Tuesday, July 1, 2014

RESEPI RED VELVET COOKIES

 

BAHAN A
400 gram Mentega
200 gram Gula Perang
180 gram Gula Kastor
20 gram Pewarna Merah
10 gram Mocca Hopyes
1/4 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Condensed Milk 

BAHAN B
2 biji Telur Gred A 

BAHAN C
475 gram Tepung Gandum
50 gram ProCake V45.5 - satukan dan ayak
200 gram Serbuk Badam - dicincang kasar dan dibakar 5 minit
200 gram Kacang Gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gram Coklat Cip
2 sudu kecil Serbuk Penaik
2 sudu kecil Serbuk Soda 

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 300 biji.
- Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.. 

1 comment:

Edora De Marco said...

As salam sis, boleh saya tau Procake tu ape? Dari Singapore.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...