Pada orang lain, pengumuman mengenai pesawat MH370 berakhir atau
tersiratnya terhempas di selatan Lautan Hindi mungkin mampu diterima
dengan hati yang terbuka.. namun tidak bagi keluarga penumpang pesawat berkenaan.
Bagi mereka, selagi serpihan pesawat atau bukti-bukti yang menunjukkan pesawat itu terhempas, selagi itulah mereka terus berharap dan berharap. Besar sungguh harapan mereka..
Muhammad Fairuz Hamid, adik ipar kepada pasangan penumpang MH370, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid bertegas mengatakan insiden MH370 ini belum tamat walaupun Perdana Menteri membuat pengumuman tergempar tempoh hari.
Bagi mereka, selagi serpihan pesawat atau bukti-bukti yang menunjukkan pesawat itu terhempas, selagi itulah mereka terus berharap dan berharap. Besar sungguh harapan mereka..
Muhammad Fairuz Hamid, adik ipar kepada pasangan penumpang MH370, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid bertegas mengatakan insiden MH370 ini belum tamat walaupun Perdana Menteri membuat pengumuman tergempar tempoh hari.
Berikut adalah kenyataan dari beliau:
Minta maaf pada semua. Doa dan perihatin dari anda semua amat kami hargai. Bagi kami ini masih belum penamatnya. Kami tak terus terima bulat-bulat dengan berita terbaru ini.
YA! Mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”.. dan di “sini”.. namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.
Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dan penumpang terkorban.”
Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.
Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang.
Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut.. dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.
Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini:
- Kotak Hitam [black box] - Tidak dijumpai
- Bangkai pesawat - Tidak dijumpai
- Perkara yg disahkan banyak kali - “Pesawat dikesan di Laut China Selatan”.. “Pesawat dikesan di Lautan Andaman”.. “Pesawat dikesan di Lautan Hindi”.. dll..
- Perkara yg menjadi spekulasi banyak kali - “Pesawat ditembak jatuh”.. “Pesawat terhempas”.. “Pesawat meletup di udara”.. “Pesawat di'hijack' dan disorok”..
- Negara itu kata jumpa di sini.. negara itu jumpa disana.. last sekali berita ini yg keluar!
Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi?! .. dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal?! Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mempunyai kuasa lebih besar?!
Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar?! Mereka mungkin
dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini tetapi kita sebagai
orang biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”.. dan akhirnya
“emosi” kami terus menjadi santapan mereka.
Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya kerana ini yg terbuku dalam
hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan
Qadar Ilahi.
Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima tetapi jawapan itu sedang
dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.
No comments:
Post a Comment