Selepas letih snap gambar terasa lapar la plk. So kami pn breakfast di Selera Laman Perdana, Presint 1 Putrajaya ni...
Macam2 ada kt sni. Aku makan nasi lemak daun pisang, HB plk makan nasi lemak kukus ayam berempah sementara Airyl plk makan roti telur. Semuanya sedap2 belaka! Hehehe...
Operasi perniagaan bermula pada 1 Mac 2012 dan beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
Konsep terbuka dan berselerak menjadikan Selera Laman Perdana sesuai dikunjungi, apatah lagi dengan seni hiasan taman yang menarik, tentunya menyejukkan mata yang memandang.
Medan Selera berkonsep outdoor cafe ini menempatkan 8 unit kios F&B yang menawarkan pelbagai hidangan termasuklah Char Kuey Teow Mutiara, Nasi Ayam Berempah, Sup Urat Keting, Burger, Roti Canai, Masakan Barat, Sate Special dan pelbagai menu istimewa lain.
So, klu korang datang ke Putrajaya, boleh la cuba makan kt selera Laman Perdana ni. Klu yg bekerja di Putrajaya, lagi la HARUS datang ke sini. Bagi aku, makanan kt sni sedap. Bagi korang plk... dh cuba baru tau!
No comments:
Post a Comment