Friday, June 7, 2013

SUNWAY LAGOON THEME PARK

Setelah sekian lama terbinanya Sunway Lagoon Theme Park br skrg la aku berkesempatan ke Sunway Lagoon... itu pn sbb FAMILY DAY CIDB SELANGOR n tiket PERCUMA plk tu! Klu nk beli tiket sendiri... kena fikir duatiga kali la juga. Mana tknya, tiket pn bukannya murah... RM90.00 [Dewasa] n RM65.00 [Kanak-kanak] dengan MyKad.



Tiket Sunway Lagoon Theme Park untuk 5 Taman Tema

  • Taman Tema Air [Water Park]
  • Taman Keriangan [Amusement Park]
  • Taman Aktiviti Lasak [Extreme Park]
  • Taman Mini Zoo [Wildlife Park]
  • Taman Seram [Scream Park]
Memang seronok boleh merasai kelima2 aktiviti di Sunway Lagoon. Kebiasaannya di hari hujung minggu Taman Tema Air n Taman Keriangan akan menjadi tumpuan kerana taman ini sesuai untuk semua peringkat umur. Di Taman Tema Air pelbagai aktiviti seperti diving, surfing, water sliding untuk dewasa sementara The Little Zimbabwe sesuai untuk si kecil.

Di Taman Keriangan pula, pastinya akan meninggalkan kenangan manis dengan pelbagai permainan n ride untuk semua peringkat umur... n akan kedengaran di sana sini jeritan pengunjung dengan permainan adrenaline seperti roller coaster, solero shot, berpusing 360 darjah dengan Tomahawk n macam2 lagi.

Untuk yang lebih berminat kepada aktiviti lasak n menguji ketahanan jiwa pula, Extreme Park pastinya menjadi tumpuan anda. Terdapat pelbagai aktiviti antaranya memanah, slingshot ride, go kart, flying fox, bunjee jumping n macam2 lagi.

Untuk kelainan dan pengalaman yang lebih thrill, Taman Seram [Rumah Hantu] atau Scream Park menanti anda. Tema utama di Scream Park ialah Zombie. Taman ini seolah2 studio di mana anda akan rasa dikelilingi oleh hantu yang rupanya memang menyeramkan n berdarah sana sini. 

Sementara di Wildlife Park pula, lebih menjadi tumpuan keluarga dengan anak2 kecil serta pelancong luar. Golongan ini akan teruja dengan pelbagai aksi menarik haiwan2 liar di sini seperti beruang, harimau, pelbagai spesies burung n banyak lagi.

Anak2 kecil mungkin akan lebihkan masa berendam di Taman Tema Air, Taman Mini Zoo n Taman Keriangan.




'Muhammad Airyll Zakwan' ni mmg seronok sangat klu dapat main air. Mengamuk2 tknk balik! Kesian dia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...