Monday, November 5, 2012

Jalan2 Cari Pasal... Lexis Hotel, Port Dickson [Part 3]

Sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami pn apalagi?! Ambik kesempatan la utk 'snap' gambar banyak2 buat kenang2an! Ye la! Ntah bila lagi nk smpi ke Lexis Hotel ni kn?! Hehehe...


... with my Beloved HB n Airyl yg paling busuk! Hehehe...








Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami berkesempatan utk singgah di Muzium Tentera Darat yang terletak berdekatan Pusat Latihan Asas Tentera Darat [PUSASDA], Port Dickson.



'Nak naik train!' kata Airyl. Hehehe...




Aku kira kewujudan muzium ini bukan sekadar untuk tarikan pelancongan, tetapi boleh menjadi pusat sumber ilmu n rujukan kepada generasi akan datang dalam mendekatkan diri kepada bidang ketenteraan khususnya dalam cabang tentera darat... tetapi yang dipamerkan bukan sekadar Angkatan Tentera Darat zaman modern, ianya turut memaparkan sejarah sejak Kesultanan Melayu Melaka dahulu serta kesan budaya Melayu, Cina, India, Arab, Portugis, Belanda n Inggeris...


Antara lain, di sini dipaparkan 'Perjanjian Pangkor' pada tahun 1874, sebagai tanda bermulanya dasar campur tangan Inggeris di Tanah Melayu, yg mana menyaksikan penentangan pahlawan Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbung di Terengganu, Datuk Bahaman n Mat Kilau di Pahang serta Datuk Kelana di Sungai Ujong.


... terowong bawah tanah yg cuba mengambarkan pergerakan bawah tanah n kegiatan Parti Komunis Malaya di negara kita suatu masa dahulu.


Muzium Angkatan Tentera ini dibuka kepada orang ramai secara PERCUMA pada setiap hari dari jam 10.00am hingga 5.00pm, kecuali hari Isnin n Selasa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...