Tuesday, October 30, 2012

Terkenang Semasa Dulu... Sejarah Pulau Tioman

.. tiba2 hati teringat dan rasa rindu kat Pulau Tioman. Ntah bila lah boleh dapat 'repeat' ke Tioman lagi?! Nak larikan diri dari hiruk pikuk dan kesibukan kota metropolitan yang penuh mencabar ini! Konon!


Pulau Tioman yang tersenarai antara 10 pulau paling cantik di dunia dengan keindahan pasir pantainya yang memutih dan kebiruan lautnya yang menggamit pelancong berkunjung ke Pulau Tioman..

Buat masa ni mmg keadaan sungguh tak mengizinkan. Dengan perjalanan yang agak jauh dan turun naik bot pula... maybe tunggu Airyl besar sikit!

Apapun, percutian buat pertama kali a.k.a 'HONEYMOON' di Salang Indah Resorts, Kampung Salang, Pulau Tioman dulu tetap melakarkan kenangan terindah dalam hidup aku!


Nak tau 'Asal Usul PULAU TIOMAN'...

Berdasarkan cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, setiap kepulauan di Semenanjung asalnya daripada naga yang disumpah menjadi pulau. Bagi sejarah Tioman pula, ia berasal dari kisah sepasang naga pada zaman dahulu kala.

Sepasang naga suami isteri [naga jantan dan naga betina] meninggalkan Tasik Chini menuju ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalana kononnya naga ini telah tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok dan naga ini pantang sekiranya mendengar ayam berkokok.

Oleh sebab terlanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukul iaitu salah sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Begitulah kisahnya!
Samada betul atau tidak itu terpulang kepada kepercayaan masing2 samada untuk menganggapnya sebagai hanya sebuah dongeng atau sebuah kisah benar. Mengikut legenda, Pulau Tioman mulanya kecil berubah menjadi besar.

Infact, kampung Salang pada zaman dulu pernah menjadi tempat bagi lanun memenjarakan penentang mereka atau melaksanakan hukuman. Jika berlaku kekecohan di laut, mereka akan singgah di pulau berkenaan untuk menjalankan hukuman!

.. ku tinggalkan cerita dan kenangan indah di Kampung Salang, Pulau Tioman. Insya Allah, ada masa dan kesempatan kami akan datang lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...