Thursday, August 1, 2013

Kisah Abu Yazid Al-Bistami dgn Seekor Anjing...



Suatu hari tatkala Abu Yazid sedang berjalan di satu lorong, maka datang seekor anjing. Beliau menarik pakaiannya ke atas sedikit agar tidak tersinggung oleh anjing itu. Dengan kuasa Allah, anjing itupun berkata dalam bahasa manusia, "Jika aku kering sia2 tuan menyinggung aku dan jika aku basah tuan boleh cuci pakaian itu dengan air... tetapi benci yg ada dalam hatimu terhadap aku tidak dapat dibasuh dengan air dari 7 batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh."

Abu Yazid berkata, "Wahai anjing, kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal denganku seketika. Anjing itu menjawab, "Tidak. Kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia. Di samping itu aku tidak menyimpan makanan untuk esok tetapi tuan menyimpan makanan untuk setahun." 

Abu Yazid berkata, "Sekiranya aku tidak sesuai dan layak tinggal dengan anjing, bagaimana pula aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis Nya. Puji2an bagi Tuhan yg menghinakan aku dan mengajar orang2 melalui perkara2 kecil."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...