Thursday, August 29, 2013

PEPLUM MYXARA EXCLUSIVE

PEPLUM MYXARA Dark Purple. Mmg cantik sangat2 kn...
 
 

Sekarang sangat terkenal dengan baju kurung peplum... sbnrnya dr tahun lepas lagi. Klu tengok kt internet tu boleh 'rambang mata' dibuatnya... n aku plk sangat berkenan dgn satu baju peplum tu yg disebut PEPLUM MYXARA mcm dlm gambar tu! Especially yg colour 'Dark Purple' tu! Cantik kn?! Harga hanya RM200.00 sekali dgn Poslaju.

Bagi aku yg penting ianya diperbuat daripada kain 'chiffon'. 'Double chiffon' lg... n bukannya kain 'lycra'... sbb klu kain 'lycra' confirm akan melekap di badan! 

NASI GORENG CINA

Nasi Goreng Cina... satu2nya 'makanan' yg Airyl suka. Nasi Putih?! Mmg dia tk makan langsung...


RESEPI NASI GORENG CINA

Bahan2
3 pinggan nasi putih
10 ekor udang [buang kulitnya]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm sotong [potong kecil]
1 cawan sayur campur [mix vegetarian]
1 biji telur [dipukul]
2 ulas bawang putih [diketuk]
1 biji lada merah [dicincang]
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang, ayam, sotong dan mix-vegetarian... dan kacau rata.
3. Biarkan selama lima minit. Kemudian masukkkan telur sambil dikacau perlahan2.
4. Masukkan nasi, lada hitam, cili merah serta sedikit garam dan gaulkan rata.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.

NUTOX OXYFUSION SKINCARE... Part 2

Produk NUTOX ku. Hehehe...


Baru2 ni beli NUTOX Radiance Gel Cleansing dapat 'PERCUMA' NUTOX Skin Refining Astrigent.
Sblm tu beli NUTOX Cell Boosting Elixir 'PERCUMA' NUTOX Pore Refining Cleansing Water. Buy One Free One! Untung Hakak...


Friday, August 23, 2013

POKOK GHARQAD si Pohon YAHUDI!


Rasulullah S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi yg bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang2 Islam akan memerangi Yahudi. Orang2 Islam akan memerangi [membunuh] Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Ketika itu, batu dan pokok akan akan bersuara, ‘Wahai Muslim! Wahai Hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya!’ ... kecuali Pokok Gharqad [diam tidak bersuara], kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
- 7523 Riwayat Muslim

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yg dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana2 batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya... akan tetapi satu pohon yg tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yg bernama Gharqad.

 
 

Pokok Gharqad merupakan panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn termasuk dalam keluarga Solanaceae yg terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama2 lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas Berry, Wolfberry, Matrimony Vine, Tea-tree dan Goji.

Seterusnya, dikatakan spesis tumbuhan ini adalah kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.

 
  

Antara kawasan pilihan penanaman pokok Yahudi di Wilayah Palestin adalah di:

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar - 2209 spesies.
2. Padang rumput dan hutan semak belukar - 1434 spesies.
3. Semak belukar yg berumput - 1062 spesies.
4. Padang pasir - 1058 spesies.
5. Tumbuh2an hijau di Gunung Hermon - 991 spesies.

 

Pada ketika ini, orang2 Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W.  Namun, keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.


Pelbagai agenda tersembunyi Yahudi dalam mengaburi mata masyarakat dunia dan kempen penanaman pokok Gharqad secara besar2an di Israel  adalah untuk mengaburi mata masyarakat dunia. Lalu muncullah kempen ‘GO FOR GREEN’ dan seluruh dunia menyokong kempen ini. 
Fikir2kan lah…

Tuesday, August 20, 2013

AIRYL dan ALEESYA...

 
 

Orang lain sibuk makan... dorg berdua ni sibuk main tangga! Maklum kt umah sndiri tkde tangga...

RAYA 2013... 1434 HIJRAH

Keluarga Pak Haji Samudi...
Still meriah walaupn kekurangan 10 org ahli. Inshaa Allah, klu panjang umur tahun depan akan bertambah 2 org ahli lagi!
  
 
Berposing di hadapan 'Singa Mengaum' kesayangan kami...
Aleesya soh Abg Sasen bukakan penutup kuih...
 
Airyl sedang memilih kuih. Hehehe...
 
 
 
 
 

Menziarahi rumah sedara mara sambil 'berposing2' lagi di pagi Hari Raya pertama. Jangan jealous! Hehehe...

KEBAIKAN dan KEBURUKAN RUMPAI LAUT


Khasiat dan Fakta Menarik Tentang Rumpai Laut

1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre [kelenjar thyroid membengkak].

2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

3. Alkaline dalam rumpai Laut tinggi adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi juga mengandungi kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine dan zinc ianya cukup untuk keperluan kita.

4 .Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan dan sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah.

5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6. Beberapa jenis rumpai Laut bertindak sebagai agen detox yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui najis.

7. Ekstrak rumpai Laut [Fucoidan] juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai sejak berzaman lagi.

9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

10. Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Friday, August 2, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434 HIJRAH


Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta di hari mulia
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... Maaf Zahir dan Batin!

Thursday, August 1, 2013

BIO VELOCITY SLEEP MATE Ternyata Memang HEBAT!


BIO VELOCITY Sleep Mate telah terbukti dan berkesan. Mampu merawat pelbagai jenis penyakit. BIO VELOCITY Sleep Mate adalah satu keadah rawatan.. yg hanya perlu tidur!

Tak perlu makan. Tak perlu suntikan. Tak perlu sapuan! Mudah saja.. hanya perlu tidur. ALHAMDULILLAH..

Sudah ramai yg sakit.. telah sihat. Yg lumpuh.. telah kembali normal. Yg tak percaya.. sudah yakin dan percaya!

SAIZ
- Tilam saiz Queen

HARGA
- WM: RM1,288.00 EM: RM1,290.00
 

7 CARA MUDAH KEMPISKAN PERUT BUNCIT


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang2 membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencuba kan?! Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Kisah Abu Yazid Al-Bistami dgn Seekor Anjing...



Suatu hari tatkala Abu Yazid sedang berjalan di satu lorong, maka datang seekor anjing. Beliau menarik pakaiannya ke atas sedikit agar tidak tersinggung oleh anjing itu. Dengan kuasa Allah, anjing itupun berkata dalam bahasa manusia, "Jika aku kering sia2 tuan menyinggung aku dan jika aku basah tuan boleh cuci pakaian itu dengan air... tetapi benci yg ada dalam hatimu terhadap aku tidak dapat dibasuh dengan air dari 7 batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh."

Abu Yazid berkata, "Wahai anjing, kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal denganku seketika. Anjing itu menjawab, "Tidak. Kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia. Di samping itu aku tidak menyimpan makanan untuk esok tetapi tuan menyimpan makanan untuk setahun." 

Abu Yazid berkata, "Sekiranya aku tidak sesuai dan layak tinggal dengan anjing, bagaimana pula aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis Nya. Puji2an bagi Tuhan yg menghinakan aku dan mengajar orang2 melalui perkara2 kecil."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...