order Daim, Kinder Bueno dan  Hersheys Cookies..

 
 
 
 
 

LAKSA IKAN SEKOQ
Bila dah sampai ke Langkawi.. harus lah pegi makan kat gerai Laksa Ikan Sekoq. Ramai blogger cakap laksa tu sedap sangat. Senang je nak cari tempatnya.. kat tepi landasan kapal terbang Langkawi dan juga menghadap ke Pantai Cenang. Kat area tepi pantai tu memang banyak van2 bergerak yang menjual pelbagai jenis makanan kat situ. Antara lainnya char koay teow, ABC, cendol dan macam2 lagi..

Dapat juga kami merasa Laksa Ikan Sekoq yg 'famous' kt Langkawi. Mmg ada ikan kembong sekoq kt atas tu..
Pemandangan Gerai Laksa Ikan Sekoq dr atas jalan tempat kami 'parking' kereta..

CABLE CAR LANGKAWI terletak 709 meter di atas paras laut..  perjalanan menaiki Cable Car ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Sepanjang 20 minit perjalanan mengembara di kecuraman 42 darjah sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung.. 
.. walaupun angin sepoi2 bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar!

Cable Car beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15.00 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5.00 untuk kanak-kanak [harga tertakluk kepada perubahan].
 
 
 

.. tapi sayangnya masa kami datang Cable Car sedang 'Under Renovation' so tk tercapai la hajat kami utk merasa naik Cable Car tu.

Nasib baik la ada 'Fish Feeding' kt area tu. Seronok la budak Airyl bagi ikan2 kt situ makan. Tk sukup sepeket makanan ikan.. dia mintak plk lagi! Sabor je la..


Aktiviti Hari Ketiga

MANDI MANDA di PANTAI CENANG

Salah satu kawasan yg menarik untuk dikunjungi dan diinapi ialah Pantai Cenang. Mmg tak rugi walau hanya bermalam di hotel atau motel murah di kawasan pantai Cenang. 

Hajat di hati kami nk stay di Malibest Resorts.. tp 'full' plk. So kami stay di Cenang Rest House. Walaupn cuma budget hotel.. tapi Alhamdulilah dapat chalet yg betul2 mengadap laut.. so kurang skit rasa 'frust'.

Pantai Cenang sekarang dah maju dan 'happening'.. dulu tkde Mcdonalds, Starbucks, OldTown Kopitiam, KFC etc.. sekarang ni semua dah ada. Sepanjang pantai Cenang tu penuh dengan kedai2.. dari restoran, gerai makan hingga ke kedai2 baju, peralatan renang dan macam2 lagi. Memang 'best n happening'..

Sebelah kiri skali tu chalet kami. Alhamdulillah dapat juga chalet family room mengadap laut. Harga cuma RM90.00 untuk satu malam. Klu family room yg kt atas nmpk balkoni tu RM130.00 utk satu malam..
 
Seronok betul Airyl dapat mandi laut. Smpi tknk balik dia..

DATARAN HELANG antara salah satu tempat ‘wajib’ kena pergi. Kenapa?! Sebab Helang adalah simbol negeri Langkawi. Walaupun secara peribadinya  aku tak berapa gemar dengan patung Helang ni.. 


Tk tau la sapa yg buat patung helang ni. Menjawab la dia kt 'sana' nnti! Kami tumpang ambik gambar je. 

Kami mengambil kesempatan untuk singgah dan mengambil gambar di Dataran Helang ni 'last minute' sebelum balik ke Kuala Lumpur. Hehehe..

 
 

Seriously, mmg tk puas berjalan dan 'shopping' di Langkawi. Inshaaa Allah.. ada rezeki dan kesempatan lain kali nk 'repeat' lagi..

Good Bye Langkawi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...