Monday, June 23, 2014

AMANAH ALLAH YANG PALING TERINDAH!


Memang aku yang mengandungkan anak ini.. 9 bulan. Lama! Memang aku yang melahirkan dia. Sakit!
.. tetapi anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah.. bila2 masa Allah boleh ambil semula!

Jadi mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba melayan kawan2 di cafe dan laman sesawang sampai ke pagi. Jangan aku lupa anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil balik!

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi.. sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku membesar dengan sihat. Mengapa aku mengeluh?! Lupakah aku anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil balik!

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni! Ya Allah! Sedarkah aku.. ramai lagi yang berhabis berpuluh dan beratus ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah! Anak ini milik Allah.. bila2 masa Dia boleh ambil kembali!

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di Facebook, si anak ini merengek mahu diangkat2 dan diagah2 pula. Ah! Mana boleh?! Nanti jadi manjalah dia! Nah, ambil ini dan mainlah sendiri. Allah! Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini?! Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup.. tetapi Allah tak bagi! Allah berikan pada aku.. tetapi mengapa aku mengeluh?! Inikan milik Allah.. bila2 masa Allah boleh ambil dia kembali!

Ya Allah! Telah Kau berikan kepadaku anak sebaik, sesihat, secomel dan secerdik ini.. tetapi masih aku tidak bersyukur! Ampunkan aku Ya Allah! Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke JannahMu. Kau berikanlah aku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku. Dia milikMu.. bila2 masa Kau boleh ambil dia  kembali..

Sekadar berkongsi..
Sumber: http://www.facebook.com/DrAmirulAmin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...