Ada orang kata MATA TAK BERHIJAB tu REZEKI dan ANUGERAH!
.. tapi rezeki ke kalau hati tak akan tenteram dan kehidupan akan
terganggu kerana mata sentiasa boleh melihat rupa paras makhluk yang biasanya
menakutkan?!
Kisahnya pada tahun 2013 ketika usia MUHAMMAD AIRYL ZAKWAN 3 tahun dia sering melihat 'penampakan2' terutamaya di atas siling rumah especially di kipas siling dan di
dalam bilik tidur..
Ketika bermain matanya selalu memandang ke atas siling dan kadang2 dia
bertanya dengan nada pelatnya, 'Mommy kenapa dia duduk kat kipas tu?!' atau 'Mommy kenapa dia asik tengok Ayel je?!'
Bertahun juga lah kami tak keluar malam sebab takut Airyl akan diganggu
oleh penampakan2 yang macam2 pula di luar!
Jujur kami katakan juga kami pernah menjemput seorang 'Tok Bomoh' untuk
menghalau 'penampakan' yang sering dilihat oleh Airyl.
Sebenarnya ada kisah bagaimana ianya bermula.. tapi tak mengapa lah. Yang penting semakin Airyl membesar hijabnya semakin tertutup. Alhamdulillah..
Gigih Mommy beli dan membaca keempat2 buku MATA TAK BERHIJAB ni sebab nak tau macam mana
dan apa benda agaknya yang budak Airyl tu selalu nampak!
So siapa yang dah baca buku ni?!
Mungkin ada di antara korang yang pernah mendengar cerita seperti dalam
buku ini ataupun mungkin ada yang mempunyai pengalaman sendiri. Bukan semua
orang mendapat kelebihan hijab terbuka ni.. hanya orang2 yang terpilih je!
Apapun Mommy bersyukur kerana Allah SWT tidak memilih Mommy..
Kerana apa?! Kerana Mommy mungkin tak dapat mengawal perasaan kalau
Mommy boleh melihat alam ghaib ni. Ntah apa yang akan terjadi.. iman pun
bukanlah kuat sangat. Mau agaknya Mommy mati terkejut!
Honestly Mommy juga memang seorang yang sangat penakut! Malahan kalau anak2
saudara kat kampung takut Mommy selalu dengar Mak akan cakap, 'Korang ni
penakutnya macam Mommy!' Huhuhu..
2 comments:
Beli dekat mana ya ?
Buatlah ulasan setiap siri tu...
Post a Comment