Tuesday, March 25, 2014

BERITA TERKINI PESAWAT MAS HILANG - 20 MAC 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada khamis 20 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke-13. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan di dua koridor iaitu utara dan selatan untuk mengesan pesawat tersebut.


Sidang Media Rasmi Pencarian MH370 20 Mac 2014
Menerusi sidang media [5.30 petang] oleh Dato Hishamuddin Tun Hussein, fokus utama adalah mengenai penemuan dua objek imej satelit yang dikesan di Lautan Hindi kemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Imej tersebut dikenalpasti oleh satelit Australia. Setakat ini, dua objek berkenaan masih belum dipastikan adalah milik MH370. Tambahnya lagi, operasi pencarian dua objek tersebut di Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan adalah sukar dan mencabar. Namun, pasukan mencari dan menyelamat akan berusaha untuk mengesan dua objek tersebut dan akan mengesahkan jika ia adalah milik pesawat MH370.

Dua Objek Didakwa MH370 Ditemui Di Lautan Hindi
Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines [MAS] MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Imej satelit itu dikesan oleh pihak Australia di Lautan Hindi. Pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.


Kenyataan Hishamuddin Tun Hussein Penemuan Dua Objek Di Lautan Hindi
Kenyataan rasmi Pemangku Menteri Pengangkutan Hishamuddin Tun Hussein setelah menerima maklumat dari Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Menurutnya, pasukan Australia kini sedang menjejaki objek berkenaan di Lautan Hindi.


Imej Satelit Dijumpai Pakar IT India Bukan Milik Pesawat MH370
Terdahulu,dakwaan seorang penganalisis teknologi maklumat [IT] India yang dikatakan menemui imej satelit di Kepulauan Andaman yang kononnya pesawat MH370, telah pun dipertikai. Imej pesawat itu merupakan imej sekitar tahun 2009 hingga 2012 dan hanya wujud di lapisan asas pemetaan MapBox. Kesimpulannya, imej satelit tersebut menggunakan database pada tahun 2009 dan ini menyangkal dakwaan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu.

  

Bukti Imej Satelit Dipertikai Bukan Milik MH370
Berdasarkan siasatan, penemuan imej kapal terbang itu berdasarkan data satelit yang belum dikemaskini dan tahun akhir dikemaskini adalah pada tahun 2009.

 

FBI Ambil Alih Siasat Simulator Kapten MH370
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, minggu ini. FBI dikatakan ingin terlibat dalam penyiasatan simulator terbabit setelah log data dalam simulator penerbangan tersebut sudah dipadamkan.


Data Simulator Penerbangan Kapten MH370 Sudah Dipadamkan
Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Feb lepas. Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, pakar luar negara dan MAS. Menurutnya, polis tidak menuduh kapten MH370 cuma ianya adalah langkah penyiasatan menyeluruh.

 

India Sambung Semula Misi Pencarian MH370
Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia. India kini menggerakkan semula pesawat rondaan maritim jarak jauh P-81 dan pesawat C-130J Super Hercules bagi meneruskan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines [MAS]. India antara 26 buah negara yang turut membantu Malaysia dalam usaha mencari dan menyelamat MH370.


Sumber dari: http://PesawatMasMH370Hilang - 20Mac2014


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...