BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar
1 liter air [4 cawan]
200-250ml santan pekat [1 cawan]
1 ketul gula Melaka [lebih kurang
250gm]
1 biji telur ayam - masukkan dalam
santan dan kocak sikit dengan garfu
Sedikit gula pasir sekiranya perlu
Secubit garam
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit esen vanilla
CARA-CARA MEMBUATNYA
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut. Masukkan
garam, daun pandan, esen vanilla gula Melaka dan gula pasir. Jika kurang manis tambah sedikit lagi..
Bila gula Melaka dan gula pasir dah hancur masukkan santan bersama telur. Masak dengan api perlahan. Pastikan agar-agar sentiasa dikacau rata dan biarkan santan tadi menjadi seakan-akan gumpalan kecil.
Bila mendidih matikan api. Keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam bekas yang sesuai.

Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan..
No comments:
Post a Comment