Monday, July 8, 2013

SEKITAR RESEPSI PERKAHWINAN BEEGO dan LINDA HASHIM

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Setelah selamat dijabkabulkan pada 7 Jun 2013 yg lalu, pasangan Beego dan Linda Hashim telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS], Hulu Klang pada keesokan malamnya.

Dalam majlis yang penuh romantis itu, mempelai mengenakan busana ala Inggeris kontemporari yang mana Beego mengenakan sut hitam manakala Linda mengenakan dress labuh berwarna unggu.
Majlis telah dihadiri oleh keluarga mempelai, sanak saudara serta rakan-rakan terdekat.

Dalam majlis akad nikah sebelumnya, Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29 telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.00.
Linda turut menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah2an dan set penjagaan diri.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33 sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yg hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...