Monday, July 8, 2013

BEDAK SEJUK TANAKA @ TATE by D.E.A [Danish Empire Association]

  

Bedak Sejuk Tanaka @ TATE adalah merupakan bedak sejuk yang diperbuat 100% dari ekstrak kayu Tanaka yang terkenal dalam mencantikkan dan melembutkan kulit secara tradisional dan semulajadi. Tanaka Powder adalah berasal dari pokok Tanaka yg digunakan oleh orang2 Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari. Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.


Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat di raja di sana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Di Malaysia TANAKA tidak begitu meluas penggunaannya namun antara produk yang berasaskan Tanaka adalah Bio Essence.


Bedak ini merupakan bedak  TANAKA original dari MYANMAR dan bedak ini juga telah di'packaging' semula oleh D.E.A [Danish Emphire Association] yang dipasarkan oleh keluarga selebiriti terkenal Nora Danish. Kedua2 bedak ini mengandungi kandungan dan qualiti yang sama, hanya berbeza pada logo dan 'labelling' pada 'packaging'.
 
KEISTIMEWAAN BEDAK TANAKA @ TATE
■  Mengecutkan jerawat
■  Menghaluskan kulit
■  Mencerahkan kulit
■  Menghilangkan jeragat
■  Melembutkan kulit
■  Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
■  Pelindung cahaya matahari
■  Menyelesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
■  Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk atau foundation
 
Bedak ini berbau wangi. Rasa sangat sejuk apabila dipakai... kalau cuci muka rasa licin dan muka terasa lebih gebu. Daki serta kotoran pun boleh tanggal ketika kita gosok dan mencuci muka. Selain itu ia juga boleh dipakai pada waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita... dewasa dan kanak2.

Produk semulajadi yang terbaik di pasaran!
Pilihanku semestinya TANAKA Lemon...

CARA PENGGUNAAN
Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak TATE rata2 ke muka guna tangan atau span muka. Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak TATE dgn air dan sapukan ke muka.
Selepas 30 minit boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun boleh... muka tak kedut mcm pakai 'masker'.
Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai 'masker'.
AVAILABLE: 4 WARNA berbeza dgn khasiat yang sama dan bau yang berbeza.
Cream - Original Tanaka
Pink - Rose
Hijau - Lemon
Putih - Jasmine

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...