Thursday, November 22, 2012

Jalan2 'Jelajah' JAKARTA - Tugu Monas

... 3rd day, morning. Melawat Tugu Monas...


Monas atau Tugu Monas yg terletak di Medan Merdeka, Jakarta Pusat merupakan satu monumen tarikan pelancong ke Jakarta... setinggi 132 meter [433 kaki]. Tujuan pembinaan Monas ialah bertujuan mengenang perjuangan merebut kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pada 17 Ogos 1961, sewaktu pemerintahan Sukarno pembinaan Monas dilakukan. Monas dibuka pada umum pada 12 Julai 1975.

Menariknya tugu ini kerana ianya dimahkotai oleh lidah api yang disaluti lembaran emas [warna kuning] yang bertujuan melambangkan semangat perjuangan yang menyala2.

Di bahagian bawah Monas terdapat sebuah ruangan yang luas iaitu Museum Nasional... setinggi 8 meter. Museum ini menampilkan sejarah perjuangan Bangsa Indonesia. Luas museum ini adalah 80 x 80meter...












Take 5 kejap! Bdk Airyl tu asyik nk 'kokom' je! Loteh den!


Cian budak Airyl... haus n letih sangat! Kejap je air Milo... yg dibawa khas dr Malaysia tu dh abis! 'Menat!' katanya. Hehehe...


Tido sudah! Hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...