TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengarah muda Farid Kamil dan
pasangannya Diana Danielle... telah selamat bergelar ibu dan bapa selepas
lahirnya putera sulung mereka pada 3 Julai 2013 yg lalu.
Pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur dan 16 hari selepas bernikah Diana mengumumkan beliau sudah mengandung [Bunting Pelamin]...
Diana selamat melahirkan bayi mereka secara normal di sebuah hospital di Australia dan berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Farid Kamil melalui laman sosial Twitternya. Bayi lelaki itu dilahirkan seberat 9.7lbs atau 4.39kg.
Diana yang kini berada di Australia kerana menyambung pengajiannya
dalam bidang perfileman melahirkan bayinya secara normal di salah sebuah
hospital di sana.
No comments:
Post a Comment