Tuesday, March 25, 2014

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 23 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada ahad 23 Mac 2014. Kehilangan MH370 kini sudah memasuki hari ke 16. Pihak Malaysia dengan bantuan beberapa negara lain tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat [SAR] sehingga pesawat MH370 ditemui.


Satelit China Turut Rakam Imej Objek Di Lautan Hindi
Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu. Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya. Sejurus itu, kerajaan China menghantar kapal pengesan bagi mengenal pasti objek berkenaan.


Objek Di Lautan Hindi Masih Tidak Ditemui Pada 23 Mac 2014
Objek yang dikesan oleh satelit China dan Australia di Koridor Selatan Lautan Hindi masih lagi belum ditemui pada hari ke 16. Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa Perancis turut berjaya mengesan imej satelit baru menunjukkan objek yang bermungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang di sekitar koridor selatan. Malaysia menerima maklumat tersebut pada pagi Ahad dan ia dimaklumkan serta-merta kepada pusat koordinasi operasi Australia. Sebelum ini, Australia dan China juga mengeluarkan imej satelit ‘objek berpotensi’ berkaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan sekitar Lautan Hindi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...