Sbnrnya nk dijadikan citer... dh smpi kt Pejabat Passport Putrajaya, cari2 passport dlm beg rupa2nya passport tk bawak! So, nk salahkn sapa?! Redha je la...
... di hadapan Masjid Putra, Putrajaya.
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira2 RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu...
... di hadapan Mahkamah Syariah Putrajaya.
Dari kejauhan, bangunan baru mahkamah syariah yang terletak di Presint 3 Putrajaya tersergam indah. Dengan reka bentuk bangunan yang moden, tidak ramai yang menyangka bangunan marmar bersebelahan Palace of Justice itu adalah mahkamah syariah terbaru bagi Wilayah Persekutuan.
... di hadapan Kementerian Kewangan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment