Subang Jaya: “Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan
atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup.”
demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ahmad Seth bersama kakak, Aishah [kiri] serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan |
Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang
sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan
pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.
“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik
mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di
selatan Lautan Hindi.
“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu [masih hidup] tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada.” katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa
asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari
misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang
jawapan yang pasti.
Sumber: http://www.hmetro.com.my
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment