Tuesday, March 25, 2014

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 21 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada jumaat 21 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah pun memasuki hari ke 14. Penemuan dua objek yang dikesan oleh satelit Australia di Lautan Hindi memberikan harapan dan petanda baru kepada kehilangan MH370.


Misi Pencarian Fokus Dua Objek Di Lautan Hindi
Fokus Operasi dan Menyelamat [SAR] kini adalah mencari dua objek dari imej satelit yang mungkin ada kaitan dengan MH370 di Lautan Hindi.

  

Kapal Norway Tiba Di Lautan Hindi Misi Mencari Dua Objek Terapung
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Kapal berkenaan sepatutnya menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencari objek yang dijumpai melalui satelit. Kapal milik Norway itu akan beroperasi pada 21 Mac 2014 untuk menjejaki dua objek yang dirakam imej satelit Australia di Lautan Hindi.


Imej Dirakam Satelit Australia Didakwa Pesawat MH370 
Berikut adalah gambar dua objek terapung yang dilaporkan dikesan oleh satelit Australia. Pasukan penyiasat Australia mendakwa serpihan bersaiz 24 meter itu mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. Imej tersebut dikesan di Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan. Australia akan membuat pengesahan mengenai dua objek berkenaan setelah objek tersebut ditemui.


Misi Pencarian Dua Objek Di Lautan Hindi Diteruskan Pada 21 Mac 2014
Misi carian objek di Lautan Hindi diteruskan pada hari jumaat 21 Mac 2014 berikutan masih gagal menemui objek berkenaan pada khamis. Dua objek disyaki serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan ditemui di selatan Lautan Hindi dipercayai hanyut sejauh 300 hingga 400 kilometer [km] ke lokasi imej dirakam satelit Australia. Operasi mencari dan menyelamat [SAR] di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi masih lagi diteruskan. Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia [AMSA], empat kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, 2500 kilometer daya barat Perth. Dua pesawat tentera udara Australia [RAAF], Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.

 

Peta Misi Carian Dua Objek Didakwa MH370 Di Lautan Hindi


 

Sidang Media Rasmi Operasi SAR MH370 21 Mac 2014
Sehingga jam 5.40 petang, tiada perkembangan positif mengenai dua objek yang dilapor dikesan satelit yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 terapung di Lautan Hindi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau menegaskan keadaan cuaca turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat. Ini kerana kawasan pencarian merupakan lautan yang luas dan dikhuaitiri objek berkenaan hanyut jauh dari lokasi asal atau tenggelam. Hishammuddin memberikan jaminan bahawa kapal P-8A Poseidon dan pesawat P3 Orion adalah antara aset paling canggih dalam operasi itu. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss turut menyatakan pesawat yang melakukan operasi mencari dua objek terapung yang dikesan satelit di selatan Lautan Hindi tidak menemui apa-apa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...