Tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa [International Woman’s Day].
Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa sambutan Hari Wanita ini diraikan di peringkat Antarabangsa kan?! Sambutan ini adalah sebagai simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang perjuang untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan seharian mereka.
Perkara ini bermula pada 8 Mac 1857 iaitu 143 tahun yang lalu apabila satu mogok besar2an telah dilakukan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi dengan bayaran gaji yang rendah dan tempoh bekerja yang lama serta keadaan tempat kerja yang tidak selesa.
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada!"
Selalunya di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.
So di kesempatan ini Mommy ingin ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita di seluruh dunia terutamanya IBU Mommy.. adik2 perempuan Mommy dan rakan2 seperjuangan semua!
Raikan hari anda dengan senyuman dan penuh kasih sayang!
No comments:
Post a Comment