Monday, November 5, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Farid Kamil n Diana Danielle...



Dengan sekali lafaz nikah, artis jelita Diana Danielle Danny Beeson, sah bergelar isteri kepada aktor n pengarah filem Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yg diadakan di Flamingo By The Lake... kira2 jam 9.12 pagi, Sabtu 3 November 2012.







Majlis itu dihadiri kira2 300 tetamu yg terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman2 rapat, rakan artis n wakil media. Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000.00 n wang hantaran bernilai RM20,000.00 nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima 5 dulang hantaran daripada pengantin lelaki yg berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung n Al Quran, cincin Tiffany & Co., wang hantaran serta sireh junjung.

Manakala pihak lelaki pula menerima 7 dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin n dompet, sebuah album foto, sebuah motosikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, malajah Polo International n manisan.





TAHNIAH diucapkan buat Farid Kamil n Diana Danielle. Selamat melayari bahtera rumahtangga n semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ...

* Sumber gambar dari ROTIKAYA n OHBULAN...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...