Friday, October 25, 2013

MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA


Dalam kehidupan seharian kita sering melihat pengutip sampah, tukang sapu, ‘Pak Guard’ dan seumpamanya.
Pernahkah kita melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja2 rendah am seperti mereka?!
Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita. Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan:
  • Pernahkah anda menyapa mereka?!
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?!
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka?!
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari Raya dan sebagainya kepada mereka?!
Adakah anda sentiasa memudahkan kerja2 mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?!
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘Security Guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Dia terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun dia tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walaupun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga!

Artikel: iluvislam.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...