Thursday, July 25, 2013

Cara Supaya Pembaca Sentiasa Ingat BLOG Anda!


Selamat sejahtera...

Adakah anda dan blog anda tidak popular dan kurang daya tarikan... tak seperti blog HANIS ZALIKHA yang mempunyai ramai pembaca?!

Di bawah ini saya kongsikan beberapa idea supaya pembaca sentiasa mengingati blog anda.


■  Tiada Header Blog yang menarik?!
Contoh header yang senang diingati ialah seperti header blog Hanis Zalikha. Ada gambar korang dan kata-kata yang powerful. Cara paling mudah buat header ialah dengan menggunakan paint.net. 

■  Selalu menukar Header Blog?!
Blog Header yang selalu di tukar membuatkan pembaca confuse. Kalau boleh kekalkan header blog korang supaya pembaca tidak keliru dengan status blog korang tu.

■  Rajin blogwalking.
Blogwalking mengeratkan lagi persahabatan selain boleh mendapat ramai kawan baru. So, rajin-rajinlah blogwalking...

■  Memberikan komen yang positif dan berkualiti.
Paling penting tulislah komen atau beri pendapat secara matang dan tidak lari dari tajuk. Jangan komen seperti komen budak-budak!

■  Bantu blogger lain.
Sekiranya depa tak faham sesuatu, anda boleh hulurkan bantuan secara ikhlas tanpa balasan. Bantulah sekiranya anda berkemahiran dalam bidang tersebut.

■  Tulislah artikel yang berkualiti setiap hari.
Artikel yang memberikan sesuatu informasi yang berguna kepada mereka. Bukan artikel syok sendiri. Sesekali hasilkan satu killer post sekali dalam seminggu.

Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...