Tuesday, March 25, 2014

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 24 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada isnin 24 Mac 2014. Misi pencarian kini sudah memasuki hari ke 17 atau minggu yang ketiga. Fokus utama adalah pencarian objek yang dikesan oleh imej satelit di Lautan Hindi [Koridor Selatan]. Usaha pencarian objek tersebut masih tetap diteruskan pada hari ke 17.


PM Najib Sahkan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi [Terkini]
Objek yang ditemui dilautan Hindi adalah sah milik MH370. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika sidang media pukul 10.00 malam di PWTC. Najib turut mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. MAS telah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga dan waris penumpang MH370. Turut dilaporkan secara dukacitanya semua penumpang dan anak kapal tidak selamat. 

Intipati Rasmi Ucapan PM Dato Seri Najib Razak 24 Mac 2014 [10.00 PM]
  • Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia
  • Kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom [AAIB] yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
  • Dengan rasa penuh dukacita berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat Australia Kesan Dua Objek Milik MH370
Dua objek telah dikesan oleh pesawat Australia hari ini yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines [MAS] MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Perkara itu diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya, pada petang ISNIN. Pengumuman mengenai objek itu akan dibuat oleh PM Najib Razak pada 10.00 malam 24 Mac 2014.


Temui Serpihan Kecil Kayu Di Lautan Hindi
Pasukan mencari dan menyelamat Australia turut ditemui serpihan kecil, termasuk sekeping palet kayu, dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian di selatan Lautan Hindi. Palet kayu kargo itu turut digunakan dalam industri kargo penerbangan dan kapal. Tidak dapat disahkan jika ianya adalah milik pesawat MH370.


Satelit Imej Perancis Turut Kesan Objek Di Lautan Hindi
Malaysia menerima imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines [MAS] yang hilang di sekitar koridor selatan. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata imej-imej itu dihantar dengan segera kepada pusat koordinasi menyelamat Australia yang mengetuai usaha mencari di kawasan berkenaan. Terdahulu, imej satelit China dan Australia juga turut mengesan objek di Koridor Selatan sebelum negara Perancis. 

Pelan Carian Objek Imej satelit 24 Mac 2014
Berikut adalah pelan carian objek di Lautan Hindi pada 24 Mac 2014.


Sumber: http://MH370Hilang - 24Mac2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...