Thursday, July 25, 2013

BUKIT MALAWATI Lagi...

Mulanya Airyl seronok... tp bila dh makin byk monyet yg datang dia jadi takut plk! Langsung tknk pijak tanah! 
Kesian Airyl...

Semalam aku menemankan HB outstation ke Sekinchan, Selangor. Hehehe... 
Kami keluar rumah seawal jam 7.00 pagi untuk mengelakkan jalan 'jam' n terus ke rumah Mak aku di Ijok, Kuala Selangor. Kiranya 'sambil menyelam sambil minum air' la kn?! Dh kebetulan lalu...

Dh rehat2 lebih kurang 2 jam kami pn meneruskan semula perjalanan. Di tengah2 perjalanan... iaitu ketika melewati Pekan Kuala Selangor, HB tergerak untuk naik ke Bukit Malawati sbb treingatkan budak Airyl tu suka sangat nengok monyet2 kt sana....

Kemudian  kami singgah di Pekan Tanjung Karang pula... tujuannya nk ke kedai BATA belikan kasut BUBBLEGUM untuk Airyl... tp kedai BATA tu tutup la plk. Sudahnya singgah kedai kain aku yg beli kain langsir n lapik meja. Hehehe...

Smpi di LKIM Sekinchan lebih kurang jam 1.30 tengahari. Sementara HB menyiapkan kerjanya aku n Airyl tidur je dalam kereta. Lena lagi!

Seterusnya kami meneruskan pula perjalanan ke WISMA MASRI untuk membeli beberapa jenis kerepek yg telah kehabisan di Industri Warisan Enterprise, Sungai Gulang-gulang yg kami singgah sebelumnya...

Kami smpi di Shah Alam lebih kurang jam 4.30 petang... n singgah di Bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam untuk membeli makanan berbuka puasa dan terus balik ke rumah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...