Tuesday, April 8, 2014

CHERRY BLOSSOM a.k.a SAKURA MALAYSIA

Tabebuia Pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. 

Di Malaysia, Tabebuia Pentaphylla juga dikenali sebagai pokok "Cherry Blossom" Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia Pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies Pentaphylla dalam bahasa Latin merujuk kepada lima jejari daunnya di mana Penta bermaksud lima dan Phylla bermaksud daun. 

Pokok ini juga dikenali sebagai "Pokok Kertas Tisu" kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipĂȘ rosa..

 
.. area Giant Bachang, Melaka.
.. Jalan Kuala Kedah.
 
 
.. Pendang Route.
.. Jalan Putra, Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar.
 
  

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting. Antaranya spesis yang terkenal adalah:

Tabebuia Pentaphylla - Pink 
Tabebuia Rosea - Pink  
Tabebuia Impetiginosa - Pink  
Tabebuia Roseo-alba - White  
Tabebuia Chrysantha - Yellow

Pokok yang juga diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti 'Anti Bakteria' dan 'Anti Malaria' selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan..

 

Walau bagaimanapun batangnya dikatakan beracun. Jika terkena boleh jadi radang kulit-kulit jadi warna merah, bengkak2 dan nekrosis.. boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan juga koma!
Wallahualam..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...