Saturday, November 10, 2012

KEPUTUSAN ANUGERAH SKRIN 2012

Apabila pihak penganjur mengumumkan tema ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ [Fairy Tale] ketika sidang medianya yang lalu, ramai yang tidak sabar menantikan bagaimanakah hasilnya kelak. Ini kerana setiap cetusan konsep dan identiti yang berlainan dan segar yang ditampilkan setiap kali penganjuran Anugerah Skrin akan menyerlahkan lagi keunggulan majlis tersohor ini.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Konsep yang cuba diangkat nampaknya kurang menjadi sehingga ramai yang mengkritik perjalanan majlis tersebut.


Walaupun penampilan Neelofa di Anugerah Skrin 2012 bagaikan seorang puteri... sayangnya Neelofa tidak berjaya menjadi seorang pengacara yang hebat ketika majlis berlangsung. Suasana Anugerah Skrin 2012 sememangnya hambar.


Kehadiran Adi Putra dan Rita Rudaini ternyata menyelamatkan malam Anugerah Skrin 2012 yang hambar dengan dialog yang terlalu meleret.

Seperti tahun tahun sebelum ini, Anugerah Skrin 2012 mengiktiraf kepada penggiat dan karyawan dunia seni tanah air yang terlibat dalam penerbitan drama, telefilem & filem sepanjang tahun.

Berikut adalah senarai pemenang untuk 25 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012.

Lakon Layar Terbaik Filem
– Dain Said [Bunohan]

Lakon TV Terbaik
– Lum Pung Hui [Di Telapak Kaki Bonda]

Videografi Terbaik
– Aku Mahu Terbang [Neon Entertainment]

Laporan Khas & Berita Terbaik
– Bom Jangka [Berita TV9]

Drama Komedi Terbaik
– Elly & Apit [Red Communications]

Rancangan Realiti Terbaik
– Jemputan Umrah [Episod 1]

Anugerah Artis Harapan Pantene
– Putri Balqis [Pelarian]

Rancangan Bual Bicara Terbaik
– Bella [Labour Day Special]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
– Namron [Parit Jawa]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
– Sherry Merlis [Di Telapak Kaki Bonda]

Rancangan Hiburan Terbaik
– Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
– Lisa Surihani [Ombak Rindu]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
– Syafie Naswip [Songlap]

Pelakon Wanita Terbaik Filem
– Maya Karin [Ombak Rindu]

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
– Shaheizy Sam [Songlap]

Rancangan Dokumentari & Majalah Terbaik
– Dunia Tersembunyi

Rancangan Muzikal Terbaik
– Anugerah Juara Lagu Ke 26

Pelakon Wanita Terbaik Drama
– Ruminah Sidek [Parit Jawa]

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
– Abu Bakar Omar [Gincu Ayah]

Pengarah Terbaik Filem
– Fariza Azlina & Effendee Mazlan [Songlap]

Pengarah Terbaik Drama
- Kabir Bhatia [Di Telapak Kaki Bonda]

Anugerah Yasmin Ahmad
– Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik
– Jangan Ambil Padang Kami

Filem Terbaik
– Bunohan

Drama Terbaik
– Di Telapak Kaki Bonda

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...